Ahad, 5 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Demi Cita2 Ke Putrajaya Pok Nik Rela PAS Dihina @umbkl

Posted: 05 Aug 2012 10:05 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Baca selanjutnya di SINI



Apa yang SP nampak yang  dok minta keluar PR ni PAS di peringkat akar umbi tapi Pok Nik dok kata "takpa" yang penting cita-cita ke Putrajaya tercapai. SP nak bertanyalah mana agaknya maruah pemimpin atasan Pas ni? Dok takpe2 lgi bila Pas dan islam dihina DAP. Bagi mereka mana yang lebih penting ye Islam atau Kedudukan? Hmmmm........kepada Karpal dan DAP teruslah menghina PAS kerana PAS tak kisah dan akan setia bersama-sama perjuangan DAP dan PKR. Rela diperkudakn asalkan niat ke Putrajaya tercapai, Kalau keluar pakatan nanti kempunan lak nak jadi menteri kabinet kuikuikui......



SP: Nak hina PAS takpe tapi jangan hina ISLAM!!!!!! 

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


AKTA KEMAJUAN PETROLIUM 1974.

Posted: 05 Aug 2012 08:53 AM PDT










DAP KENAKAN PAS DENGAN "TAKE BEER"

Posted: 05 Aug 2012 07:44 AM PDT


Tugu Arak Di Pulau Pinang Kunci Mulut PAS

tahi 2
Tidak lama dahulu, kepimpinan PAS dan para pengikutnya begitu hebat menyerang barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dengan isu arak. Apabila didedahkan bahawa di Kelantan dan Kedah – dua buah negeri yang dikuasai oleh PAS – gagal menghapuskan arak sebagaimana janji mereka, serta-merta jentera propaganda mereka menyalahkan Kerajaan Pusat kerana mewujudkan lesen-lesen arak di seluruh negara, seolah-olah lesen arak itu membolehkan umat Islam meneguk arak dengan bebas atau iklan arak dibuat secara terbuka. 
Turut mengutuk sama adalah Lim Guan Eng, dan dia berjaya membuatkan para pengikut PAS melolong-lolong bagaikan anjing gila putus ekor apabila memberitahu kepada khalayak PAS yang mendengar ceramahnya, bukan semua orang Cina yang meminum arak. 
Anehnya, apabila dikatakan bahawa Lim Guan Eng adalah penipu besar dan pemerdaya PAS, ramailah orang PAS yang tidak bersetuju. Bahkan ditunjukkan dan dibuktikan pula bagaimana dekatnya Lim Guan Eng dengan orang Islam, sehinggakan bersahur dan berbuka puasa pun, Lim Guan Eng sanggup lakukan. Kecuali membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis dalam bahasa Arab seperti yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin DAP lain sahaja yang tidak dilakukan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP itu sentiasa bijak memanipulasi dan memutarkan otak para penyokong PAS. 
Kejadian terbaru di Pulau Pinang ialah perlantikan Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap ADUN Permatang Pasir sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang sudah tentulah bekerja secara langsung di bawah DYMM Yang Dipertuan Agong.
Perlantikan Saleh Man membuatkan para penyokong PAS yang selama ini tertekan kerana pemungkiran janji Lim Guan Eng, cuba memulangkan paku buah keras, sekalipun perlantikan tersebut hanya hadir pada penghujung hayat Pakatan Rakyat pada penggal PRU12.
Namun belum pun sempat mereka berseronok-seronok memulangkan paku buah keras, sekali lagi Lim Guan Eng menjolok punggung masing-masing dengan TUGU ARAK di pusat bandar Georgetown, di bawah pemidang SYAWAL CERIA. 
Tugu Arak yang memaparkan puluhan botol arak disusun untuk dilihat oleh orang awam, bagaikan sengaja mencabar umat Islam yang sedang menahan diri, berlapar dan dahaga pada bulan Ramadhan selain menunggu ketibaan Syawal. 
Anehnya bukan orang PAS yang membuat pendedahan terlebih dahulu. Mereka telah dibutakan oleh Lim Guan Eng dan keseronokan bertahaluf siyasi bersama-sama DAP. Bahkan TIDAK ADA SEORANG PUN yang berani menulis atau bercerita tentang TUGU ARAK tersebut kerana yang membuatnya adalah DAP Pulau Pinang. Ada tidak pun, hanyalah cubaan untuk melakukan sanggahan kononnya, tidak ada bukti DAP yang membinanya atau yang paling cerdik di kalangan mereka, akan berkata, itu semua hanyalah helah UMNO dan Barisan Nasional untuk menunjukkan keburukan Lim Guan Eng dan DAP.
Seburuk-buruk Kerajaan GERAKAN di Pulau Pinang, belum pernah mereka membina tugu sebegitu rupa untuk mempersenda-sendakan umat Islam. Sejahat-jahat GERAKAN yang pernah bersekongkol dengan DAP dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969, mereka tidak berani langsung untuk menghina umat Islam dengan arak dan babi. 
Sedangkan DAP yang diperjuangkan bersama-sama oleh para penyokong PAS, sentiasa dan setiap masa mencari-cari jalan untuk membuatkan umat Islam kelihatan hina,  pecacai dan penjilat yang laparkan kuasa.
Dan terbukti, TUGU ARAK berkenaan merujuk kepada Saleh Man, YDP MAIPP yang dilantik dengan persetujuan Lim Guan Eng, agar jangan memandai-mandai buka mulut kalau tak mahu kehilangan jawatan!

