Pengikut

Nuffnang

Selasa, 26 Ogos 2014

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


. #Merdeka57 Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Posted: 26 Aug 2014 08:24 AM PDT

4 Perkara asas apabila kita memberikan Kerakyatan kepada rakan-rakan kita ... 

1. Agama Islam Agama Persekutuan
2. Raja Raja Melayu.
3. Bahasa Melayu Bahasa Rasmi
4. Keistimewaan Melayu/Bumiputera

Kita Sudah menunaikan janji kita pada 57 Tahun yang lalu .. semaikan didalam diri agar janji ini tidak menjadi virus perpecahan di antara rakyat Malaysia.

Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Rabu, 20 Ogos 2014

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Check out Abu's photos on Facebook.

Posted: 20 Aug 2014 04:38 PM PDT

facebook
Check out Abu's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Join Abu on Facebook
This message was sent to razlan74.rafii@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please unsubscribe.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303

Ahad, 17 Ogos 2014

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Usul Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2014

Posted: 17 Aug 2014 09:32 AM PDT


17 Ogos 2014
8.00 Malam
Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Taman Danau Desa

Kami Pergerakan Pemuda UMNO telah membawa beberapa usul di dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang mana usul ini mendesak dan menyeru beberapa perkara yang harus diberi perhatian khusus dan dibawa ke peingkat yang lebih tinggi.

Usul tersebut merangkumi usul pendidikan, politik, agama dan ekonomi seperti di bawah:

Pendidikan

1) Menyokong kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim iaitu menghentikan Sekolah  Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) agar perpaduan nasional dapat dicapai dan negara bergerak ke arah satu teras iaitu pendidikan tunggal.

2) Mewajibkan pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di semua SRK dan SMK bagi mengeratkan lagi hubungan kaum serta komunikasi agar pelajar akan berdisiplin dan menghormati bahasa dan peradaban kaum masing-masing apabila dewasa kelak. 

Politik

1. Meminta Kuota 30% untuk anak muda di Dalam GLC dan Calon PRU14.

2. Mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA).

Selepas 20 bulan (sehingga September 2013) pemansuhan ISA, Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad, kadar jenayah kekerasan meningkat sebanyak 2351 kes atau 5.43% (Utusan Malaysia). Pihak berkuasa seperti polis sudah hilang taring dan tidak dapat membuat apa – apa tindakan seperti sebelumnya dan kesannya peningkatan kadar jenayah.

3. Mengambil tindakan pada mana-mana pihak yang menghina kaum dan agama.

Kes – kes yang menghina kaum dan agama juga semakin meningkat lihat sahaja apa yang berlaku pada pasangan dan Alvin Tan dan Vivian, Kelvin Yap yang menghina Agama Islam, RSN Rayer yang menghina orang melayu dan Nawawee yang menghina perlembagan Negara, Lagu Negaraku dan Jalur gembilang. Jika ini tidak dibendung akan ada ramai lagi yang mengikuti jejak langkah mereka. Mereka ini harus di ambil tindakan dan di adili kerana cuba merosakkan keharmonian antara kaum. Tindakan harus dipercepatkan supaya menjadikan iktibar kepada yang lain.

4. Mempercepatkan Undang-Undang yang perlu atau Akta baru bagi menjamin kehormanian kaum dan agama di Malaysia.

Perlu ada Undang-undang yang lebih relevan sejajar dengan peredaran masa dan keperluan masa kini. Pengekangan dalam media sosial adalah juga perlu dimana pihak seperti SKMM perlu ada garis panduan yang jelas kepada rakyat. Akta Keharmonian Nasional seperti tiada penghujungnya sehingga kini belum direalisasikan

5. Tidak mengamalkan Selective Prosecution atau Petuduhan terpilih pada mana-mana pihak. 

Pihak Peguam Negara seharusnya peka tentang perkara ini, lihat sahaja apa yang terjadi kepada Ketua Pemuda UMNO WP dan Ustaz Sahul yang disiasat dengan begitu ketara dan akan diambil tindakan. Manakala Kiki seorang perempuan melayu yang dikatakan mengkasari Warga emas cina juga dikenakan tindakan oleh mahkamah.

