Isnin, 2 September 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Produk Perak Agro Dan Pegro Mampu Bersaing Di Pasaran Tempatan - Dr Zambry Abd Kadir!

Posted: 02 Sep 2013 02:46 AM PDT


Produk jenama Perak Agro dan Pegro keluaran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang dilihat berupaya bersaing di pasaran tempatan dijangka menyumbang pendapatan bernilai RM1.4 juta kepada agensi itu, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak Agro akan membantu memasarkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk diketengahkan tetapi tidak mampu dilakukan sendiri oleh pengusaha.

Katanya, faktor itu berlaku lantaran kurangan pengetahuan, pengalaman serta modal bagi meningkatkan jualan serta bersaing di pasaran besar dikalangan pengusaha terbabit.

"Pengusaha mungkin kurang terdedah dengan pasaran yang lebih luas dan atas sebab itu Perak Agro akan memainkan peranan mereka untuk membantu pengusaha ini.

"Aspek produk termasuklah yang boleh kita guna, pasar dan pakejkan untuk menjadi satu produk yang baik dengan menggunakan hasil alam juga diambil kira kerana ia dilihat semakin relevan dan berpotensi menjadikan agensi ini berkembang dengan lebih baik," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Perak Agro dan Pegro di Ipoh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman. Menurut Zambry lagi, Perak Agro adalah jenama yang digunakan bagi memasarka produk-produk makanan manakala Pegro pula dikhaskan untuk minuman keluaran Perak Agro Herba Sdn. Bhd.

"Sebagai langkah merancakkan lagi aktiviti pemasaran produk-produk ini, SADC juga akan membuka kedai Perak Agro di Silibin yang sedang diubahsuai dan dijangka beroperasi pada bulan Januari 2014 bagi memasarkan produk segar serta hiliran," katanya lagi.

Antara produk yang dikenalpasti termasuklah kordial asam jawa, kordial rock melon, kordial mangga, kerepek daun kesum dan kerepek daun kunyit.

Dalam pada itu, beliau berkata, sumber-sumber pertanian yang berpotensi juga akan dibangunkan berdasarkan hasil kajian terhadap beberapa jenis tumbuhan tropika.

Warna-warni politik
Torashah

DunSemarang

DunSemarang


"Tak Hina Islam"...katanya

Posted: 01 Sep 2013 09:30 AM PDT

Kalau orang nak kata..Bendera malaysia di hina sebagai bendera Lanun..atau sebagainya...
dan sipelukis pula telah memberi hujah hujahnya...namun yang pelik..
Kenapa tulisan Bismillah...itu terbalik..di letakkan di bahagian bawah sekali...hina sungguh pemikiran
si pelukis..Ayat atau perkataan Bismillah sepatutnya adalah di bahgian atas..bukan setakat di langgar tayar basikal dan lebih mulia bendera Amerika yg di anggap lanun...Nampaknya lanun Amerika ini lebih mulia
dari Bismillah..Tak boleh ker kalau tak hina islam..dengan pelbagi kehalusan..

Jangan berfikiran sebagai manusia zaman Batu dan belum bertammadun dalam berkarya,,
 jangan mengambil ruang menghina Agama Islam atas dasar seni....adalah lebih elok kalau melakar karya di dinding Gua.


Pengikut