Pengikut

Nuffnang

Selasa, 28 Januari 2014

Ahli Parlimen Kota Belud

0 ulasan
sumber :-

Ahli Parlimen Kota Belud


Belum tentu Anwar akan jadi MB Selangor walau menang di Kajang

Posted: 28 Jan 2014 05:37 AM PST

Saya kira Datuk Seri Anwar Ibrahim belum boleh senyum dan yakin akan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun menang pilihanraya kecil DUN Kajang nanti.

Buat masa ini, kedudukan parti di DUN Selangor ialah PAS (15 kerusi), DAP (15 kerusi), PKR (14 kerusi) dan BN (12 kerusi). Jumlah kesemua kerusi ialah 56 kerusi. Kalau Anwar memenangi DUN Kajang, jumlah kerusi PKR tidak berubah iaitu 14 kerusi kerana mantan YB Lee Chin Cheh yang meletak jawatan itu adalah dari PKR.

Untuk menjadi seorang Menteri Besar yang tidak akan berdepan dengan undi tidak percaya, calon MB itu perlu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli DUN atau sekurang-kurangnya 29 ahli DUN dari 56 ahli DUN keseluruhannya.

Kita maklum PAS berang dengan Anwar kerana tidak berbincang dengan mereka sebelum "pelan strategik" Anwar ini dilakukan. Malah dari dulu lagi kita mendengar ada pemimpin PAS yang mengatakan calon mereka lebih layak menjadi MB Selangor atas alasan mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak dari PKR.

Kalau PAS mahu menawarkan ahlinya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN terpaksa mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB dari PAS. Kalau ini terjadi maka satu senario yang menarik akan berlaku.

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli. Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan Anwar. Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Kalau ada lagi seorang ahli DUN dari PR yang tidak sebulu dengan Anwar tidak mahu beliau menjadi MB, maka undi tidak menyokong Ahli DUN itu akan menjadikan impian Anwar untuk menjadi MB berkecai.

Satu lagi senario ialah jika Anwar kalah di Kajang, jumlah ahli DUN BN dan PAS ialah 28 manakala PKR dan DAP tinggal 28. Maknanya seri. Sekali lagi undi Tan Sri Khalid Ibrahim (atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang lain) akan menjadi penentu. Mungkinkah Tan Sri Khalid (yang sudah tentu merasa amat terhina dengan penguguran beliau dari jawatan MB) akan mengundi calon PAS atau berkecuali? Apa-apa pun kedua-dua keputusan itu akan menjadikan calon PAS menjadi MB Selangor. Senario ini amat menarik.

Persoalannya apakah akan ada ahli-ahli DUN dari PKR dan DAP yang berani membuat perubahan? Ingat, politik Selangor tidak pernah sunyi dari kontroversi.

Isnin, 27 Januari 2014

www.pemuda-enggang.org

0 ulasan
sumber :-

www.pemuda-enggang.org


Bahang perkauman kerana Cina tolak konsep perkongsian, kata Dr Mahathir

Posted: 27 Jan 2014 12:44 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan masyarakat Cina menolak konsep “perkongsian” dengan mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya lalu merupakan punca bahang perkauman di negara ini semakin tegang. Bekas perdana menteri itu menyifatkan pengundi kaum Cina sebagai punca Barisan … Continue reading

Sabtu, 25 Januari 2014

Ahli Parlimen Kota Belud

0 ulasan
sumber :-

Ahli Parlimen Kota Belud


Kalimah Allah.... Seriuskah Anwar?

Posted: 25 Jan 2014 04:48 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Taginambur hari ini. Seperti biasa ucapan beliau banyak menyentuh isu isu semasa termasuk isu kalimah Allah yang sedang hangat dibahaskan oleh rakyat Malaysia. Beliau menuduh kemelut kalimah Allah ini angkara UMNO.

Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat. Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Persoalannya kalaulah isu ini begitu menghantui pemikiran beliau, kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memecat pegawai pegawai JAIS atau mengadap DYMM Sultan Selangor dengan segera untuk minta titah larangan itu ditarik balik. Jawapannya senang sahaja. Datuk Seri Anwar tidak berani. Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain .

Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk menujukkan keberaniannya.

Saya dimaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang tidak lama lagi. Saya mencabar Datuk Seri Anwar untuk membawa usul meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) di dalam persidangan itu nanti.

Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut. Lagi pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu. Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu.

Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya. Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. 


Kita tunggu dan lihat.

Klik:
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/428809273917355

Selasa, 21 Januari 2014

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


Harga laptop

Posted: 21 Jan 2014 03:44 AM PST

Harga laptop seperti halnya Harga Harga barang elektronik lainya mengalami perubahan yang fluktuatif. Perubahan ini sangat dipengaruhi oleh naik turunnya nilai rupiah terhadap dolar. Hal ini wajar karena laptop dan barang barang elektronik lainya adalah bukan produk asli buatan orang indonesia melainkan barang impor dari luar negeri yang dibayar dengan dolar. Jika dolar menguat, rupiah menurun maka Harga laptop akan naik begitu juga sebaliknya jika rupiah yang menguat dan dolar melemah maka Harga barang barang elektronik termasuk laptop dengan sendirinya akan mengalami penurunan.
akan menjadi beda ceritanya jika saja barang barang tersebut bisa di produksi di dalam negeri dengan bahan dan tenaga kerja serta teknologi dari negeri sendiri, maka Harga barang tersebut akan menjadi stabil tidak terpengaruh oleh naik dan turunnya nilai rupiah terhadap dolar amerika

Sabtu, 18 Januari 2014

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH JASIN

Posted: 17 Jan 2014 09:02 PM PST

Perarakan Maulidur Rasul peringkat Daerah Jasin dijalankan pada 18 Januari 2014 bermula dari jam 7.00 pagi. Perarakan ini bermula dari Stadium Mini Jasin dan berakhir di Masjid Al-Ghaffar. Perarakan ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. "WASSATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"





Detik-detik sebelum perarakan dijalankan..


Di atas antara gambar-gambar semasa perarakan berlangsung.

Bergambar setelah berakhirnya perarakan di Masjid Al-Ghaffar

Selasa, 14 Januari 2014

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kerajaan Tetap Tidak Akan Wujudkan Semula ISA - DS Dr Ahmad Zahid Hamidi?

Posted: 14 Jan 2014 09:38 AM PST


"Kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya menurut beliau, akta sedia ada mungkin akan dipinda atau digubal kepada akta baharu yang lebih sesuai.

Ahmad Zahid menambah, perkara itu akan dilakukan sekiranya kerajaan merasakan terdapat keperluan.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA.

"Kita, bagaimanapun menerima sebarang cadangan ataupun input-input dalan memperkemaskan undang-undang di negara ini," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di Bagan Datoh.

Beliau juga berkata sekiranya akta seperti itu diadakan maka ia bukan bertujuan untuk menahan mereka yang berbeza pandangan politik.

Sebaliknya jelas beliau, untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu," katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 9 Januari 2014

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


Teknik Asas Solekan

Posted: 09 Jan 2014 04:51 AM PST

Program mempelajari teknik asas solekan anjuran puteri Dun Bemban dgn kerjasama Kolej Komuniti Kota Melaka....
"Kami dihujung jari; dekat disanubari"..

Turut hadir Penyelaras UMNO Bemban semasa penyerahan sijil kursus asas teknik solekan ini.


Ahad, 5 Januari 2014

HAMIM Ledang

0 ulasan
sumber :-

HAMIM Ledang


Pusat Khidmat Bergerak Ahli Parlimen Ledang

Posted: 04 Jan 2014 07:01 PM PST








Lawatan ke Taman Tun Syed Nasir, Tg Agas, Johor
4 Januari 2014

Sayap Parti

Bahagian