Sabtu, 5 Januari 2013

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS! FITNAH Dr.FATHUL BARI di KUALA LANGAT

Posted: 04 Jan 2013 07:07 PM PST


PENUH DAN TERAMAT SESAK..HINGGA ADA YANG BERADA DI LUAR DEWAN!
ITULAH YANG DAPAT AKU KATAKAN BAHAWA SAMBUTAN YANG BEGITU DI LUAR JANGKAAN!WALAUPUN HUJAN LEBAT ..NAMUN IANYA TIDAK PATAHKAN SEMANGAT RAKYAT UNTUK MENDENGAR SENDIRI APA YANG AKAN DIPERKATAKAN!
TAHNIAH PERGERAKAN PEMUDA UMNO KUALA LANGAT,YANG DITERAJUI OLEH SAUDARA ZURIHAN KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN SATU PROGRAM YANG BEGITU MANTAP,IAITU "MUZAKARAH MENANGANI FITNAH"YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH Ybhg Dr.FATHUL BARI.

MEREMANG BULU ROMA BILA MENDENGAR SENDIRI APA YANG DIKATAKAN OLEH BELIAU..


SESUNGGUHNYA FITNAH merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud:

Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelangmalam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.

Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit. (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.

D.A.P ..Bagaimana undi Zairil boleh melonjak dari 305 kepada 803?LAGI MAU TIPU KAAA..

Posted: 04 Jan 2013 04:01 PM PST


Pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyaksikan pemimpin Melayu dalam parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu daripada jawatan berkenaan.
Mereka berpendapat kesilapan itu sengaja direka kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama.
Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas pemilihan 15 Disember lalu, walhal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas pemilihan.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata ia sebenarnya reaksi politik dan manipulasi DAP selepas dikritik hebat berikutan semua lapan calon Melayu yang bertanding tewas.
"Saya memang tidak percaya... perkara ini tidak masuk akal dan satu 'keajaiban'. Kita tahu mereka mahu menunjukkan DAP adalah parti pelbagai kaum. Bagaimana undi Zairil boleh melonjak dari 305 kepada 803?

NAMPAKKAN..PENIPUAN YANG MEREKA LAKUKAN....DEMI NAK TARIK BALIK PENGUNDI MELAYU..OIIII DAPig MELAYU TAK BODOH!

Pengikut