Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 31 Mei 2013

Dr Mohamad Khir Toyo

0 ulasan
sumber :-

Dr Mohamad Khir Toyo


Putus Sudah Harapan?

Posted: 30 May 2013 03:33 PM PDT

Rabu, 29 Mei 2013

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Kaum Cina mesti terus agresif!

Posted: 29 May 2013 07:00 PM PDT

ISU - ISU AKHBAR CINA

PERLU TERUS AGRESIF DEMI KAUM CINA

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.

Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.

Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.

Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

Sebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi "tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.

Perlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.

Fenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran "tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".

Orang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?

Satu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.

Yang tidak disangka-sangka, ahli-ahli korporat, ahli-ahli sains juga secara terbuka mengemukakan pandangan politik mereka. Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Supermax Corporation Berhad, Tay Kim Soon juga, walaupun saham syarikat itu jatuh, beliau tetap tidak berganjak terus menyokong penuh dan berkempen untuk pakatan pembangkang.

Ada sesetengah ahli korporat walaupun tidak berani berterus terang ikut cara beliau tetapi mereka juga menguatkan semangat memberi sokongan. Selain itu, ahli korporat Taiwan, Pua kian Seng, kembali semula ke tanah air melabur, juga memberi sokongan.

Dalam perbualan antara gabungan Tay dan Pua, kedua-dua mereka ini ada tujuan yang sama, mereka berdiri semata-mata untuk bangsa dan negara ini. Walaupun besar kemungkinan industri dan pelaburan mereka akan terjejas dan rugi, mereka lebih pentingkan bangsa dan negara diletakkan di hadapan. Mereka sudah tidak mahu berkira apa-apa, di dalam jiwa mereka semata-mata mahu berjuang untuk bangsa dan negara, mereka tidak hiraukan kepentingan diri sendiri, menyebabkan orang lain rasa kagum.

Orang yang kembali melabur di tanah air, mereka ini juga ada yang berusia 30-an, pertama kali mengundi. Mereka juga sayangkan tanah air, mereka mengundi kerana sayangkan negara ini dan rakyat di negara ini.

Kami percaya ramai dalam kalangan orang Cina rasa kecewa terhadap keputusan PRU tetapi kita kena ingat kota Rom bukan disiapkan dalam masa satu hari dan orang Melayu golongan pertengahan juga telah memberi sokongan kepada pakatan pembangkang, sebab itu pakatan peroleh kemenangan lebih daripada separuh tiket undi. Kini, dwikuasa telahpun terbentuk, orang Cina perlu terus kekalkan sikap sebegini, mengambil bahagian secara agresif setiap sesi PRU yang diadakan, pasti kita akan menemui masa depan yang indah.

Yang mendapat lebih separuh undi di luar kerajaan, yang memperoleh tidak sampai separuh pula memerintah, bukankah kerana masalah sistem PRU yang melucukan? Sedangkan Amerika Syarikat kata, sistem PRU di negara kita boleh dipercayai. Bukankah semua orang telah membuat kita penat sahaja?

TANPA WAKIL 'BAHASA MANDARIN' DALAM KERAJAAN

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 21 Mei 2013 pula memaparkan tulisan Liew Ewi Yeik juga dalam ruangan Pendapat Yua Lun berkaitan politik Cina pasca PRU-13 yang penuh penantian.

Arahan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet boleh tunggu berapa lama lagi? Jika arahan drastik itu dapat dimansuhkan, apabila wakil-wakil rakyat MCA masuk dalam kerajaan, jawatan menteri dan timbalan menteri telah pun penuh diisi oleh orang lain.

Jawatan yang ada hanya sedikit iaitu seperti menjaga perihal pengangkutan, menguruskan kereta api, kapal laut dan kapal terbang dengan jawatan Menteri Pengangkutan.

Ada pengkritik politik asyik meramalkan MCA akhirnya akan masuk juga ke dalam Kabinet, ada pula pengkritik melabelkan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet, itu satu tindakan yang bodoh seperti suka merajuk.

Memang benar, pada waktu membuat keputusan tidak mahu masuk ke dalam Kabinet diluluskan, penulis sangat kagum. Adakah MCA tidak terfikir kejadian itu akan benar-benar berlaku? Ataupun mereka sudah tidak kisah lagi jika ia benar-benar berlaku?

Kehilangan pengundi Cina lebih awal diramalkan, itu adalah kenyataan, pengundi Melayu MCA juga telah merosot menyebabkan mereka tewas teruk dan hari ini, MCA tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Sebelum ini MCA pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli-ahlinya jangan angkat kaki, tindakan negatif daripada masyarakat Cina terhadap MCA umpama satu balasan kepada mereka.

Mungkin ada sesetengah orang berkata, walaupun MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, tiada kaitan dengan mereka. Tetapi jika difikirkan lebih mendalam, barisan Kabinet yang ada sekarang ini, siapa pula sasaran hentaman Dong Zong? Siapa pula orang kenamaan Tan Sri atau Datuk yang akan hadir untuk merasmikan upacara dan aktiviti besar ataupun kecil? Bangunan sekolah-sekolah SJKC yang separuh siap dibina, siapa pula yang akan memantau sehingga siap?

Dua orang Cina yang duduk dalam Kabinet langsung tidak tahu berbahasa Mandarin, tidak boleh dianggap sebagai pemimpin kaum Cina untuk mewakili orang Cina. Ini bermakna biarkan orang Cina sendiri rasakan bagaimana pahitnya jika tiada wakil duduk di dalam kerajaan.

Apa yang dapat dirasai, sama ada wawasan besar ataupun kecil masyarakat Cina di negara ini, kini seperti masih dalam peringkat peralihan. Semua itu akan diputuskan dalam enam bulan lagi selepas berlakunya pemilihan pucuk kepimpinan parti, barulah ia dapat dirungkai.

Melalui pertempuran, keputusan serta perkembangan PRU 505, politik negara kita akan lebih condong ke sayap kanan, itu adalah realitinya. Ranjau perjalanan politik negara kita masih perlu diteruskan. Dua tahun dahulu, kita semua ternanti-nanti tarikh PRU. Selepas PRU, kita ternanti-nanti pemilihan pucuk kepimpinan parti pula. Dalam perjalanan politik negara kita, pola politik kaum Cina akan terus ternanti-nanti.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 28 Mei 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


'Kami tidak akan buat kerja gila'?

Posted: 28 May 2013 09:40 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim membidas tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'provokasi jahat', Nasaruddin menasihatkan musuh-musuh politik BN terutamanya di Perak supaya berhenti berangan-angan kerana perkara itu tidak akan berlaku.

"Mungkin mereka hendak jolok saya dengan cerita-cerita begini, mereka ingat saya ini apa? Jangan perlekeh kesetiaan saya kepada parti. Hentikanlah berangan kerana lompat parti tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cakap-cakap kononnya sekurang-kurangnya dua wakil rakyat BN Perak akan melompat parti sekali gus membolehkan pembangkang membentuk kerajaan.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang dengan majoriti mudah di Perak apabila memperoleh sebanyak 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Nasaruddin pernah menggemparkan politik tanah air pada Januari 2009 apabila meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR sebelum sekali lagi membuat keputusan memeranjatkan apabila mengumumkan kembali semula ke pangkuan UMNO dua minggu kemudian.

Dalam pilihan raya 2008, pembangkang yang menang sebanyak 31 kerusi di negeri ini hanya dapat mengekalkan kuasa selama 11 bulan apabila empat wakil rakyatnya iaitu masing-masing dua daripada DAP dan PKR bertindak keluar parti menjadi ADUN Bebas sehingga membolehkan BN menubuhkan semula kerajaan.

Menurut Nasaruddin, ada pihak yang sengaja menjaja cerita sedemikian untuk menggambarkan keadaan seolah-olah kerajaan BN Perak kini tidak stabil.

"Cerita 2009 tidak sama, dahulu BN tidak tubuh kerajaan, sekarang kita ada kerajaan, saya tidak akan tergamak merosakkannya dengan berpaling tadah. Itu kerja gila.

"Saya selalu tegaskan, saya keluar parti dulu kerana saya lihat ketika itu kelemahan UMNO dari aspek pentadbiran dan kepimpinan, tetapi UMNO berani berubah sehingga kita menang kali ini," tegasnya.

Ditanya sama ada beliau ada didekati pihak tertentu yang memujuknya supaya melompat parti, Nasaruddin berkata: "Tidak ada dan kalau ada pun, saya akan tolak dan minta mereka balik dan belajar mendalami ilmu politik dalam-dalam terlebih dahulu".

Beliau menambah: "Kalau saya tahu ada pihak yang datang nak pujuk (ADUN) yang lain supaya lompat parti, saya orang pertama yang akan halang".


Sementara itu, ADUN Slim, Datuk Khushairi Abd. Talib yang turut dikaitkan dengan dakwaan akan melompat parti menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut.

"Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul, tetapi mengarut, sangat mengarut. Kami tidak buat kerja gila begitu," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak terutamanya pembangkang supaya tidak memperkecilkan tahap kesetiaan ADUN BN dengan melemparkan dakwaan-dakwaan seumpama itu.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 27 Mei 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu?

Posted: 27 May 2013 09:54 AM PDT


Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.


Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.

Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keselamatan negara.

Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 26 Mei 2013

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Tun M: Kit Siang Memang Rasis #GE13 #TolakPR

Posted: 26 May 2013 05:00 PM PDT


Dengar apa yang Tun M cakp mengenai Lim Kit Siang, Bapak Segala Rasis.

Adakah Ini Bukti Anwar Ingin Mencetuskan "Arab Spring" di Malaysia? #GE13 #TolakPR

Posted: 26 May 2013 02:00 AM PDT




Keterangan Gambar di atas Menyatakan:  Bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia pada tahun 1995.  Pada tahun 2012 Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang 'Malaysia Spring' yang bakal berlaku.



Gambar di bawah pula ialah kulit buku di mana gambar di atas dicetak.


 




Gambar di atas diambil dari buku 'Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada' ditulis oleh Douglas Thompson.  Keterangan gambar menyatakan Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia itu pada tahun 1995.  Pada tahun 2012, Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang 'Malaysia Spring' yang bakal berlaku. 



Youseff Nada adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.   Beliau melakukannya demi mewujudkan demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman.   Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan sekadar kenalan biasa. 



Jika masih ada yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri. 



Bagi yang enggan mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih menuntut di universiti.  Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis 'Islam', buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.



Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin 'Muslim Brotherhood' (Ikhwanul Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia.  Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.



Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang menentang Amerika.  Raja Faisal mula memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika. 



Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah lama terjalin dengan begitu mendalam.  King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University of Texas.  Manakala, Methodist International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab Saudi.  



Kerjasama ini terjalin kerana golongan aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak.  Hubungan kedua-dua golongan ini membawa kepada 'sefahaman' dalam pandangan mengenai politik dunia. 



Sementara itu, Youseff Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia, di mana turut terletak ibu pejabat CIA.  Beliau adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi. 



Youssef Nada adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia.  Sebagai tokoh korporat dan peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan lain-lain lagi.  Beliau juga menjadi penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab Spring.



Youssef mempunyai beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya, Mesir. 



Youssef Nada seolah-olah tidak dapat 'memaafkan' Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa sebab ketika beliau masih di universiti.  Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin. 



Di dalam penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana 'pesalah' didera walaupun dalam kebanyakan kes, 'kesalahan' mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan.   Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke dalam najis manusia.  Beliau juga melihat bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan diheret kembali ke penjara tanpa rawatan.  Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan. 



Youseff sendiri ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks.  Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan tanpa rawatan.  Satu ketika atas desakan kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi 'rawatan' dengan cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan. 



Akhirnya, setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri, maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna. 



Di dalam penjara jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting.  Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya. 



Youssef yang lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab.  Rakyat tidak punya hak bersuara manakala pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab.   Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal erti kemanusiaan. 



