Khamis, 6 Mac 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Zambry tempelak Pas?

Posted: 06 Mar 2014 07:26 AM PST


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menempelak Pas Perak apabila cuba menjuarai isu pemusnahan ladang kelapa sawit yang ditanam secara haram di kawasan rizab Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sahom, Kampar.

Zambry berkata, beliau terkejut apabila Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria mendakwa menjadi prosedur di Perak bahawa orang kampung perlu menanam terlebih dahulu di atas sebidang tanah sebelum memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Katanya, prosedur itu merupakan dasar yang diamal semasa pentadbiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sehingga membawa masalah kepada pentadbiran kerajaan negeri hari ini.

"Beliau minta orang ramai teroka dulu tanah, tanam dan baru mohon TOL. Ini tidak betul dan boleh menimbulkan suasana kucar-kacir kerana semua berebut mahu mengusahakan tanah, rakyat akan perang sesama sendiri.

"Kenyataan ini tidak bertanggungjawab, saya terkejut kerana keluar dari mulut seorang pemimpin. Tidak ada negeri yang amalkan begitu, seolah-olah negara tidak ada undang-undang," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Zambry diminta mengulas kenyataan Razman dalam sidang akhbar pagi ini yang kesal dengan tindakan kerajaan negeri memusnahkan kawasan ladang kelapa sawit yang ditanam secara haram dekat Sahom.

Dalam sidang akhbar itu, Razman turut mendesak kerajaan negeri memberi pampasan setimpal kepada golongan petani yang telah bercucuk tanam di atas tanah tersebut.

"Sebelum minta tanah, kita kena tanam dulu, lepas itu baru minta TOL. Bila kita tanam kata ceroboh, bagaimana orang kampung mahu bercucuk tanam.

"Kalau ikut prosedur, kena tanam dulu, lepas tanam baru dapat TOL," jelasnya.

Isnin lalu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar memusnahkan ratusan tanaman kelapa sawit yang ditanam secara haram di kawasan rizab PLUS melibatkan keluasan kira-kira 40 hektar di Sahom.

Langkah berkenaan diambil selepas mendapati penanaman kelapa sawit secara haram itu dilakukan terlalu hampir dengan lebuh raya.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut