Ahad, 23 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Pencacai PR Jangan Cepat Melatah #bn4wp @umbkl

Posted: 23 Sep 2012 09:36 PM PDT

 
Baru beberapa jam cerita mengenai Ketua Pemuda UMNO Kepong, Dato Norizan Ali ditikam dan cedera parah di Hospital Ampang, para cybertroopers PR sudah mula menyalak macam anjing dahagakan isu untuk di spin.
Permainan bangsat dan kotor cyberstroopers PR ni boleh dilihat dalam 2 buah blog yang memperjuangkan hak LESBIAN GAY BISEKSUAL & TRANSGENDER (LGBT), si blog Lianglahad & Omak Kau.
Lihat bagaimana mereka cuba mereka memanipulasikan kes Ketua Pemuda UMNO Kepong yang ditikam ketika bergelut dengan penyamun dikatakan berpunca dari dua situasi, lihat di bawah.
Blog Lianglahad,
Si pemilik blog ini mereka cerita kononnya, Dato Norizan menikam diri sendiri untuk meraih simpati. Saya merasakan pemilik blog tersebut terlalu jahil dan bangang untuk menulis mengenai sesuatu perkara.
Mungkin perkara sebegini sebenarnya yang berlaku dalam PR. Mereka mendajal parti dan diri sendiri untuk menagih simpati orang ramai. Terlalu banyak untuk dihuraikan kes² tersebut tapi saya berikan satu contoh kejadian yang berlaku di Lembah Pantai, klik sini.
Blog Omak Kau
Pemilik blog ini pula cuba bermain dengan isu² lama yang dibawakan oleh Pemuda UMNO Kepong ketika perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Senator. Saya merasakan ini adalah andaian yang tidak bijak dan hanya mengganggu kerja Polis saja. 
Pihak Polis masih menyiasat punca dan motif serangan tersebut kerana tiada barang milik mangsa disamun. Persoalannya,
Mengapakah secara tiba² pagi ini 2 buah blog PR melatah dengan kejadian malang yang menimpa Ketua Pemuda UMNO Kepong??
Ada apa² yang blogger PR ini ingin coverline ker?
Saya tak berniat nak campurtangan dalam urusan siasatan Polis tapi kenyataan yang diterbitkan blogger PR ini sangat musykil bagi diri saya. Sedangkan pada pengamatan saya sehingga jam 10 pagi ini mendapati beberapa blogger Pro BN hanya menerbitkan artikel mengenai kes ini saja, tiada langsung andaian dan tuduhan yang dilakukan.
 
 
Baca selanjutnya di REZQEEN HILL
 
 
 
 
SP: Jangan pandai2 nak buat kesimpulan sendiri. Kes masih lagi di bawah siasatan pihak polis. takde orang yang sengaja nak tikam diri mereka semata-mata untuk cari publisiti. Mungkin dalam PR banyak kejadian macam tue pasal tue 2 ekor pencacai ni boleh buat kesimoulan yang macam tue.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


20 ahli DAP Pantai Remis keluar parti?

Posted: 23 Sep 2012 09:46 AM PDT


Sebahagian daripada ahli dan penyokong DAP Cawangan Taman Bintang, Pantai Remis memotong kad keahlian parti mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional di taman tersebut di Beruas, Perak semalam.

DAP menerima tamparan hebat apabila seramai 20 ahlinya di kubu kuat parti itu di Pantai Remis di sini, bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka yang merupakan ahli DAP Cawangan Taman Bintang bertindak memotong kad keahlian parti sebagai simbolik keluar parti dalam majlis di sebuah restoran di taman tersebut, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 penyokong parti tersebut dari taman berkenaan turut menyatakan sokongan kepada BN.

Jurucakap kumpulan itu, S. Ravee, 39, berkata, mereka mengambil keputusan keluar parti kerana kecewa dengan DAP yang hanya pandai menabur pelbagai janji untuk membantu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis dan Parlimen Beruas selepas menjadi kerajaan negeri pada 2008 tetapi tidak menunaikannya.

"Kami mahu menyokong BN kerana yakin BN dapat membantu rakyat di sini. Walaupun wakil rakyat kawasan ini daripada DAP, tetapi BN yang banyak membantu kami selepas Pilihan Raya Umum Ke-12," katanya ketika ditemui pemberita di majlis tersebut.

Pada pilihan raya umum lalu, kawasan Parlimen Beruas dimenangi Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan DUN Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, beliau yakin ramai lagi ahli DAP di kawasan tersebut akan keluar parti dan kembali menyokong BN kerana menyedari tertipu dengan pelbagai janji DAP sebelum ini.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu DAP memainkan emosi kaum India untuk membenci BN sehingga tahap sokongan kaum itu menurun dari 70 peratus kepada 35 peratus pada 2008.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Azhar Ahmad pula berkata, beliau yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum akan datang walaupun calon BN tewas dengan majoriti kira-kira 1,800 undi pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, ini kerana ramai rakyat di Beruas telah mula sedar DAP tidak berbuat apa-apa tetapi BN yang banyak membantu mereka selama ini.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut