Isnin, 22 Julai 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Lawatan Tuanku Raja Nazrin Dan Keluarga Ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng - 21/07/2013

Posted: 22 Jul 2013 09:22 AM PDT






Pengunjung serta peniaga di Bazar Ramadhan Medan Gopeng cukup bertuah kerana berpeluang membeli juadah berbuka bersama keluarga diRaja Perak.

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, bekenan untuk turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat di Bazar Ramadhan Medan Gopeng.

Tuanku bersama isterinya, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim bersama-sama dua anak mereka cukup prihatin dengan rakyat Perak dalam melaksanakan ibadat puasa.

Mengiringi tuanku, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata rakyat Perak begitu bertuah kerana tuanku bekenan untuk mengadakan lawatan ke bazar ramadhan terbabit.

"Pada hari ini peniaga dan masyarakat begitu bertuah sekali kerana Tuanku Raja Muda sekeluarga telah melawat ke bazar ramadhan ini dan tuanku cukup prihatin dengan peniaga dan pengunjung disini.

"Kita rasa gembira kerana bazar ramadhan di Medan Gopeng ini adalah antara yang terbesar di Ipoh dan dilawati oleh tuanku selain yang kita ada di Stadium Indera Mulia.

Beliau menambah, seperti tahun lalu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mengenakan bayaran lesen kepada peniaga di bazar ramadhan kendalian agensi itu.

Katanya, MBI hanya mengenakan bayaran sewa khemah kepada peniaga iaitu sebanyak RM300.

"Kita cuma kenakan bayaran khemah sebanyak RM300 dan ini adalah untuk keselesaan peniaga yang kita nak mereka dapat buat sesuatu atau pendapatan yang lebih baik dalam bulan Ramadhan ini.

"Setakat ini, responnya begitu baik dan kita telah sediaka 198 lot khemah dan yang lainnya adalah dikendalikan oleh pihak swasta.

"Kita amat berbangga dapat membantu peniaga di Medan Gopeng dan nampaknya juadah yang disediakan begitu baik,"katanya kepada media selepas mengiringi Tuanku Raja Dr Nazrin Shah sekeluarga melawat Bazar Ramadhan Medan Gopeng.





Warna-warni Politik
Torashah

Pengikut