Rabu, 29 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka? #Merdeka55 @NajibRazak @TwtUpMerdeka @umbkl

Posted: 29 Aug 2012 05:48 PM PDT

Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji. Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji? Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT. Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa 'memberontak' adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.


Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIAPA CALON KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU?

Posted: 29 Aug 2012 12:14 AM PDT


Sudah seminggu lebaran berlalu, namun cerita ketika balik kampung pasti banyak yang mengamit memori. Sama ada yang manis dan pahit atau menggembirakan dan memilukan.

Begitu juga di Melaka. Ramai anak perantau sudah kembali ke tempat kerja atau lokasi pemastautin baru masing-masing selepas melepaskan rindu bersama ibu bapa dan sanak saudara.

Ini termasuk kisah politik kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan parti politik saingannya sama ada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Rumah terbuka

Berdasarkan pertemuan dengan beberapa perantau sepanjang menghadiri rumah terbuka di sekitar Melaka, banyak kisah dibualkan. Cerita nombor satu yang mereka ingin tahu sangat adalah membabitkan hala tuju sebenar Mohd Ali dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mereka ingin tahu sama ada beliau akan kekal bertanding di DUN Bukit Baru atau berpindah ke Parlimen Bukit Katil, sekali gus melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada siapa berani memberi jawapan meyakinkan terhadap idea Mohd Ali berpindah ke Pusat. Namun jika ditanya pada UMNO Bahagian Bukit Katil, majoritinya menolak idea itu. Begitu juga pengundi DUN Bukit Baru yang diwakilinya ketika ini.

Tanding Parlimen

Sebenarnya, bila idea supaya Mohd Ali berpindah ke Parlimen pada PRU13 diketahui ramai, ia sebenarnya memberi impak berantai. Antaranya, persoalan timbul pula, siapa bakal mengisi jawatan Ketua Menteri? Kerusi Parlimen mana beliau hendak bertanding?

Di Melaka kini, antara nama sering disebut untuk mengambil tempat beliau itu adalah Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Wira Idris Haron; Ketua UMNO Alor Gajah, Datuk Abd Ghafaar Atan; dan Ketua UMNO Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah. Ada juga berani menyatakan nama Timbalan Ketua UMNO Bukit Katil, Datuk Md Yunus Hussin; Ketua Penerangan UMNO Jasin, Datuk Hasan Rahman dan bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zaini Mohd Noor.

Kedudukan Rahim

Selain Mohd Ali, isu lain yang hangat diperkatakan adalah mengenai kedudukan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Rahim Tamby Chik atau lebih dikenali RTC yang mungkin membuat 'come back'.

Adakah kemungkinan Parlimen Masjid Tanah yang kini diwakili Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bakal menjadi persinggahannya. Ada juga nama lain disebut bertanding di situ.

Ini termasuk Naib Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Talib Bachik; Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermiyati Samsudin dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh.

Isu lain yang turut hangat diperkatakan ketika ini adalah membabitkan Abd Ghafaar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek. Beliau dikaitkan akan berpindah ke DUN Asahan menerusi pertukaran kerusi dengan Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Perumal. Selain itu, berkaitan pengganti Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn yang dijangka menjadi milik Setiausaha MCA Melaka, Datuk Koh Nai Kwong.

Di Parlimen Jasin pula, ia berkisar mengenai pertukaran kerusi antara UMNO dan MCA, membabitkan DUN Rim yang diwakili Mohd Yazed Khamis dan Bemban (Chua Kheng Hwa). Tidak ketinggalan isu Gerakan tidak akan melepaskan DUN Bachang di Parlimen Bukit Katil. Sebelum ini ada ura-ura kerusi itu akan ditandingi UMNO dengan alasan ia boleh menang, berbanding rakan komponennya dalam BN itu.

Bagi MCA pula, ia membabitkan kedudukan Pengerusinya, Datuk Gan Tian Loo. Ada laporan awal menyatakan beliau mungkin akan berpindah kerusi kerana DUN Duyong diwakilinya sekarang tidak selamat, berikutan peningkatan pengundi Cina.

Tambah menghangatkan gosip itu, apabila ada laporan menyatakan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong Sang yang kini mewakili kerusi Kesidang bakal bertanding di situ pula.

Itu kisah mengenai politik dalam BN. Kisah mengenai perkembangan politik PAS dan PKR pula berbeza. Namun secara umumnya tidak banyak diketahui mengenai gerakan mereka di Melaka.

Apapun, semua yang dikisahkan untuk perantau ini hanya akan menemui jawapan sebaik Parlimen dibubarkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada selepas musim haji atau Tahun Baru Cina tahun depan. Jumpa lagi. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Penulis adalah Ketua Biro BH Melaka

demi agama bangsa dan negara

demi agama bangsa dan negara


DEDAH KHAS !! INIKAH TALIBARUT ANWAR DI PUTRAJAYA ?!! FOTO !

Posted: 28 Aug 2012 07:31 PM PDT

Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Individu tersebut bukannya lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti.

Di bawah ini, d lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pakatan Haprak membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.



Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.
 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Air Mata Membasahi Pipi Ketika Laungkan Azan Pada Hari Merdeka -- Hasan ...

Posted: 28 Aug 2012 10:10 AM PDT

Kita sebagai ANAK MUDA harus tahu betapa NIKMATnya kemerdekaan..Adakah KITA INGIN DIJAJAH LAGI?

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Peranan National Institute Biotechnology of Malaysia dalam meningkatkan kualiti R & D

Posted: 29 Aug 2012 01:31 AM PDT








Pengikut