Selasa, 25 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Macha Kurang Kasih Sayang @umbkl

Posted: 25 Sep 2012 03:23 AM PDT



Mungkin masa dia ni sekolah dulu dia tak belajar Pendidikan Moral agaknya ataupun kurang kasih sayang tue yang sampai jadi macam ni. Mungkin dia terlupa yang kat Malaysia bukan hanya ada 1 kaum je yang hidup. Jadi SP amatlah berbesar hati untuk mengingatkan macha ni di Malaysia ni kita hidup berbilang agama dan bangsa. Jadi kita haruslah saling hormat-menghormati agama dan bangsa yang lain. 
 
Jangan ingat kita ni hidup sorang je kat dalam Malaysia ni. Medium facebook tue gunakanlah dengan sebaik2nya bukannya untuk buat provokasi yang boleh menggugat keharmonian antara kaum.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SP: Dah semacam trend lak sekarang ni. Mungkin macha ni ambil DAP sebagai contoh tauladan kot.......

Politik Kotor PrO M di Pilihanraya Kampus @umbkl

Posted: 25 Sep 2012 02:00 AM PDT





Edikoup Dipukul : Satu Lagi Kisah Penipuan Dalam Pilihan Raya Kampus #ProMenipu
http://anginperubahan.blogspot.com/

Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook tentang dakwaan Edikoup Lakip Sediyanto (Pengerusi Mahasiswa Pembangkang di UM) yang kononnya dipukul pada malam 24 September 2012.

Kenyataan dalam Facebook hanya keluar pada jam 9.30 pagi pada 25 September 2012. Mengapa terlalu lambat membuat kenyataan?

Berdasarkan dakwaan tersebut, maka ditulislah dalam Malaysiakini dan diwar warkan dalam media yang pro mereka bahawa pemimpin mereka telah dipukul.
 


Sebelum itu, satu laporan polis sudah dibuat oleh Edikoup pada jam 4.32 pagi pada 24 September 2012. Kononnya, ada tiga orang lelaki naik kereta Proton Wira berwarna merah dan datang ke rumah. Ada beberapa keraguan yang boleh dipersoalkan :
 

1) Amat tidak masuk akal tiga orang lelaki yang datang ke rumah Edikoup itu gagal dikenalpasti identitinya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh kawan-kawan Edikop yang lain? Mereka bukan kawan-kawan biasa, mereka adalah jentera kepada Pro M di UM. Rumah yang didatangi pun bukan rumah biasa, ianya biasanya adalah rumah operasi mereka.

Dengan latihan yang diberikan oleh pakatan pembangkang kepada mereka seperti yang diakui oleh Khalid Ismath dalam Twitternya, mustahil tiada seorang pun daripada mereka yang tidak memiliki kamera atau video.

Kesnya sama macam kes kepala babi dilempar di Surau Akademi Pengajian Islam, tiada seorang pun perasan orang yang masuk melalui pintu belakang untuk meletakkan kepala khinzir dalam surau, sedangkan mereka tidur beramai ramai dalam surau tersebut.

2) Kalau pun tiada kamera dan video, jentera Pro M yang bersama dengan Edikop dalam rumah tersebut adalah ramai. Jika melihat sesuatu kenderaan yang dicurigai, penglihatan yang pertama akan fokus kepada plat kenderaaan terlebih dahulu sebelum melihat warna kenderaaan.

3) Amat pelik, Malaysiakini hanya siarkan gambar Edikoup dari luar sahaja dengan muka menutup hidung, tanpa gambar kesan Edikoup dipukul dengan begitu teruk.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. 

Kalau sudah dipukul dengan topi keledar dan sebegitu teruk sekali kejadiannya, mengapa tidak difokus gambar kesan lebam tersebut? Kenapa gambar tutup hidung sahaja?

Sama seperti Safwan Anang berlakon pada malam 1 Januari 2012, tiada laporan perubatan dikemukan sampailah ke hari ini (baca sini). Mengapa laporan perubatan yang sama tidak dikeluarkan untuk kes Edikop?

4) Lumrahnya, pada malam pilihan raya kampus, seorang ketua jentera tidak akan berjalan sendirian setelah menerima ugutan dan diganggu oleh orang lain. Bagi tujuan kempen dan keselamatan, dakwaan Edikoup beliau bersendirian sewaktu kejadian adalah amat diragui.

5) Mengapa waktu ugut dan waktu dipukul adalah malam-malam terakhir sebelum pilihan raya kampus diadakan? Mengapa cerita ini perlu diadakan? Simpati?

6) Tanpa diketahui siapa pemukul dan motif si pemukul, persepsi yang cuba dibina dalam minda mahasiswa dan rakyat adalah yang memukulnya dalah pihak lawan iaitu kumpulan Penggerak di Universiti Malaya.

Taktik ini sama seninya seperti kes culik Masturah pada pilihan raya kampus yang lepas di UM. Apa motif penculik dan tidak sedar siapa penculik, kemudian yang cuba dituduh adalah pihak lawan mereka.

7) Taktik yang sama cuba digunakan di UKM. Dakwaan dibuat di lobi parlimen pada 24 September 2012. Kononnya ada panggilan telefon untuk membunuh dan sebagainya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kampus sebegitu ekstrems sekali hendak kuasa hingga bunuh membunuh. Yang pernah berlaku adalah usung keranda, pecah pintu dan kepung pejabat HEP.

Berkerusi roda? Sama macam Mohd Sabu, Anwar Ibrahim dan Safwan Anang. Taktik yang sama untuk raih simpati?

Selepas ini sudah tentu Edikoup akan berkerusi roda dan melawat tempat tempat mengundi di UM.

Apakah taktik ini sengaja dibuat untuk mewujudkan kepercayaan awal sebelum peristiwa Edikop dipukul beri liputan meluas oleh Malaysiakini? Usah terperangkap dengan main gerak saraf reverse psychology yang cuba dibuat oleh mahasiswa pembangkang ini.

Mereka meniru aksi baling cat merah ke bas, ugutan kononnya Anwar Ibrahim hendak dibunuh ketika Saiful Bukhari melaporkan kes liwat dan strategi mencederakan diri sendiri yang pernah dilakukan Mohd Sabu dalam BERSIH 2.

Berhati hati dengan taktik mereka. Kekalkan bersama Aspirasi Mahasiswa. Ini barulah ugutan bunuh yang sebenar (baca sini). Siapa mereka? Anda nilaikanlah sendiri.
 
 
Baca selanjutnya di TUN FAISAL DOT COM

NKRA Meningkatkan Keberkesanan Pengangkutan Awam Bandar

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT

Untuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika ini adalah:

- Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
- Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)



Projeck mega MRT Kuala Lumpur bernilai RM36 bilion direka untuk menghubungkan jarak sepanjang 150 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang. Ia akan meningkatkan keberkesanan rangkaian hubungan rail sedia ada, di samping itu juga turut menjadi sebahagian dari sistem rail yang lebih bersepadu.


Sistem MRT Kuala Lumpur ini juga, apabila sudah siap sepenuhnya, bakal the menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya-bandaraya moden dunia yang lain. Ia juga akan meningkantkan keberkesanan sistem rangkaian rail ringan di seluruh Lembah Kelang.


                               


Sistem LRT yang ada sekarang akan diperluaskan rangkaiannya dengan penyambungan bagi kedua-dua laluan Ampang dan Kelana Jaya. Projek penyambungan yang menelan belanja sebanyak RM7 bilion ini menyaksikan penyambungan trek sepanjang 17 kilometer dari Kelana Jaya ke Putra Heights dan 17.7 kilometer dari Sri Petaling ke Putra Heighrs bagi laluan Ampang.


Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) menganggarkan kira-kira 800,000 warga kota akan menggunakan kemudahan ini setiap hari menjelang 2014, berbanding hanya 300,000 pengguna sehari ketika ini.


NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar adalah antara inisiatif terpenting kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada warga kota. Pada masa yang selama, ia juga selaras dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Kulala Lumpur akibat pertambahan kenderaan. Sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan menyeluruh diharapkan dapat memantau pembaziran masa warga kota akibat kesesakan jalan raya.


Setakat tahun 2011, NKRA Memingkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan pembaharuan yang menggalakkan.


               


Sementara itu, pencapaian NKRA Meningkatkan Penangkutan Awam Bandar turut terjana dalam kategori di bawah:

Menggerakkan 470 bas RapidKL untuk meningkatkan kekerapan bas di sekitar Lembah Klang. Sehingga 31 Disember 2011, lebih 4.04 juta orang penumpang menggunakan perkhidmatan bas RapidKL berbanding pada tahun 2010.

Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun 2011, berbanding dengan hanya 254,745 penumpang pada tahun 2010. Pada tahun 2011, lebih 10.4 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan LRT.

Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%.

Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan telah beroperasi sepenuhnya. Terminal ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air daripada memasuki pusat bandar.

Transformasi terminal Pudu Sentral telah berjaya disempurnakan. Setelah melalui proses pengubahsuaian utama yang pertama kalinya semenjak dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976, Pudu Sentral yang berwajah baharu kini dibuka semula bagi orang ramai pada bulan April 2011 dengan menawarkan kemudahan moden bertaraf dunia.

                 

Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa perjalanan bas di tiga laluan utama.

Buat pertama kali dalam sejarah, penumpang bas dapat menikmati pengalaman menggunakan tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan di bawah Syarikat Prasarana Nasional Berhad (Prasarana).

Kini penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011.
 
 
 
Baca selanjutnya di REZQEEN HILL

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


SEMBANG2 KETUA PUTERI BHGN MASJID TANAH BERSAMA PUTERI2 CAWANGAN UJUNG PADANG, DUN TG BIDARA

Posted: 24 Sep 2012 07:38 PM PDT


TARIKH  :  23/9/2012
TEMPAT :  RUMAH KETUA PUTERI CAWANGAN UJUNG PADANG
MASA     :  8.30 MALAM

SEMBANG2 KETUA PUTERI BHGN MASJID TANAH BERSAMA PUTERI2 CAWANGAN BUKIT DARAT , DUN KUALA LINGGI

Posted: 24 Sep 2012 07:31 PM PDT


TARIKH  : 22/9/2012
TEMPAT : RUMAH KETUA PUTERI CAWANGAN BUKIT DARAT
MASA     : 3.00 PTG

Pengikut