KHALID TANGGUNG "HUTANG" ANUAR?

Posted: 05 Aug 2012 07:39 AM PDT


Bukti Anwar Gagal Penasihat Ekonomi, UNISEL Tanggung Hutang RM15 Juta

AIDCNews – 05/08/12 – Ketika Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mahu memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma, Universiti Selangor (Unisel) sebuah universiti di bawah kerajaan kerajaan negeri terpaksa bergelut dengan bebanan hutang.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan bernama mengakui mengakui permasalahan itu di mana Unisel tidak mampu membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama untuk penginapan para pelajar yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.
Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta.
Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem pentadbiran asrama.
Mstar melaporkan kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Unisel dan menyelesaikan hutang itu dalam tempoh terdekat.
"Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.
"Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat," katanya
Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.
Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar seperti dilaporkanbernama mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar.
"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.
Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.
Dalam pada itu, Noh mengulangi cabarannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan laporan kewangan Unisel yang gagal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.
"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan). Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap ketika dihubungi menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.
Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.
"Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.
"Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.
Noor Ashikeen berkata apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB, mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.
"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.
"Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya.

MENJELANG PRU 13 : PKR TERSEPIT AGIHAN KERUSI..

Posted: 05 Aug 2012 07:36 AM PDT


anwar-kit-hadi-baruxx

Pendedahan Zamil Ibrahim baru-baru ini pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak puashati pasal agihan kerusi antara pakatan pembangkang masa pilihanraya umum 2008 menarik untuk diperhatikan menjelang PRU13.
Zamil antara pemimpin PKR yang pernah rapat dengan Anwar dalam sidang media dua minggu lalu mendedahkan perihal Ketua Pembangkang itu yang 'tikam belakang' PAS dan DAP.
Beliau dakwa ada bukti rakaman CD pada 9 Januari 2008 Anwar maki serta hentam PAS dan DAP dalam satu mesyuarat PKR kerana tidak puashati soal agihan kerusi.
Anwar dikatakan mempersoalkan kenapa PKR Kedah takut dengan dua parti itu yang bertanding di tempat selamat manakala PKR di tempat mencabar.
Itu cerita sebelum PRU 12 tetapi menjelang PRU 13, Anwar sekali lagi khabarnya turut tertekan soal agihan kerusi antara parti itu dengan PAS dan DAP.
Cakap-cakap sudah berlegar bilangan kerusi yang bakal ditandingi PKR merosot daripada 97 pada pilihanraya 2008 kepada mungkin sekitar 90 kerusi saja dalam PRU 13.
Perkara ini disahkan sendiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas mesyuarat Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu Pejabat PAS, Selasa.
