Isnin, 24 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


"Saya Mampu Naik Jet Mewahi Walaupun Elaun Saya RM1"- @anwaribrahim @umbkl

Posted: 24 Sep 2012 10:30 PM PDT

 
Itulah sikap Si Anwar Ibrahim bersama-sama juaknya dalam menyakinkan rakyat bahawasanya Pakatan Pembangkang sudah sedia dan mampu untuk mentadbir negara ini.  Kali ini, lebih mengejutkan apabila Anwar Jet Peribadi Mewah pula ditayangkan bagi membeli undi rakyat marhaen.  Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal 'kenangan' kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN. 
 

Di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George Soros daripada Yahudi itu?  Tian Chua bersama pemimpin Pas nampak teruja dan tersipu(konon malu) bila menaik jet ini..
 
 
Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya. Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan 'membazir', maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya? Anwar oh Anwar..!!!
 
 
 
 Baca selanjutnya di PEMUDA UMNO PUTRAJAYA

@Khalid_samad Kelirukan Rakyat Selangor Isu Air? @umbkl

Posted: 24 Sep 2012 09:18 PM PDT



Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan.


Tarif air naik

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.



Tak relevan

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius," katanya.


Loji Langat 2 perlu

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.



sumber: Berita Harian 






SP: Kalau air free pun tapi jalan berlubang sana sini, sampah berlonggok tak di selenggara dengan betul longkang tersumbat nak buat apa.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Ngok Ngeh: 'Jangan jadikan saya seolah anti-Islam'?

Posted: 24 Sep 2012 03:04 AM PDT



Ini jawapan orang yang dah terlepas cakap. Sudah takut dengan kebangkitan umat Islam yang marah, pandai pula memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri! Memang cibai la lu Ngok Ngeh!

"Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

Koo Ham ketika dihubungi wartawan berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

"Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

"Ia hanya suatu pertanyaan kerana bagi saya, masa dan tenaga yang 'terhimpun' seluruh dunia ini sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat," katanya yang merujuk kepada kesan kecaman termasuk kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens yang terbunuh di Benghazi akibat ditembak, baru-baru ini.

Mengulas mengenai cadangan penyertaan Pas bersama Umno dalam bantahan aman di Kedutaan AS di Malaysia, Jumaat ini, Koo Ham berkata, pihaknya menghormati tindakan berkenaan.

"Jika mereka merasakan ia satu keperluan, kita hormati tindakan itu, saya tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka berhasrat untuk bergabung demi Islam," kata Ahli Parlimen Beruas ini.

Menteri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksinya kenyataan itu sebagai satu provokasi yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang marah dan terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

"Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi bersama apa yang ditanggung, bukan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya, tetapi soalan dia amat provokatif sekali," katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semula jadi.

"Dia seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan, jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


LUAHAN HATI TUN DR MAHATHIR KEPADA BANGSA MELAYU

Posted: 23 Sep 2012 08:53 PM PDT

Luahan Hati Tun Mahathir  - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

 



Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam. Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

 
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957. Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia. Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
 
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma.

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.


 


Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka. Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
 






Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Angkara siapa? Tepuk dada tanyalah diri..

Posted: 23 Sep 2012 10:24 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

 Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online. "Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

 "Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi. Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital. "Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.

 Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

 "Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya. Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.




Team PUcTD

Pengikut