Jumaat, 7 September 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Implikasi cadangan harga kereta murah Pakatan Rakyat

Posted: 07 Sep 2012 01:00 AM PDT

Dalam keghairahan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta, mereka terlupa untuk memberi  maklumat kepada rakyat Malaysia apakah impak cadangan tersebut terhadap kualiti alam sekitar dan kenaikan sisa karbon serta kesesakan lalu lintas di jalanraya.

Sudah tentu ratusan ribu kereta baru yang bakal dibeli ini akan menambah implikasi buruk kepada alam sekitar dan kesesakan jalanraya yang sekarang ini pun sudah begitu kronik di bandar-bandar utama di negara kita.

Apakah kita akan terpaksa membelanjakan berbillion ringgit lagi untuk membina lebih banyak jalan dan lebuhraya bagi menampung lebih banyak kereta yang murah ini?

Atau haruskah kita belanjakan duit berbillion itu untuk perkara lain seperti sekolah, hospital dan balai polis, termasuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam, bagi mengelak impak negatif bertambah terhadap alam sekitar dan kesesakan lalu lintas yang kronik.

Ramai orang merasakan cadangan mengurangkan harga kereta ini bercanggah dengan tindakan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipertangggungjawabkan untuk mereformasikan sistem pengangkutan awam di negara kita.

Seperkara lagi, orang kampung di luar bandar tidak akan mampu untuk membeli kereta walaupun harga kereta diturunkan. Tetapi mereka akan merasa implikasi dari cadangan ini. Besar kemungkinan mereka terpaksa berkorban kerana sekolah dan klinik di kawasan pendalaman terpaksa di kurangkan akibat kekurangan peruntukan pembangunan disebabkan cukai kereta berbillion ringgit yang dipungut oleh kerajaan sudah berkurangan.

Ini belum lagi membicarakan tentang komitmen negara kita untuk mengurangkan intensiti karbon negara sebanyak 40% sepertimana yang diperakui oleh Malaysia dalam Protokol Kyoto.

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Hanya Ada 48 Jam Untuk @Khalid_Ibrahim @umbkl @umbshahalam

Posted: 07 Sep 2012 07:34 AM PDT

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberi kenyataan berhubung status bas mewah yang disewa khas olehbeliau bagi kegunaan PR untuk berkempen bagi PRU 13.








SP: Declare jangan tak declare..........

PRU13 - Bakal Menamatkan Karier Politik @Khalid_Ibrahim???? @umbkl

Posted: 07 Sep 2012 12:29 AM PDT


SP rasa para pengundi di BTR pasti akan "Kecewa" apabila membaca artikel yang akan SP tulis ni. Sebelum ini digembar-gemburkan Khalid akan bertanding di kerusi kepunyaan Nurul Izzah di Lembah Pantai tapi nampaknya aura RNC lebih hebat di Lembah Pantai so nampaknya takde chance untuk Khalid mencelah di sana.



Nampaknya Khalid tidak akan mempertahankan kerusi BTR, Ijok maupun Lembah Pantai. Khalid berkelana ke kawasan yang baru. Lihat di bawah


Apa agenda PKR meletakkan Khalid di kawasan tersebut? Untuk rekod kedua2 kawasan tersebut bukanlah kubu kuat PR. Sewaktu PRU yang lepas wakil PKR untuk DUN Bukit Melawati, YB Muthiah A/L Maria PIllay telah menewaskan wakil BN dengan majoriti yang tipis iaitu sebanyak 297 undi sahaja terlalu rendah jika dibandingkan dengan DUN Ijok yang dimenangi oleh Khalid sewaktu PRU12 tempohari sebanyak 1920 majoriti undi.







Manakala bagi Parlimen Kuala Selangor, wakil PAS memenangi kerusi tersebut dengan majaoriti undi yang tak sampai 1000. SP rasa mungkin ada sebab kenapa Khalid sanggup memperjudikan masa depan politik beliau yang cerah di Ijok. Mungkin PKR ada calon favorit lain yang akan diletakkan di Ijok sekaligus bakal menjadi calon Menteri Besar Selangior yang baru?



Sama2lah kita tengok dan lihat apa lagi percaturan politik PR/PKR yang seterusnya. Mungkinkah berbaloi pengorbanan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim atau sebenarnya belum cukup lagi walaupun sebijik bas dah Khalid  "sewakan khas" bagi kemudahan PR untuk siri jelajah temberang rakyat.


Sumber: REZQEEN HILL



SP: Simpati kat Khalid Ibrahim.............hahahaha

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


PERBAHASAN BAJET 2011

Posted: 04 May 2011 07:00 AM PDT

Pengikut