Walaupun PKR kekal mendominasi bilangan kerusi Parlimen tetapi jumlah kerusi PKR dikurangkan sedikit dipercayai untuk menambah kerusi DAP di kawasan majoriti Cina yang ditandingi calon Cina PKR pada pilihan raya umum lalu.
Namun disebalik itu, ada juga maklumat kononnya Anwar terpaksa korbankan beberapa kerusi kepada PAS dan DAP bagi 'menebus' beberapa isu kontroversi yang melibatkan peribadinya kebelakangan ini.
Ibarat kata macam coverline untuk tutup mulut.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan dua orang kuat DAP, Teresa Kok dan Tony Phua.
Sudah tentu yang senang hati adalah DAP yang khabarnya akan menambah bilangan kerusi ditandingi daripada 47 (2008) kepada hampir 60 kerusi.
Sebelum ini ada desas desus DAP akan tanding 90 kerusi tetapi ada pemimpin DAP mengakui jumlah itru sebenarnya tidak lebih 60 kerusi.
Apapun itu menunjukkan peningkatan kerana DAP percaya mereka akan menang lebih besar jika ambil kira sokongan pengundi Cina terutama di kawasan bandar yang 'totok' menyokong parti itu.
DAP juga turut mensasarkan penambahan  kerusi di Sarawak dan Sabah.
PAS yang sebelum ini digambarkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai parti Islam atau Melayu yang kuat dijangka bertanding antara 75 hingga 80 kerusi dalam PRU 13.
Jumlah ini juga meningkat berbanding 66 kerusi (2008) dan PAS memenangi 23 kerusi.
Mustafa mengakui PAS mungkin menambah kerusi di Sarawak daripada satu (2008) kepada tujuh dalam pilihanraya umum nanti.
Cuma di Sabah, soal agihan kerusi belum 'clear' tetapi PAS dijangka mendapat tiga atau lima kerusi.
Satu sebab lain DAP dan PAS menuntut kerusi lebih daripada PKR kerana pada 2008, PKR hanya menang 31 daripada 97 kerusi.
Nisbah kemenangan berbanding jumlah kerusi ditandingi tidak berbaloi dengan kejayaan calon-calon PAS dan DAP padahal bilangan kerusi ditandingi kecil berbanding PKR.
Maka Anwar tiada pilihan lain dan terpaksa mengalah untuk PRU 13 tambahan pula lima wakil rakyat PKR di Parlimen bertindak keluar parti.
Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baharu), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) memilih jadi wakil rakyat Bebas.
Kesimpulannnya pengaruh PKR dalam pakatan pembangkang semakin merudum.
Anwar tiada pilihan lain kerana terlalu banyak ding dong dalam PKR dan beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu menyerahkan kerusi kepada DAP dan PAS bagi memastikan terus dapat sokongan menuju Putrajaya. – 31/7/2012- OLEH ROSLAN BIAN

AGENDA TERSEMBUNYI.....

Posted: 05 Aug 2012 07:24 AM PDT

Hudud: Sketsa Sandiwara PAS Yang Memakan Diri…

August 5, 2012   ·   0 Comments

hudud
Agak melucukan apabila melihat Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Dia sebelum ini, sama ada sebelum berkerusi roda ketika mudanya dan sehinggalah kini terpaksa berkerusi roda ketika tuanya, sudah berkali-kali mengeluarkan kenyataan menolak hudud kepada mereka yang "bebal" seperti para pemimpin PAS.

Kononnya dengan penegasan itu, maka PAS akan faham, mengerti dan akur dengan kehendak golongan kafir harbi yang sememangnya menentang sebarang usaha untuk mengimarahkan Islam di negara ini.

Mungkin Karpal fikir bahawa dengan penegasan tersebut maka PAS, khususnya Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi akan diam tertunduk akur dengan keputusan yang dilakukan oleh "boss" atau "mastermind" Pakatan Haram tersebut.