Dari situlah timbulnya ilham untuk melakukan perubahan.  Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai 'tidak zalim'.  Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan pejuang demokrasi tegar. 



Melalui IIIT, Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab.  IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan 'Islamisasi Pengetahuan' (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view).  Untuk usaha ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana antaranya termasuklah Anwar Ibrahim. 



Maka tidak hairanlah apabila organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara. 



Seorang lagi pengasas IIIT yang menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual.  Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.



Universiti Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.  Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'.  Di sinilah Anwar memasuki rangkaian Zionis.  



Untuk pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu Kalimah Allah.



Setelah dibebaskan dari penjara, IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan.  Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar.   Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.



Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA.  Sama ada untuk tujuan 'demokrasi' atau 'kepentingan diri', tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka yang terlibat sendiri. 



Apa yang pasti, satu rangkaian yang merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad.  Dengan menggunakan nama Islam, pihak ini dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam. 



Dengan menggunakan nama hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain.  Semuanya atas misi yang dinamakan 'pertukaran rejim' dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau 'One World'.



Pendek kata, Arab Spring bermula iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam, yang ingin menguasai dunia. 



Menggunakan senjata baru iaitu teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan sehingga tidak terkawal.  Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang 'murni' untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 



Akibat dari perjuangan Youssef Nada ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan bersuara masih tersekat. 



Pada 9 Oktober 2011 negara tanah tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh.   Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732 cedera.  Pada 16 Disember 2011 pula 14 terbunuh dan 300 cedera.    Dalam masa yang sama kedai-kedai, pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan. 



Hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan dipenjarakan.



Youseff Nada mungkin gembira melihat 'demokrasi' tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk memastikan rakyat dapat terus hidup.   Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku sebagai  satu kemenangan 'rakyat' untuk menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam. 



Namun hakikatnya, tiada siapa yang menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit. 



Berbalik kepada gambar di atas yang menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai 'Malaysia Spring', wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia. 



Malaysia pada hakikatnya telah pun mengamalkan demokrasi.  Hak bersuara di Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh dihina sesuka hati.  Malah, kaum minoriti juga mempunyai kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar dan sekolah milik mereka.  



Selain itu, di Malaysia, biarpun bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan rakyat menderita dan meninggal dunia demi 'sesuap' rasuah.   Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah Jepun.  



Oleh itu, tidak salah jika dikatakan bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah SWT.  



Latarbelakang Anwar yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk mencetuskan Malaysia Spring.  Tidak seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri.  Beliau juga diwakili oleh barisan peguam terhandal di Malaysia. 



Paling teruk rungutan yang didengar dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka 'terpaksa makan telur rebus setiap hari'.



Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai 'tukang urut khas' tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin mencetuskan Malaysia Spring.   Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya. 



Jika Youseff terpaksa merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang untuk mendapat rawatan di luar negara. 



Lebih dari itu, Anwar juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual. 



Hakikatnya, pembebasan Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring 'idaman' Anwar adalah bersifat pentingkan diri dan berniat jahat. 



Dalam ertikata lain, perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar bugar di Malaysia.  Demokrasi hanya mati di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang memanipulasi pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni pemimpin tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti. 

Himpunan Blackout 505: Rakyat Diperalatkan Untuk Kepentingan Anwar? #GE13 #TolakPR

Posted: 26 May 2013 12:21 AM PDT



Pembangkang akan menganjurkan 'finale' atau kemuncak Perhimpunan 505 pada 26 Mei bagi menghasut rakyat supaya menentang serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih melalui sistem demokrasi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Hakikat BN menang walaupun kurang tujuh kerusi parlimen lagi berbanding PRU 2008 tidak dapat diterima oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Sekutu PKR, Pas dan Dap sudah pun menerima realiti bahawa mereka gagal untuk merampas Putrajaya kali ini walaupun sungguh yakin dan percaya ia akan berlaku.

Namun majoriti pengundi tetap bersama BN dan mahu kesinambungan pentadbiran negara terus berada di bawah naungan BN.

Malah dalam tentangan pembangkang terhadap keputusan pilihan raya yang diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin pembangkang tidak segan silu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang serta Menteri Besar di Kelantan.

Dwi standard atau sikap hipokrasi yang dipamerkan oleh pembangkang telah di cemuh oleh rakyat mahu wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk pantas memberi khidmat dan menyelesaikan berbagai rencam masalah rakyat.

Rakyat tidak mahu ahli politik terus berpolitik meskipun gendang PRU ke-13 sudah lama mati.

Rakyat mahu keadaan yang aman, hidup yang tenteram serta suasana yang kondusif untuk meningkatkan kualiti sosio-ekonomi mereka.

Keadaan yang tenteram, kacau bilau dan huru hara ditambah dengan suasana politik negara yang terumbang ambing sudah tentunya tidak akan membolehkan rakyat mencapai aspirasi kehidupan yang lebih sempurna.

Namun inilah keadaan yang mahu diwujudkan oleh Anwar dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang membuat bantahan jalanan serta menimbukan keadaan politik yang tegang.

Apakah perbuatan Anwar untuk menimbulkan perbalahan dalam masyarakat atas sebab beliau kecundang ke Putrajaya menjadi alasan untuknya bertindak di luar batas undang-undang negara?

Pada fikiran Anwar biarlah Malaysia terbakar hangus asalkan hatinya puas bak seperti orang yang ingin melepaskan dendam kesumat dan rasa marah tiada kepalang.

Jika Anwar tidak dapat apa yang dicitanya biarlah Tanah Melayu yang keramat ini turut hancur lebur sebagai balasan kerana menghancurkan impiannya menjadi Perdana Menteri.

Sebagai agen kuasa Barat serta pelobi Yahudi yag teguh berdiri di belakangnya, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan agenda jahat pendokong dan tuanya yang menyembunyikan identiti mereka.

Tidak terfikirkah penyokong pembangkang di mana Anwar mendapat kekuatan dan keyakinan di dalam perjuangan politiknya jika ia tidak disertai dengan sokongan moral serta kewangan yang besar.

Bukti sudah cukup tersebar luas samada di dalam media atau internet pembabitan Anwar dengan tokoh-tokoh besar yang berkait rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi.

Tidakkah kenyataannya yang secara terangan menyokong kewujudan dan keselamatan negara haram Zionis Israel sudah cukup untuk menyakinkan penyokong pembangkang untuk menolak individu seperti ini?

Malah sebaliknya berlaku hinggakan Anwar berjaya menipu orang Melayu bahawa kononnya dek kerana beliau dizalimi dan ditindas maka perjuangannya adalah untuk menuntut keadilan.

Sebenarnya perjuangan Anwar hanyalah untuk dirinya sahaja supaya beliau dapat duduk kerusi empuk Perdana Menteri dan berkuasa ke atas segala sesuatu di negara ini.

Penyokong pembangkang perlu tanya kepada diri mereka sendiri apakah bentuk bantuan atau pertolongan yang telah diberikan oleh Anwar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga?

Apakah dengan bersama-sama menyokong Anwar untuk sentiasa berdemonstrasi dan melakukan protes jalanan mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Jangan haraplah jika Anwar menjadi Perdana Menteri beliau akan mengotakan janji-janjinya.

Contoh isu Kampung Buah Pala dan Kampung sudah cukup untuk membuka mata rakyat seluas-luasnya mengenai pembohongan dan temberang Anwar.

Apakah rakyat yang cintakan keamanan, berpegang kuat kepada ajaran Islam serta sayangkan tanah air yang bertuah mahu benarkan seorang individu menghancurkan sebuah negara yang begitu payah dibina dari sekeping tabah yang gersang kepada kemakmuran yang kini melimpah ruah dinikmati oleh semua?

Adakah rakyat akan hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa dan membiarkan Anwar melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya bersama-sama penyokongnya yang turut mahu melihat negara ini mundur disebabkan keadaan politik yang parah?

Sayap Parti

Bahagian