Ahad, 24 Mac 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Apa itu ESSCOM? #OpsDaulat #ESSCOM #pahlawanku

Posted: 24 Mar 2013 09:18 PM PDT

SP nak share dengan pembaca blog semua penerangan ringkas bergambar tentang ESSCOM sebelum penerangan terperinvi yang akan dibuat oleh YAB PM nanti.




Semoga dengan penubuhan ESSCOM ini keselamatan negeri Sabah akan lebh terjamin dan ini juga adalah bukti kerajaan benar-benar serius menangani masalah di Sabah.


Kerajaan Pas Zalim? #1Malaysia #tolakPR #tolakfitnah

Posted: 24 Mar 2013 07:47 PM PDT



Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap 'ulama' bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.
 
Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh 'ulama' tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?
 
Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh 'Ular Dalam Semak' yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.
 
Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan "Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh" namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan 'Tok Guru' pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.
 
Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!

Strategi DAP di Negeri Johor Letak Kit Siang Jadi Calon? #tolakPR #tolakfitnah

Posted: 24 Mar 2013 06:00 PM PDT




 Petikan Sin Chew Daily (21/3/2013)



Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.

Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.

Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.

Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.

PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin)dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.

Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh!

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah
22 Mar 2013

Program BN Seputeh dan @nicolewong89 Bersama Masyarakat Cina Buat @teresakok Makin Stress #1Malaysia #TolakPR

Posted: 24 Mar 2013 05:00 PM PDT

Puan @nicolewong89 memberi ucapan
Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Parlimen P122 Seputeh yang telah berjaya mengumpul hampir 2000 orang pengundi di parlimen Seputeh  di dalam program PERHIMPUNAN PENGUNDI - PENGUNDI MASYARAKAT CINA YANG KEMBALI MENYOKONG BARISAN NASIONAL UNTUK PRU - 13. 

Masyarakat Cina sokong kepimpinan PM @NajibRazak
Program ini telah dihadiri oleh orang - orang kuat Barisan Nasional Seputeh terutamanya Puan Nicole Wong Siaw Ting (MCA), Datuk Mustapa Kamal (UMNO) dan Sdr Razlan Rafii (UMNO). Antara pengisian program ini adalah ucapan dari Puan Nicole Wong, yang insyallah akan menjadi calon MCA bagi menentang #MPMalas Teresa Kok. 



Para hadirin yang hadir
Antara initipati ucapan Puan Nicole Wong adalah beliau berjanji akan berusaha bersungguh - sungguh untuk pertama sekali mendengar masalah pengundi. Bagi saya ini adalah penting kerana kita tidak mahu ahli parlimen yang "take for granted" keperluan penduduk setempat. No 1 constituency is the same, therefore kita perlukan YB yang boleh #listen #listen #listen 
Barisan kepimpinan BN Seputeh
Kedua, Puan Nicole Wong berjanji akan "Take Action" . Ini juga bagi saya satu perkara yang positive kerana kalau Puan Nicole hanya mahu #listen #listen #listen tapi No action buat apa betul x? 
Pandangan dari belakang dewan
Ketiga, Puan Nicole juga berjanji akan memastikan pegawai - pegawai beliau memainkan peranan yang penting dalam semua Peti Daerah Mengundi (PDM) selepas PRU - 13. Ini adalah benda paling penting pada pendapat saya kerana Ahli Parlimen sekarang pernah marah kepada saya yang beliau tidak diberitahu masalah di Seputeh oleh itu macam mana beliau hendak tolong. 

Ribuan orang hadir di program ini (dalam dan luar dewan)
Ini menunjukkan pegawai - pegawai Teresa Kok tidak melakukan kerja mereka dengan baik dan dari mengakui kesalahan mereka, mereka salahkan pengundi pula. Oleh itu saya menyambut baik janji Puan Nicole Wong untuk memastikan pegawai - pegawai beliau akan memainkan peranan yang lebih effective di Seputeh jika beliau menang PRU akan datang. 

Kesimpulannya, saya berharap pengundi Cina dan bangsa - bangsa lain  di Seputeh dapat memberi Puan Nicole Wong peluang untuk menjadi ahli parlimen anda. Insyallah jika beliau dipilih, together bersama kekuatan BN di peringkat Federal (Pusat) banyak lagi kebaikan dan kemajuan yang dapat kita nikmati di Seputeh. 

http://thekl-chronicle.blogspot.com/

Jom Bertindak!!! Jom Daftar!!! Percuma Derrrrrr #JomBertindak

Posted: 24 Mar 2013 06:16 AM PDT







Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan 'Jom Bertindak' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.

Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.

Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.

Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.

Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.

Sila klik JOM BERTINDAK bagi pendaftaran dan ianya adalah PERCUMA.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Saya pilih UMNO

Posted: 23 Mar 2013 03:28 PM PDT

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Bersatu

Posted: 24 Mar 2013 01:23 AM PDT


Pengikut