Dia tidak sedar bahawa puak-puak PAS memang bengap untuk memahaminya…

Namun, DAP perlu tahu bahawa dengan bertanding sebanyak 47 kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti, ia tidak akan menjamin bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh PAS!

Untuk menafikan suara PAS untuk melaksanakan hukum hudud, DAP sebenarnya perlu bertanding lebih dari 90 kerusi Parlimen dan menang semua kerusi-kerusi yang ditandingi itu tanpa kalah pada satu pun kerusi tersebut.

Persoalannya, mampukah DAP berbuat demikian?

Baru-baru ini Nasrudin Tantawi yang kurang matang sedikit tentang "tahaluf siyasi" mendedahkan bahawa biarpun tanpa sokongan DAP, PAS tetap akan meneruskan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Nasrudin sedar, biarpun dia tahu PAS tidak cukup ilmu untuk bermuzakarah dan mengkaji draf hukum Allah dan hanya mampu mencipta draf hudud yang dipenuhi cacat cela, partinya tetap mahu melaksanakan hukum itu.

Dia berhujah bahawa seramai 130 orang Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu beragama Islam dari Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud, sekaligus menafikan suara DAP dan Karpal Singh!

Sekiranya diteliti dari dua kenyataan dari PAS dan DAP ini, kita akan dapat melihat bagaimana PAS tidak ikhlas dan cuba "menipu" DAP dalam sudut "tahaluf siyasi".

Pada PAS, parti itu kononnya berlakon mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai perlaksanaan hudud dan membiarkan DAP menyalak mengenepikan hukum tersebut bagi memenangi hati kaum bukan Islam pada PRU ke-13 nanti.

Dalam masa yang sama, PAS juga akan mendapat keuntungan dari lakonan tersebut di mana para pengundi bukan Islam akan rela hati mengundi PAS nanti kerana menjangkakan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hudud.

Dan PAS akan berusaha bermati-matian untuk meminta kerusi lebih pada PRU ke-13 nanti bagi menjadikan mereka memiliki majoriti Ahli Parlimen di dalam gabungan Pakatan Haram yang menang bertanding.

Dari itu, PAS dijangka akan menekan dan memaksa DAP untuk tunduk pada kemahuannya bagi melaksanakan hukum hudud. Mungkin itulah perancangan PAS…

Tapi perancangan itu ada kelemahannya di mana PAS perlu mendapatkan sokongan dari beberapa Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam untuk menyokong hukum tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat kelak.

Persoalannya, apakah PKR akan menyokong PAS? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa "telur" Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia "gelap" Ketua Umum PKR itu.
Nampaknya "pi mai pi mai tang tu" juga. PAS takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun kecuali parti itu bergabung dengan BN dan mengkaji perlaksanaan hukum itu sehingga "jaamiq dan maaniq".

DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus "digenggam telurnya" oleh DAP dan PAS pula akan terus "dikeldaikan" sehina-hinanya. Agak memalukan bagi PAS, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai PAS itu…

SYURGA PAS TAK LAKU BUAT JANJI BARU.


July 13, 2012   ·   11 Comments


pas shah alam 3

PAS makin terdesak selepas bancian yang dibuat oleh Lujnah Politik mereka maka sekali lagi janji manifesto diolah bagi menarik sokongan orang muda terutama pengundi baru. Jika dulu PAS berani menjanjikan undi PAS dapat pahala, undi PAS dapat keredaan Allah dan berbagai lagi, maka semakin hampir PRU maka mereka semakin menggelabah.

PAS gementar bilamana sokongan kaum Melayu semakin beralih arah kepada UMNO/BN atas kejayaan tranformasi yang diusahakan oleh DS Najib serta seluruh kepimpinan BN. Dengan menjanjikan 12 pekara dalam manifesto terbaru mereka keluaran Pas Kawasan Shah Alam mereka mula memainkan semula isu keupayaan bangsa, yakni bangsa Melayu yang mula melihat PAS hanyalah kaki temberang.

