Jumaat, 6 Jun 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Orang Teluk Intan sebenarnya sudah serik dengan DAP?

Posted: 06 Jun 2014 11:56 AM PDT


Sekali mungkin. Dua kali boleh lagi. Namun kali ketiga tidak mungkin sama sekali.

Demikianlah barangkali pertimbangan yang dibuat oleh para pengundi Teluk Intan untuk menolak calon DAP bagi menjadi wakil rakyat mereka kali ini.

Setelah 'mengetepikan' bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga anak jati Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong pada 2008 untuk memberi kemenangan kepada calon DAP, M. Manogaran dengan majoriti 1,470 undi, dan sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya umum (PRU) tahun lalu untuk mendiang Seah Leong Peng, penduduk pekan kecil ini nampaknya sudah serik memilih DAP.

Bagi warga Teluk Intan termasuk penulis yang membesar di pekan yang berusia lebih 100 tahun ini, tidak ada apa yang hendak dibanggakan selain Menara Condong - yang kalau tidak dibaik pulih dengan segera, mungkin bila-bila masa menyembah bumi.

Dua penggal di bawah DAP, Teluk Intan cukup lesu bahkan boleh sahaja dianggap hampir mati.

DAP tidak pernah loyal atau setia kepada pengundi Teluk Intan. Calon DAP untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen ini silih berganti.

Malah Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran pernah menjadi wakil rakyat 'sementara' mengalahkan calon BN sewaktu pilihan raya kecil Teluk Intan pada 1997.

Kawasan Parlimen ini hanya 'penting' kepada DAP apabila tiba pilihan raya. Selepas tempoh kempen tamat dan calon DAP menang, kelibat wakil rakyat DAP tidak kelihatan lagi.

Tanyalah penduduk Teluk Intan, apa yang telah dilakukan oleh bekas wakil rakyat mereka daripada DAP. Apa pembangunan yang dibawanya? Apa peluang pekerjaan yang dijananya? Berapa ba-nyak dewan, pusat komuniti atau setidak-tidaknya padang futsal yang dibuka?

Pasti semua menggeleng kepala. Bak kata Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuitnya, 'elek...'

Menyedari betapa dahaganya penduduk Teluk Intan terhadap pembangunan, Siew Keong mempertaruhkan manifestonya untuk memikat hati pengundi.

Walaupun pembangkang dalam cera-mah-ceramah mereka cuba menggunakan hujah bahawa, 'pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan memerintah' atau dalam kata lain 'memang tanggungjawab kerajaan BN', hujah itu tidak lagi mampu menawan hati pengundi.

Pembangkang menawarkan untuk menjadi 'suara rakyat' namun pengundi Teluk Intan merasakan dua penggal berlalu tanpa peranan itu dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh wakil rakyat mereka daripada DAP.

Isu GST terlalu asing bagi orang Teluk Intan. Apatah lagi isu hak asasi, membuka pintu UiTM untuk kaum lain, lebih-lebih lagi mahu membubarkan RAMD.

Kehidupan mereka belum jauh dari sekitar Menara Condong Teluk Intan dan itulah yang dapat difahami Siew Keong (atau lebih dikenali dengan Mah) sebagai anak jati pekan ini.

Dan janji Kerajaan Pusat untuk melantik beliau sebagai menteri sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu umpama air bandung Jam Tinggi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga bahkan memberi renjatan dingin terus ke otak.

Inilah masanya! Ada empat tahun sebelum PRU-14 untuk Siew Keong menunaikan janji-janji membawa pembaharuan dan pembangunan ke kawasan Parlimen ini.

Dan penulis yakin ianya tidak mustahil dilaksanakan. Insya-Allah.

Lebih-lebih lagi kawasan Parlimen yang berjiran dengan Teluk Intan juga mempunyai wakil rakyat bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Bermula dari Parlimen Bagan Datoh yang di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga ke Teluk Intan yang kini diwakili Siew Keong, mengunjur ke Pasir Salak di bawah Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman - penduduk Hilir Perak dan Perak Tengah mengharapkan limpahan pembangunan kini mengalir ke kawasan ini.

Inilah masanya. Tidak boleh bertangguh-tangguh lagi!

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut