Khamis, 18 Julai 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Akta Keharmonian Nasional Vs Akta Hasutan 1948

Posted: 18 Jul 2013 05:00 PM PDT



                                          
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:

3. (1) Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.  

Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk 'mengenakan' kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.

Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.

Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi.   Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.

Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.

Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:

a) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak    setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

b) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan

c) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini.

Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.

Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.
                                                                    
                        

BERSIH 4.0 Untuk Tebus Kegagalan Black 505 #TolakPR

Posted: 18 Jul 2013 06:37 AM PDT




Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran.    BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.

Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.  Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan 'bencana' yang berlaku dalam Black505 tidak berulang.

Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan 'rakyat' terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.  Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta.

Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.  

Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin kerana itu, pembangkang yang tidak berpuas hati, merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.  Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai.   Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR.

Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan 'blackout' dalam himpunan  kali ini?

Walhal, di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang 'hilang'.   Tetapi, entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen.  Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan 'bukti-bukti' ini bagi membersihkan namanya. 

Sebagai pemerhati, kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas.   Kali ini, tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan.
Jika dilihat dari 'mood' peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan.  Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa. 

Dari rungutan itu, kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan 'aksi' iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis.  Manakala, sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya.

Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka.  Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman, dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.   

Di penghujung drama komedi 'slapstick' Black505, kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk 'berjuang ke titisan darah terakhir' dengan cuba merempuh Parlimen.  Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai, mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL.  

Dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen.

Berdasarkan apa yang berlaku, bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0?  Dan agak-agak, berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh?   Atau, berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi?

Pengikut