Tak faham atau sengaja buat bodoh maka PAS mencanagkan "1. Malaysia Baru yang meengangkat Mertabat Kaum Melayu berpaksikan Islam". Apakah selama ini PAS yang siang malam menketakedarah serta merasa nikmat pembangunan yang dibawa oleh UMNO telah berjaya mengangkat dan memertabatkan kaum melayu serta agama islam di Malaysia. Takkanlah Ir Khalid Samad yang pernah belajar hingga ke universiti bukan dari kaum melayu yang mendapat ihsan dari ihlam serta dasar ekonomi baru. Beliau pernah bertugas di Petronas dan tidakkah itu juga hasil usaha UMNO/BN.

Saya lihat pekara ke 2 dalam janji baru mereka "Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera" memang kelakar. Apa kisahnya Yob, yang dok baring atas  jalan dan mengata Raja-Raja Melayu tu bukankah dari kalangan penganut Agama PAS. Yan dok lawan Polis dan serang Polis sampai mati katak pun PAS dok jaja mati syahid sedangkan POLIS yang menjaga keamanan negara dan bernaung dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Tak lawan Raja ka tu?

Rasa malas nak ulas panjang pembohongan siri terbaru puak PAS ni, tapi melihat pekara ke 8 janji mereka mendatangkan  rasa loya dan geli geleman. "No 8. Menampilkan Kepimpinan Melayu yang bersih di semua peringkat.".. Woi, Ir Sengal dan ketua protestan Shah Alam, kepimpinan bersih memang senang nak cakap tapi kepimpinan yang ada dalam PAS serta PR yang lain taklah bersih dan lebih teruk. Kepimpinan yang memasukan anunya kedalam lubang dubur lelaki bersihkah?. Yang mengorat dan projek isteri orang kat Hotel Perdana, di Kuta Bahru tu molek ka?. Yang bagi counseling jam 3pagi ngan isteri orang sampai kantoi bersih sangat ka?. Jawabla Pak Lebai.

Dalam sokong DAP dan PKR di Perak pimpinan PAS kawasan sampai turut berdemo mintak kerajaan Negeri Perak batalkan pembinaan Sekolah Agama Rakyat masih tak Nampak. Takkan Ir Khalid duduk bawah tempurung, jika di Shah Alam nak pertahankan sekolah agama, PAS di Ipoh Perak nak runtuh sekolah agama. Apakah agama islam kat shah alam berlainan kalimah syahadahnya dengan pas kat perak. Janganlah berjanji dan buat manifesto baru yang macam tak cukup akal sebab dikalangan pengundi muda yang ramai mendaftar hari ini telah sedar akan pembohongan PAS, baik PAS shah alam mahupun PAS seluruh Malaysia.

Mereka dapat maklumat melalui internet dan yang masih lagi nak sokong Pas pun kebanyakannya bekas pelajar tadika pasti. Mereka nie dah diasuh dari kecil untuk melihat semua pekara yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN sebagai salah belaka. Hati yang dah kelam dari kecil dan dok makan benda yang tak halal ( sebab kufur nikmat ) maka akan menjadi pengikut totok dan sanggup jadi kaldai asalkan Nik Aziz atau Hadi Awang dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itupun jika menang dan hanya layak untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang jaga adat istiadat dan kebudayaan Melayu sahaja.
Pelawok…pelawok..pelawok.


HUDUD DAN NEGARA ISLAM : ULANG TAYANG PAS..



APA YANG PM DAN KERAJAAN DAH BUAT...

