Rabu, 18 September 2013

Razlan's

Razlan's


Jangan hanya Ghairah pikir jawatan!

Posted: 18 Sep 2013 03:53 PM PDT


Dalam kesibukan Parti Terbesar Negara iaitu UMNO di musim permilihan ini, jangan kita terlupa akan perjuangan isu/Usul yang harus kita bawa kepada mesyuarat Agung yang akan datang agar intipati perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan Agama dapat terus harum dalam perjuangan UMNO. Jangan biarkan keghairahan kita mengejar jawatan sehingga terlupa asas perjuangan.

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sudah habis  mesyuarat Pemuda cawangan-cawangan pada 7hb September,1 minggu awal dari tarikh yang ditetapkan, ini adalah kerana kami mempunyai program yang besar untuk dilancarkan pada 14hb September iaitu perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh. 

Menyedari keputusan pada Pilihanraya ke 13, Seputeh telah mengalami satu Thusanami Cina yang membawa kepada menolakan secara total orang cina kepada parti BN. Kita buatlah apa program sekalipun, seolah-olah mereka melayan BN seumpama tidak berbudi dan bersalah besar kepada bangsa mereka.

Di peringkat Pemuda Cawangan, kami sudah membawa usul agar Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Negara agar dimartabatkan sebagai bahasa pengatara secara realiti dalam kehidupan segenap lapisan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.

Banyak perkara asas kenegaraan di Malaysia longgar akibat daripada tidak mempunyai sistem memperkasa Bahasa di kuatkuasakan. Jelas kita melihat, di Iklan-iklan dan papantanda, kebanyakkan sudah mula menggunakan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama.

Orang Malaysia pula banyak pilihan untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu bagi menjalani kehidupan di Negara mereka sendiri, mereka boleh memilih bersekolah di Sekolah Swasta dan terus ke Universiti langsung bekerja dan berniaga tanpa menggunakan bahasa Melayu. 

Kalau seseorang itu mahu menjadi warganegara sesebuah negara, asas mereka untuk memperolehi status penduduk tetap adalah menguasai bahasa Negara itu. Agak janggal juga di Malaysia, ramai rakyatnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka rakyat Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan menaikkan masa pembelanjaran kepada Bahasa Melayu amat kita sokong, namum masih ada ruang yang luas untuk rakyat Malaysia memilih kaedah lain untuk mendapatkan pendidikan di Swasta.

Jesteru itu, kami di pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, mencadangkan agar setiap anak Malaysia yang mahu mendapat Kad Pengenalan iaitu cukup umur 12 tahun untuk di temuduga, mereka harus fasih berbahasa Melayu, mengetahui asas negara Malaysia dan sedikit sebanyak berpengetahuan dalam Institusi Raja-raja sebagai ketua negara sebelum mereka mempunyai Kad Pengenalan sebagai rakyat Malaysia.

Peraturan ini memang agak sukar dilaksanakan kerana kemungkinan ia melibatkan kelulusan di Parlimen, namum sebagai rakyat Malaysia tidak mengira kaum, kita kene bersatu hati untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai darah daging kita, kerana kita adalah anak Malaysia. Terdapat cadangan-cadangkan untuk menjadikan Bahasa English sebagai bahasa perpaduan seperti di Singapura, rakyat Malaysia tidak kita Cina, India, atau Melayu, seharusnya bangkit untuk menentang, kerana kita anak Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

 

 

 

 


7A820183-B319-4B15-8191-81BF46E1A994

Pengikut