Jumaat, 15 Mac 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


ISYARAT AWAL UNTUK BANGSA MELAYU

Posted: 14 Mar 2013 08:44 PM PDT

Isu Politik Pemimpin Melayu. Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan Altantuya. Isu Rasuah Pemimpin - Pemimpin Parti menjadi isu besar dalam perang ceramah, Isu Kalimah Allah dan pencerobohan Lahad Datu, Sabah.....  semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi mainan dan saman menyaman menjadi alasan menghalalkan cara. Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina.



Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Bangsa Melayu itu sendiri? Bukan kah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu, dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara. Asasnya kita Bangsa Melayu, asas dan akar kita Bangsa Melayu yang beragama Islam dan perjuangan kita untuk memperjuangkan Agama Islam dan  Bangsa Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Najib atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi,  kenapa harus UMNO atau PKR dan PAS.


Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.


Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.

Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain, golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.

Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita merugikan bangsa kita. Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita. Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula, Demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu.

Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu. Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini, mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita. Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita haru memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan hari Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Budak PR yang bebal

Posted: 15 Mar 2013 03:06 AM PDT

Memang b****t punya budak ni.bodoh memang dah terbukti.apa ntah lagi bebal..kalau si PI Bala..perggh sanggup berdoa..kalau para perwira negara..alamak..doa pun takde..

RONNIE LIU dan PHILIP TAN CUBA JADI CALON BEBAS MASA PRU-13 NANTI?????

Posted: 15 Mar 2013 01:35 AM PDT


PETANG INI BERTEMPAT DI  DEWAN SERI JUGRA,TELOK DATOK,BANTING,SATU SESI DIALOG DAN SILATURRAHIM BERSAMA  RONNIE LIU DAN ADA JUGA MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA TELAH DIADAKAN.
PROGRAM YANG MENARIK INI TELAH DIHADIRI OLEH PHILIP TAN,PEGAWAI DAERAH KUALA LANGAT DAN AHMAD AZHAR,YDP MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT..
MANAKAN TIDAK,KEBANYAKAN KERUSI KOSONG DAN YANG HADIR PADA MAJLIS INI KEBANYAKANNYA TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT DAN PEJABAT DAERAH SAHAJA..TU PUN KERANA TERPAKSA HADIR..

PERSOLANNYA DI SINI..KATA MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA,KENAPA TAKDE ORANG YANG BERBANGSA CINA HADIR?KENAPA BANGSA MELAYU?HHEEE..NAMPAK SANGAT KEDUA-DUA AL-MANGKOK DAPig INI TELAH DITOLAK SECARA TERANG-TERANG OLEH RAKYAT KUALA LANGAT DAN BANGSA CINA SENDIRI PUN TAK SOKONG.

MAKA...BAK KATA CIKGU (seperti gambo di bawah) PEACE YOOO!

Pengikut