Khamis, 31 Oktober 2013

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Hello Dear,

Posted: 31 Oct 2013 11:18 AM PDT

Hello Dear,

My name is Dr.Peter George , the Overseas Fund Officer of a security firm here in London.

My client, General Daoud Rajha who died recently in a bomb blast made a fixed deposit of Eight hundred thousand Pounds in my branch.

From my investigations, he did not declare any next of kin to this fund before he died, So I need your consent to project you as a foreigner to act as the next of kin to my late client so that the board of directors will issue their approval once your data is reconfirmed as the bona fide next of kin to my late client and effect the fund transfer into your nominated bank account for us.

Kindly do not misunderstand me, this is a very good opportunity for the both of us to have a good life, is all about trust and commitment,why i say this is because this fund will be reverted to the UK Treasury if nobody comes forward as the next of kin , and which from all indication, non is coming up.

The board of directors gave me two working weeks to provide the next of kind to my late client's fund or have it confiscated as unclaimed treasury, and finally share it among themselves for good.


My anticipated percentages for sharing shall be fair enough 50% for me, 50% for you.

Please specify by replying to state if you are interested and do also provide a secure phone number.


Dr.Peter George
+447452033927

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Syabas Zambry Kerana Memartabatkan Islam!

Posted: 30 Oct 2013 06:48 PM PDT


Kerajaan Negeri Perak akan membina Ma'ahad Tahfiz di kesemua daerah di negeri ini untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa menitikberatkan ilmu agama disamping mengerjakan aktiviti seharian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini lima daerah negeri ini iaitu di Lenggong, Kerian, Sungai Siput dan Tapah telah mempunyai Ma'ahad Tahfiz dan yang terbaru bakal dibina di Pulau Pangkor.

"Hari ini saya merasmikan majlis pecah tanah bagi projek Ma'ahad Tahfiz, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kita akan bina sekolah tahfiz di setiap daerah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Tapak Projek Ma'ahad Tahfiz Pulau Pangkor, di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang bakal menuntut di sekolah ini akan ditempatkan di asrama dan projek ini diharap memberikan kualiti pendidikan yang baik untuk mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik, sebaris dengan pelajar daripada sekolah harian yang lain.

"Disamping belajar mengaji Al-Quran, belajar ilmu keislaman, mereka juga akan mengambil peperiksaan PMR, SPM, dan STPM seperti pelajar sekolah harian dan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam mahupun luar negara," katanya.

Dr Zambry berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk projek ini dan kerajaan negeri akan mempertimbangkan lagi sekiranya terdapat kos tambahan yang diperlukan.


"Ini merupakan projek fasa pertama dan kerajaan negeri masih mempertimbangkan untuk menambah peruntukan untuk projek ini kepada RM10 juta sekiranya terdapat penambahan yang diperlukan," tambahnya.

Beliau juga berkata, pihak kerajaan negeri tetap tidak akan melupakan Ma'ahad Tahfiz swasta yang lain dan akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka.

"Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada Ma'ahad Tahfiz swasta yang lain, tetapi untuk projek seperti ini kesemua Ma'ahad yang bakal dibina akan diletakkan sepenuhnya dibawah bantuan kerajaan negeri," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


MITI galak penubuhan koperasi untuk bantu usahawan PKS

Posted: 18 Sep 2013 06:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan penubuhan koperasi bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan dan memasarkan produk.  


Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Ir Hamim Samuri, berkata dengan tertubuhnya koperasi, usahawan PKS dapat mengeluarkan produk dalam skala yang lebih besar dan dapat meningkatkan daya saing produk berkenaan. 


"Salah satu kemudahan yang boleh diwujudkan oleh koperasi ialah penubuhan Pusat Pengumpulan, Pengedaran dan Pemasaran. 

"Ia akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan bahan mentah secara pukal yang akan dijual kepada anggota koperasi serta usahawan PKS lain pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran," katanya dalam ucapan semasa merasmikan Konvensyen Koperasi Usahawan Groom Big, di sini, hari ini. 


Konvensyen itu yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini, dianjurkan oleh MITI dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 

Program Groom Big adalah program pembangunan usahawan yang dilaksanakan untuk meningkatkan status dan kedudukan usahawan dari peringkat mikro sehingga kecil dan sederhana dan seterusnya meneroka pasaran eksport. 

Dalam merealisasikan matlamat program Groom Big, MITI tidak hanya melaksanakan program tersebut secara bersendirian, malah mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai kementerian dan agensi lain, termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan dan swasta.   

Sementara itu, Hamim berkata penubuhan koperasi ini juga dapat menyelesaikan isu kekurangan bahan mentah dan menjadikan harga produk usahawan PKS lebih kompetitif. 

Bagi meningkatkan daya saing dalam penubuhan koperasi, Hamim berkata koperasi itu sendiri perlu mempergiat aktiviti pengembangan perniagaan secara agresif memandangkan kejayaan aktiviti tersebutlah yang akan menyumbang kepada kejayaan koperasi. 

"Faedahnya akan dapat dirasai dan dikongsi bersama ahli," katanya. 

Selain itu, Hamim juga menggalakkan usahawan supaya meneroka sektor baharu yang berpotensi dan menjanjikan pendapatan tinggi di samping mempelbagai keupayaan mereka dalam bidang Utama Ekonomi Negara. 

"Bidang-bidang ini termasuk sektor pelancongan, pengangkutan dan logistik, perniagaan automotif, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan industri perkhidmatan. 

"Justeru, usahawan dan koperasi haruslah lebih kreatif dan inovatif dalam mengembangkan perniagaan masing- masing," katanya. 

Sehingga kini, sembilan Koperasi Groom Big telah ditubuhkan di Negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis). 

Penubuhan koperasi Groom Big ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada SIRIM Bhd dan SKM yang meliputi bimbingan dalam proses penyediaan pelan perniagaan serta kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan perniagaan. 

- BERNAMA


sumber:
berita harian online
17/9/2013

Pengikut