Ahad, 2 Jun 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Makan gaji buta di Ipoh Timur - Jangan biarkan Kit Siang goyang kaki di Gelang Patah?

Posted: 02 Jun 2013 10:45 AM PDT

Tajuddin, Sabariah, Teh Kin Hua

Penduduk Parlimen Ipoh Timur mengingatkan penduduk di Parlimen Gelang Patah tidak terus membiarkan Ahli Parlimen baharu kawasan itu, Lim Kit Siang mengekalkan sikap 'goyang kaki' seperti yang diamalkan beliau sebelum ini.

Menurut mereka, penduduk di parlimen itu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman mereka selama dua penggal di bawah Penasihat DAP itu yang disifatkan sebagai sia-sia kerana pemimpin berkenaan tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan penduduk.

Pesara tentera, Tajuddin Salleh, 61, berkata, penduduk di Gelang Patah mengambil risiko yang cukup tinggi memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat walaupun mereka sedia maklum tentang sikap 'pemalas' pemimpin tersebut.

"Mereka perlu desak Kit Siang untuk bekerja. Cukuplah dua penggal dia goyang kaki di Ipoh Timur. Jangan biarkan dia terus selesa dan ulangi sikap itu.

"Sebagai wakil rakyat, dia perlu berkhidmat, bukannya hanya tunjuk muka sekali-sekala. Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) banyak bantu, kini penduduk Gelang Patah minta pula bantuan daripada dia, kita tengok dia bantu atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Sabariah Sultan, 65, kesal kerana penduduk di Gelang Patah tidak mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepada penduduk di Ipoh Timur yang diabaikan Ahli Parlimen sendiri sejak 2004.

Katanya, dia yakin cubaan mengubah pemimpin yang dilakukan penduduk di kawasan Parlimen itu akan memakan diri kerana Kit Siang bukan seorang pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

"Selama ini kita semua senang di bawah kerajaan BN tetapi mengapa mahu mengambil risiko memilih wakil rakyat yang langsung tidak tahu membuat kerja?

"Mereka perlu bertegas dan kerah Kit Siang untuk laksanakan amanah. Jika tidak, sia-sia sahaja mengundinya," katanya.

Bagi pesara, Teh Kin Hua, 64, pula berkata, jika sebelum ini pengundi di Parlimen Gelang Patah bermati-matian memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat, kini mereka juga perlu bersungguh-sungguh memastikan pemimpin itu melaksanakan tanggungjawabnya.

"Di Ipoh dia tidak buat kerja, di Gelang Patah apatah lagi. Namun, saya harap mereka tidak terus membiarkan Kit Siang dengan lagaknya. Dia perlu dikerah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, R. Raveedran, 75, berkata, sikap sebenar Kit Siang yang tidak mempedulikan penduduk di Ipoh Timur sebelum ini bakal turut dirasai penduduk di Gelang Patah.

"Sudah lama kami diabaikan wakil rakyat sendiri. Penduduk di Gelang Patah jangan berdiam diri, mereka telah undi dia dan ini masanya dia membalas budi," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut