Khamis, 29 Ogos 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Geng 36, 04 dan 08 Paling Bahaya #Merdeka56

Posted: 29 Aug 2013 09:00 PM PDT

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka

"Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.


"Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing," katanya dalam sidang akhbar Op Cantas Khas di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Jalil Hasan dan Penyiasat Undang-undang KDN, Othman Yusof.

Menurut Abdul Rahim, daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Katanya, terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Abdul Rahim berkata, kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

"Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 sebagai contoh seksyen 6(2) dan 6(3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.

"Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya bersama beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, ROS dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan samseng itu.

Mengenai penglibatan ahli politik dan warga asing dalam kegiatan kongsi gelap itu, beliau berkata, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya dan perkara itu perlu dirujuk dan disahkan oleh pihak polis.
 
Ditanya sama ada terdapat anggota kongsi gelap itu yang berjaya ditahan dalam Op Cantas, Abdul Rahim mengesahkan terdapat kes anggota kongsi gelap berjaya ditahan.

"Ada kes kita dapati ada kaitan dengan kongsi gelap, kadang-kadang dapat dikesan menerusi uniform, logo pada badan dan sebagainya tetapi ada juga yang tidak berkaitan namun, maklumat lanjut akan disahkan oleh pihak polis.

"Kita akan sentiasa memantau perkembangan ini dan menjalankan penguatkuasaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ROS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membanteras kumpulan ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Menyanggah Pemutar Belit Sejarah #Merdeka56

Posted: 29 Aug 2013 07:20 PM PDT




UNTUK mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak.

Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

Demokrasi menjadi laungan perjuangan orang Melayu hanya selepas mereka menyedari betapa pentingnya pemerintahan sendiri melalui pengalaman semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kejayaan Sukarno dan Hatta di Indonesia yang membebaskan negara mereka daripada pemerintahan Belanda pada 1948 menjadi inspirasi sehingga UMNO berandaian, mencorakkan bendera parti mengikut susunan warna yang sama dengan Sang Saka Merah Putih Indonesia akan membawa petanda yang baik.

Kegagalan Rancangan MacMichael untuk mewujudkan Malayan Union pada 1946 mencetuskan nasionalisme Melayu yang berkobar-kobar merebak ke kawasan luar bandar. Pada 1 Mac tahun berkenaan, suatu kongres besar-besaran diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melibatkan 38 parti Melayu, bilangan paling besar pernah dikumpulkan dengan suatu matlamat - menentang cadangan kerajaan Malayan Union yang baru.

Wakil-wakil entiti dari seluruh pelosok negara jauh dan dekat, termasuk dari Singapura dan masyarakat Kaum Darat Selangor meluahkan pandangan mereka. Cadangan Malayan Union dibahaskan dan diputuskan sebagai tidak berperlembagaan berhubungan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Perancangan itu berlawanan dengan kehendak rakyat dan juga bertentangan dengan Piagam Atlantik, dan hanya dengan mengembalikan kedaulatan Negeri-Negeri Melayu sahaja menjadi penyelesaiannya.

Semasa UMNO secara rasmi diperkenalkan oleh Tengku Mahkota Johor pada 11 Mei 1946 di perkarangan Istana Besar, hasrat pemerintahan sendiri telah mula membara dan tidak dapat dibendung lagi. Pihak berkuasa British menyedari hakikat ini dan secara beransur-ansur mula melonggarkan ikatan penjajahannya.

Rakyat Malaya waktu itu cukup maklum bahawa Malaya telah dilahirkan di dalam pemerintahan darurat dan masalah ketenteraman awam yang berpanjangan. Permasalahan Gee Hin dan Hai San dalam siri kegiatan samseng mencetuskan Enakmen Kediaman Terhad 1933 (RRE) manakala keganasan pemberontakan gerila komunis terpaksa dihadapi dengan Ordinan Darurat 1948.

Antara kejadian yang paling huru-hara semasa darurat ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dalam serangan hendap oleh pengganas komunis berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kematian Gurney mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan dan penjajah dan sesuatu yang drastik dilakukan dengan pengganti mendiang mewujudkan Rancangan Briggs.

Dalam Rancangan Briggs, kampung-kampung baru untuk orang Cina didirikan di beberapa bahagian Semenanjung terutama di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung-kampung ini dikategorikan sebagai kawasan keselamatan berisiko oleh kerajaan kolonial. Urusan keluar dan masuk tertakluk kepada pemeriksaan teliti ke atas bekalan makanan, pakaian dan senjata yang boleh disalurkan kepada pengganas.

Walaupun Rancangan Briggs terbukti berkesan dalam mengurangkan bantuan kepada pengganas, rancangan itu juga ada 'impak' yang lain dan 'terkesan' sehingga hari ini - mewujudkan polarisasi perkauman iaitu bangsa Melayu dan Cina terutamanya telah dipisahkan.

Orang Cina diletakkan di bandar-bandar, Melayu di kampung-kampung dan India di ladang-ladang getah dan kaman, iaitu berek-berek buruk untuk buruh-buruh yang sebahagian besarnya bekerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehingga merdeka pada 1957, fungsi Majlis Perundangan Persekutuan banyak menumpukan kepada strategi dan tindakan terhadap 'bandits', satu istilah seni bagi menggambarkan pengganas dan penyokong mereka. 'Bandits' terus menentang pihak berkuasa British selepas berakhirnya Perang pada 1945 atas anggapan bahawa mereka adalah kesinambungan rejim penjajahan dan pencerobohan selepas rejim Jepun.

Dan menjelang 1948 apabila pemberontakan komunis di kemuncaknya, pihak British menunjukkan kesediaan mereka untuk memberi Malaya pemerintahan sendiri pada suatu masa yang sesuai.

Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 (FMA) menjadi dokumen yang berperanan penting ke arah kemerdekaan yang pada ketika itu adalah kira-kira sembilan tahun lagi.

UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini. Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC) pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Perkembangan yang membawa kepada pilihan raya pertama itulah yang kemudian dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan Perikatannya menjadi satu renungan menarik. Ini terutamanya pada tahun-tahun permulaan di mana Tunku dan kawan-kawan setia beliau berunding dengan pihak British dalam pelbagai aspek untuk pemerintahan sendiri.

Seorang sarjana ekspatriat terkemuka dengan jelas menggambarkan keghairahan kemerdekaan sebagai 'mengharumkan udara Kuala Lumpur dan minda penduduk untuk berhari-hari lamanya' berikutan 31 ogos 1957 dan pembentukan Kabinet Merdeka Tunku Abdul Rahman yang dinanti-nantikan pada 10 September 1957.

Tunku, masih sempat berjenaka dalam keadaan yang agak sukar ketika itu dengan mengatakan walaupun pihak British banyak mengalah kepada permintaan beliau, tetapi beliau tidak diberikan kemudahan perumahan sebagai Ketua Menteri.

Gaji bulanan seorang Ketua Menteri hanyalah sekitar 3,000 ringgit setiap bulan dan elaun keraian secara pukal sebanyak 2,500 ringgit. Sesuatu yang memeranjatkan ialah para menteri beliau juga menerima gaji bulanan yang sama.

Demikian sejarah kemerdekaan negara 1957 tertulis dengan faktanya dan tidak tergapai dengan mudah.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Tindakan Ngeh Keterlaluan - DS Dr Zambry Abdul Kadir!

Posted: 29 Aug 2013 11:40 AM PDT


"Tentu beliau ada niat lain kerana asyik mengulangi pertikaian yang sama". Demikian kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas tentang tindakan Adun Sitiawan, Ngeh Khoo Ham yang tidak habis-habis mengulangi pertikaian yang sama sepanjang Persidangan Dun berlangsung.

Menurut Zambry, pemimpin tertinggi DAP Perak itu telah beberapa kali menuduh beliau terlibat dalam skandal terbesar melibatkan tanah seluas 120 ribu hektar. Beliau menambah, Ngeh juga dilihat bersikap keterlaluan kerana menggunakan bahasa yang agak kasar ketika membuat tuduhan berkenaan.

"Saya menjelaskan kepada Ngeh, walaupun beliau telah beberapa kali menuduh bahawa ini adalah skandal terbesar 120 ribu hektar tanah.

"Saya kata sebagai kawan, dia tidak sepatutnya berkata begitu malah Ngeh perlu ada segala bukti yang menunjukkan saya telah pun menyalahgunakan atau saya telah merompak tanah rakyat untuk diberikan kepada kroni saya.

"Sudahlah membuat tuduhan keatas saya, tetapi dengan menggunakan bahasa yang keterlaluan,"katanya pada sidang media selepas Persidangan DUN hari ini.

Disebabkan tindakan Ngeh yang sedemikian rupa, Zambry lantas mengambil initiatif untuk bertanya kepada pemimpin pembangkang itu diluar dewan.

"Saya tanya dia skandal apa, kemudian, saya kata pada dia, you pernah jadi kerajaan sepatutnya you tahu tanah-tanah yang kita beri kelulusan termasuklah tanah pekuburan, tanah untuk masjid, tokong, rumah ibadat, sekolah SUWA,SJKT, SAR dan sebagainya termasuk juga tanah yang diberi untuk pertanian.

"Dia nak saya senaraikan semua... saya kata tak apalah kalau dia siasat perkara ini boleh buat, malah, kita tidak ada masalah sekiranya dia tahu tentang status tanah ini.

"Apa yang menjadi masalahnya adalah, Ngeh ini asyik mengulang-ulang perkara yang sama. Kononnya ia satu kerja yang korupsi, melibatkan kroni dan sebagainya.

"Saya tak tahu ini adalah cubaan untuk mengaburi mata rakyat atau tidak, sebab itu saya tegur dia diluar dewan.Saya tidak mahu buang masa di dalam untuk perkara yang seperti ini.

Menurut Zambry lagi, beliau sememangnya faham perasaan Ngeh apabila dirinya dituduh mendapat tanah 10 ribu ekar. Bagaimanapun katanya, apa yang cuba Ngeh lakukan adalah sesuatu yang amat keterlaluan.

"Sepanjang persidangan ini berlangsung sebagai MB, saya tak boleh nak jawab tuduhan dia kerana saya mahu fokus kepada isu atau masalah rakyat tetapi dia terus mendesak saya,"ujarnya lagi.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut