Selasa, 23 April 2013

Razlan's

Razlan's


Kemalangan di Seri Petaling

Posted: 23 Apr 2013 10:37 PM PDT


Sekitar jam 11am tadi, satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah motosikal dan Kereta waja.

Kebetulan Puan Nicole Wong berada di kawasan. Melihat kejadian itu, beliau terus bergegas membantu mangsa kemalangan.

Gambar ini membuktikan bagaimana wajah seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya dipilih oleh Pengundi di Seputeh.

Bukan seperti Teresa Kok yang akan "Cekak Pinggang" seperti pembantu beliau di gambar ini ..


Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


DAP Segambut Gerun Dengan BN Segambut So Sabotaj Bendera dan Poster BN? #GE13 #TolakPR #BN4WP #BN4Segambut

Posted: 23 Apr 2013 11:00 PM PDT




Akibat gerun dengan warna Biru yang dilihat mula menguasai pemandangan di Parlimen Segambut telah menyebabkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membakar dan juga mensabotaj bendera-bendera milik Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku di PDM Kg Sg Udang di mana bendera di PDM tersebut telah dibakar. Tak cukup dengan itu, poster besar gambar Perdana Menteri juga telah dikoyak di bahagian muka. Bendera BN di sekitar kawasan PDM Manjalara juga telah disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan kejadian tersebut, 1 laporan polis telah dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut, Sdr Hadrisham.

Nampaknya modus operandi mereka kali ini adalah merosakkan bendera dan poster-poster Barisan Nasional kerana kejadian bakar bendera bukan sahaja berlaku di Palimen Segambut malahan kejadian yang serupa juga berlaku di Parlimen Putrajaya. Baca di SINI.

Sabotaj bendera parti lain bukanlah cara berkempen yang bijak dan matang. Kalau selama ni korang dah berkhidmat kepada rakyat tak perlu takutlah dengan bendera pihak lawan. 75,631 orang pengundi di Segambut lagi bijak menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya goyang kaki.

Lainlah kalau selama ni hang pa jadi YB Tidur memang patutlah korang gerun dengan BN sebab BN Segambut dah berkhidmat untuk rakyat sekian lama. Bukan tunggu nak dekat PRU baru turun kawasan cari pengundi.

Kenyataan Media Isu 1 Nama 3 Kad Pengenalan #GE13 #TolakPR

Posted: 23 Apr 2013 09:12 PM PDT







KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki  tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza.   Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan  mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan  Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2.      Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifieryang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggunakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang  ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama). 

3.      Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga  berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu,  jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada  individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi  lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4.      Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari  mereka juga berbeza.  Begitu juga dalam kes  Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama  yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua  adik beradik yang tinggal di satu alamat itu  mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka  yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang  mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya  menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5.      SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi  wajib dicalit  pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan  penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali.  Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

Sekian dan terima kasih


.........................t.t.............................
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 April 2013

Nurul Izzah Kena "Tampar" Dengan Pengundi Hantu Lembah Pantai #TolakPR #GE13 #PRU13 #BNBagus #Vote4BN #BetterNation

Posted: 23 Apr 2013 05:30 PM PDT





Kalau tak tahu jangan bersuara kan tak pasal2 dah kena.............


KENYATAAN MEDIA

MANGSA-MANGSA TUDUHAN PENGUNDI HANTU OLEH NURUL IZZAH

21 APRIL 2013

Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:

i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.

vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.

Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.

Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!

Untuk mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah. Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.

Sehubungan dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.

Awas Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.

HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)








Baca Selanjutnya di SINI



SP: Kesian YB Bodoh..............

Kit Siang Tolak Anwar Jadi PM? #GE13 #TolakPR #Vote4BN

Posted: 23 Apr 2013 12:36 AM PDT




Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM. Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan "Hadi Awang" oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai  Perdana Menteri.

Macam mana ni? Kata Pakatan Rakyat tapi nampaknya masih tak bersepakat lagi nak memilih bakal PM seandainya PR berjaya dalam PRU 13 nanti. Issshhh!!! Susah rakyat nanti kalau kerajaan yang dibentuk asyik bertelagah dan tak sehaluan dalam membuat keputusan. Yelah bila 1 Perahu ada 3 Nakhoda silap-silap boleh tenggelam perahu tersebut.

So buat pengundi semua sepatutnya dah Nampak dan dah tahu parti mana yang lebih layak memimpin  dan mentadbir Negara kita tercinta Malaysia.



PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


!!!!!!!!!!!!!CONGRATULATION!!!!!!!!!!

Posted: 23 Apr 2013 04:34 AM PDT



FROM: THE DESK OF THE VICE PRESIDENT INTERNATIONAL LOTTERY
PROMOTIONS/PRIZE GIVING AWARD
AVENUE NKURUMA SECTOR, 104OUAGA BP

!!!!!!!!!!!!!CONGRATULATION!!!!!!!!!!
Dear lucky winner
We are pleased to inform you of the result of the INTERNATIONAL
POOLSLOTTERY RAFFLE DRAW
International programs held on the 20th of April 3013.
Your e-mail address was attached to ticket number 001478996665 with
Serial number 4569877454:2563 drew lucky numbers 896633666/457896
Which consequently won in the 2nd category, you have therefore been
Approved for a lump sum payment of 850, 000.00 Euros.
(Eight Hundred and fifty Thousand Euros).
CONGRATULATIONS!!

Due to mix up of some numbers and names, we ask that you keep your
Winning information confidential until your claim has been
Processed and your money Remitted to you. This is part of our security protocols
to avoid double claiming and unwarranted abuse
of this program by some participants.

All participants were selected through a computer ballot system
Drawn from over 20,000 company and 30,000,000 individual's email addresses from all over the world. This promotional program takes place every year.
This lottery was promoted and sponsored by International software
Organization committee, with support of VICE PRESIDENT we hope with part of your winning you will take part in our next coming ( 2 million euro) international lottery.

To file for your claim, please contact our claim agent
M. Hakeem
Manager International Remittance/Credit unit
Facility Management Region

Email (LOTTOSPONSOR2012@GMAIL.COM)

Telephone (00226) 74 36 38 22

CONGRATULATION!!!
Contact your claim agent for due processing and remittance of your
Prize money to a designated account of your choice. Remember, you
Must contact your claims officer not later than 10th of May 3013.
After this date, all funds will be returned as unclaimed.
NOTE: In order to avoid unnecessary delays and complications, please
Remember to quote your reference numbers in every one of your
Correspondences with your officers. Furthermore, should there be any
Change of your address; do inform your claims officer as soon as possible.
Congratulations again from all our staff and thank you for being
Part of our promotions program.
We wish you continued good fortunes.

Best regards.
Mr. Jones parker.
2013, Raffle Co-Ordinator.

Pengikut