Ahad, 14 April 2013

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


RAKYAT MULA MEMPERAKUI KELEBIHAN BN

Posted: 13 Apr 2013 10:26 PM PDT



Assalamualaikum.

Parlimen telah pun dibubarkan, malah hari penamaan calon dan hari mengundi juga telah ditetapkan.

Tiga tarikh penting yang dinanti-nantikan oleh rakyat selama ini telah pun terjawab. Masing-masing kini sedang memberikan tumpuan terhadap kempen-kempen mereka bagi memastikan kemenangan pada PRU ke-13 ini.

Walaupun banyak pihak berpendapat bahawa PRU kali ini adalah yang paling hangat, paling sengit dan paling getir, namun nampak semuanya berjalan lancar. Bagi saya, sudah tentu saya sangat percaya bahawa rakyat akan sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri Terengganu serta negeri-negeri lain di Malaysia.

Begitu juga di peringkat Parlimen, BN sekali lagi dijangka mampu membentuk kerajaan yang lebih kuat berbanding PRU ke-12 yang lalu.

Banyak sebab sebenarnya mengapa saya berkata demikian, selain faktor kejayaan BN itu sendiri dalam membangun dan memajukan negara serta menjaga kebajikan rakyat, kecelaruan serta isu-isu yang menggemparkan yang melanda parti pembangkang sejak kebelakangan ini telah turut membuka mata rakyat.

Selain itu, rakyat semakin bijak dan matang walaupun persekitaran mereka sekarang sedang diasak dengan pelbagai isu-isu yang sengaja dicetuskan melalui internet dan sebagainya. Hakikatnya, rakyat telah bijak dalam menapis isu-isu yang dibawa ke pengetahuan mereka.

Jelas sekali hari ini, BN telah diberikan sokongan dan sambutan yang amat baik dan BN juga berada pada posisi yang sangat meyakinkan untuk memenangi PRU ke-13 ini.

Jika anda ingin mengesahkan apa yang saya katakana, anda boleh bertemu rakyat yang tidak fanatik dan pemikirannya pula terbuka, mereka pasti akan menyatakan secara terbuka mengenai kejayaan dan potensi kemenangan BN.

Kepada mereka yang masih kurang yakin atau tidak yakin kepada kerajaan BN terutamanya penyokong pembangkang, waktu masih ada untuk mereka berubah kepada yang lebih baik.

PAS telah pun memerintah Terengganu pada 1999-2004 dan telah terbukti menjadi kerajaan yang gagal. Oleh kerana itu, saya berpandangan, rakyat tidak lagi sepatutnya memberikan kepercayaan kepada kerajaan yang gagal itu pada PRU ke-13 kali ini.

Harapan saya, marilah kita semua sebagai rakyat bersatu dan bertekad untuk terus memberikan undi kepada BN untuk  menerajui Terengganu dan Malaysia ini.


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Baru pasang bendera BN...tu pun dah cuak..

Posted: 13 Apr 2013 09:57 PM PDT



Dah panas ke?jangan gitu kami baru nak bermula.Berjuanglah dengan secara yang profesioonal dan bukan ikut emosi.Begitulah yang terjadi dikawasan kami.Barangan kami dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Takut dengan bayangan swrta gelombang BARISAN NASIONAL!Namun..walau apa pun yang cuba mereka lakukan..kami sedikit pun tak akan berundur..malah kami akan perhebatkan lagi perjuangan kami..


Pengikut