6.Peguam Negara harus berundur.

Melihat kepada kes –kes pertuduhan terpilih seharusnya tidak boleh berlaku di Negara ini. Yang salah tetap dikenakan hukuman berdasarkan kepada kesalahan mereka. Tidak mengira pangkat, kedudukan , agama dan kaum, mereka perlu diadili. Sudah sampai masanya Peguam Negara berundur dan digantikan dengan orang yang lebih berwibawa. Sudah 10 tahun beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara.

Agama

1) Mengkaji semula keseluruhan pensijilan halal untuk menghasilkan satu standard yang selari dengan Al Quran dan Hadis. Dan Standard ini boleh digunapakai diseluruh dunia.

2) Standard Pensijilan Halal ini mestilah komprenhensif dan lengkap, dari pendaftaran sehinggalah kepada pengauditan dan pembaharuan semula sijil. Logo dan sijil mestilah seragam dan konsisten.

3) Mewujudkan inspector pensijilan halal setiap daerah dan negeri. Tugas mereka adalah untuk memantau, pemeriksaan dan melaporkan setiap aktiviti yang meragukan. Jawatan seperti ini wujud di Singapura dimana terdapat inspector Halal untuk memantau setiap kawasan.

4) Mewujudkan makmal halal untuk memeriksaan dan menguji makanana halal secara berkala terutama yang telah diberikan status pensijilan halal.

5) Mengadakan pemeriksaan menyeluruh Jabatan Agama, memeriksa latarbelakang orang yang menerajui Jabatan ini dan kakitangan, adakah mereka ini mempunyai fahaman atau idelogi yang berbeza seperti fahaman syiah, fahaman Wahhabi. Ini adalah penting untuk memastikan mereka selari dengan Amirul Mukminin (pemerintah) dan Ajaran Sunnah Al Jamaah.

6) Mewujudkan Index prestasi di setiap institusi Agama bermula daripada Surau, masjid dan Jabatan Agama supaya mencapai piawaian dan standard berdasarkan AL-Quran dan As Sunnah

7) Mewujudkan dan melahirkan budaya dakwah dikalangan umat Islam, Ini adalah salah satu cara untuk mengingatkan  dan meningkatkan akidah umat islam. Pada masa ini, kita melihat ramai golongan yang sudah terpesong jauh dari didikan agama. Tugas ini harus diketuai oleh jabatan agama supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perkara-perkara ini dapat dibendung.

 8) Menaiktarafkan Biro Agama dalam satu bentuk sayap baharu UMNO. Jika dahulu kita menarik minat generasi muda wanita dengan menubuhkan sayap Puteri, maka tidak menjadi masalah jika hal yang sama dilakukan terhadap golongan agama yang terasa terpinggir dalam perjuangan UMNO selama ini. Sedangkan pada asalnya, golongan ulama turut bersama UMNO bagi memperjuangankan kemerdekaan. Lantaran itu, bagi mempertahankan kemerdekaan juga, UMNO memerlukan sokongan golongan agamawan ini. Dicadangkan agar UMNO mewujudkan satu lagi sayap baharu bagi menarik minat golongan ini. 

Ekonomi

Mendesak agar Pusat Zakat Negeri-negeri supaya bertindak lebih proaktif dalam mencari golongan yang memerlukan bantuan disekitar negara dan menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka bagi mengelakkan mereka merana dan merempat di tanah melayu ini. 

Selain dari itu, Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat satu laporan polis dan mendesak pihak berwajib supaya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran yang secara jelas dan nyata memfitnah Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa Dato Seri Najib Razak terlibat dan mencampuri perjalanan perbicaraan mahkamah terhadap kes-kes yang dibicara terutamanya yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahm. 
 
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Sabtu, 2 Ogos 2014

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


@najibrazak digesa Tukar Peguam Negara!

Posted: 02 Aug 2014 04:27 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

2 Ogos 2014


Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?


Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.


Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.


Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.


Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas. 


Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.


Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.


Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?


PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.


Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.


Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.


Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.


Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pangkat. 


Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama. 


Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.



MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Sayap Parti

Bahagian