Pengikut

Nuffnang

Rabu, 31 Disember 2014

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Perutusan Tahun Baru YB Ketua Puteri UMNO Malaysia @emysasudin @mediasosialpu3

Posted: 31 Dec 2014 04:00 AM PST




2015 merupakan tahun yang mencabar bagi negara selepas beberapa ujian besar dihadapi pada tahun lalu.

Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat MH17 ditembak jatuh serta bencana banjir di Pantai Timur yang dianggap sebagai malapetaka besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar menguji kepimpinan negara dan rakyat.

Kemusnahan dan kehilangan yang dialami berikutan kejadian tersebut bukan sedikit. Solidariti di peringkat pentadbir dan masyarat perlu diperkukuhkan untuk membolehkan negara melalui ujian ini. Maka, 2015 harus menjadi tahun untuk semua pihak memperkuatkan tekad dan usaha bagi membangunkan semula apa yang musnah dan menghadapi kehilangan sama ada harta benda mahupun orang yang tersayang dengan penuh ketabahan dan ketaqwaan.

Pada tahun 2015 ini juga pelbagai pihak khususnya sektor swasta harus memainkan peranan yang lebih besar dalam mendokong usaha kerajaan menghadapi kemusnahan dan kehilangan itu. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka perlu dipertingkatkan bagi membantu meringankan beban kerajaan dan rakyat. Sektor korporat perlu turut sama membantu membina semula rumah-rumah dan harta benda yang musnah. Mereka yang kehilangan ahli keluarga juga perlu dibantu dengan memberikan sokongan dalam aspek psikologi mahupun material. Jadikan tahun ini sebagai tahun semarakkan program kemasyarakatan.

Meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai dugaan dan perasaan. Musibah, bencana, kekecewaan, kesedihan, rahmat mahupun kebahagiaan sepanjang tahun lalu semuanya bersebab. Dan apa yang bakal dialami pada tahun ini juga bersebab. Maka kita harus berfikir dan merenung sejenak melihat pada diri sendiri, apakah perkara yang kita telah lakukan sehingga ditimpa musibah? Dan apakah pula kebaikan yang dilakukan sehinggakan kegembiraan yang dirasai itu berpanjangan.

Apa pun yang penting, kita harus belajar untuk sedia berubah. Tidak boleh lagi takut untuk berubah. Kita perlu ada keberanian bagi melakukan lonjakan atau sesuatu yang di luar daripada kebiasaaan agar perubahan yang akan dilaksanakan itu memberi impak yang besar. Berhijrahlah untuk kebaikan kerana kita tidak akan berjaya jika terus berada di takuk lama.

'

Khamis, 25 Disember 2014

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Kenyataan Media Perdana Menteri berhubung isu banjir #PuteriPrihatin

Posted: 25 Dec 2014 12:51 AM PST

1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.

2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke  kawasan banjir tertentu.

3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah  tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter  terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.

Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014
Putrajaya

Khamis, 4 Disember 2014

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Lawatan Mengejut Menteri Wilayah Persekutuan Ke Jalan Petaling Dan Bukit Bintang #WPCeria #WPPrihatin

Posted: 04 Dec 2014 04:00 AM PST



Berikut adalah gambar gambar sekitar lawatan mengejut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke sekitar Jalan Petaling dan juga sekitar kawasan Bukit Bintang.





Beliau berkesempatan meninjau sendiri aktiviti perniagaan di samping memeriksa lesen beberapa buah premis di kawasan berkenaan bersama sama Pengarah Bahagian Penguatkuasaaan dan Timbalan Pengarah Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Beliau juga berkesempatan berbual bersama beberapa orang gelandangan yang beliau temui.



Apa yang lebih istimewa lagi, Datuk Seri Tengku Adnan juga sempat berbusking bersama sama busker di Jalan Alor, Bukit Bintang. 



Sememangnya lawatan sebegini bagus kerana secara tak langsung beliau akan dapat melihat sendiri masalah masalah yang dihadapi oleh peniaga peniaga. 


Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian