Ahad, 1 Jun 2014

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Bloggers PRO UMNO/BN Desak Ibu Dyana dipecat Keahlian #1Malaysia

Posted: 31 May 2014 11:03 PM PDT

Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.

Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat. Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini:

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eyes Of Segambut Princess
7. Mallaccra8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Harian
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat

Sumber: RezqeenHill

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


BN Menang Di Teluk Intan...TAHNIAH...!!!

Posted: 31 May 2014 08:28 AM PDT


Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong yang dipilih sebagai wakil di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini berikrar bekerja rakyat bermula esok.

"Ini satu kemenangan dalam pertandingan yang memang saya rasakan sungguh yang sengit. Tentulah perkara pertama yang akan saya lakukan esok adalah berjumpa dengan rakyat dan berterima kasih kepada rakyat," kata Siew Keong.

Siew Keong ditemui selepas mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihraya, Datuk Ibrahami Ahmad di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Siew Keong berkata, kemenangan berkenaan merupakan satu titik perubahan kepada parti Gerakan yang dipimpin beliau.

"Ini adalah satu titik perubahan kepada Gerakan dan saya berasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen sepanjang kempen ini berlangsung.

"Kerjasama yang erat inilah yang memberikah hasil kejayaan yang terbaik. Terima kasih kepada Perdana Meneteri, Timbalan Perdana Menteri dan pucuk pimpinan yang banyak memberi nasihat," kata Siew Keong dengan gembira.

Pada PRK Teluk Intan yang berlangsung hari ini, Siew Keong mendapat 20,157 undi dengan majoriti 283 undi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mendapat 19,919 undi.

Tahniah Barisan Nasional.

Warna-warni politik
Torashah

Pilihanraya Teluk Intan : Lelaki India mengamuk dakwa dipanggil "paria" oleh jentera DAP?

Posted: 30 May 2014 09:58 PM PDT



Warna-warni politik
Torashah

Pengikut