Posted: 02 Aug 2012 08:06 PM PDT


Laporan Tahunan GTP & ETP
  • KUALA LUMPUR -- Malaysia mampu mengorak langkah kukuh ke hadapan sebagai sebuah negara apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan sepenuhnya tahun lepas, menunjukkan kesan menyeluruh dan komprehensif dengan pelbagai inisiatif dilakukan di seluruh negara.
  • KUALA LUMPUR -- Program 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya mencatat penyertaan 63,147 isi rumah berpendapatan rendah tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh mengagumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR -- Perencanaan rapi dan pelaksanaan berstrategi menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat berbilang bangsa malah berjaya melonjakkan status negara setaraf negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Laporan Tahunan GTP & ETP
    • KUALA LUMPUR -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), perbadanan petroleum nasional Malaysia, akan meluluskan lebih banyak lesen tahun ini untuk membangunkan medan minyak marginal bagi memperkukuh pengeluaran minyak mentah dan gas, yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan sektor minyak, gas dan tenaga (OGE).
    • Berikut ialah teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Laporan Tahunan GTP dan ETP.
    • KUALA LUMPUR -- Usaha mempertingkatkan pengangkutan awam bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menunjukkan perubahan ketara dalam memperbaiki keseluruhan kualiti bagi memastikan aspirasi pengangkutan awam menjadi pilihan utama pengguna bandar dan kekal menggunakan perkhidmatan itu.
    • KUALA LUMPUR -- Tahun 2011 menyaksikan usaha gigih kerajaan bagi memastikan semua pelajar di peringkat prasekolah, rendah dan menengah meninggalkan alam persekolahan mereka dengan pencapaian berkualiti.
    • KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah, berjaya menghasilkan keputusan positif, antaranya meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika Syarikat dalam Ketenteraman dan Keselamatan, dalam penilaian oleh Indeks Kedaulatan Undang-undang 2011, World Justice Project (WJP).
    • KUALA LUMPUR -- Memerangi rasuah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi 2012 mensasarkan untuk menumpukan pada inisiatif pembiayaan politik, menurut laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011.
    • KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2011 telah dilakukan dengan pelaksanaan dan penyampaian pantas yang mengkagumkan, menurut Jawatankuasa Kajian Prestasi Antarabangsa.
    • KUALA LUMPUR -- Berjuta-juta rakyat Malaysia yang menjadi sasaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) sudahpun menikmati faedah ketara dalam hidup mereka hasil daripada program tersebut.
    • KUALA LUMPUR -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meneruskan prestasi baik pada tahun sebelumnya dan mengubah landskap luar bandar menjadi bertambah baik.
    • KUALA LUMPUR -- Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) memainkan peranan yang signifikan dalam pelaksanaan transformasi kerajaan iaitu membangunkan pentadbiran berasaskan perkhidmatan dan berorientasikan keputusan yang menumpukan perkhidmatan kepada rakyat sejajar dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

WOW : KUASA WANITA : SETAKAT MANA HEBATNYA?

Posted: 02 Aug 2012 07:56 PM PDT


KOMEN NEGATIF UNTUK WANITA UMNO: DIPETIK DARI SINAR - PANDANGAN PEMBACA.
Wanita umno ni sama je dgn Puteri Umno....taraf kumpulan sorak je, mcm pom pom girls. Paling hebat pun cerita pasal shopping & 3 G (gemuk, gebu, gedik). Mcm mana nak jadi sayap pasal ketua dia tak,ada sayap...lembu mana ada sayap. Dok cerita pasal nak selak kain...bkn cerita pasal halatuju negara. Yg puteri pulak jadi objek penyedap mata jantan2 umno je. Yg belum kahwin pulak gatal nak berlakikan jantan2 kaya umno. Itu jelah sumbangan wanita & puteri umno...mana ada lagi.
  • Semakin dekat PRU 13, semakin kencang minah ini menulis bertujuan mengampu Najib dan Muhyidin.Mendakwa Jentera Barisan UMNO lebih tersusun dan terancang. Bodoh betul le, tanpa Jentera Kerajaan yg disalah guna oleh UMNO, UMNO langsung tak mempunyai jenteranya. Jika PRU dijalankan dgn adil dimana Kerajaan BN tidak menyalahgunakan Jentera Kerajaan seperti RTM, agensi-agensi Kementerian, Pejabat Pendaftaran, SPRM , Polis, Tentera, dah lama UMNO bungkus. Bodoh betul minah sorang ni. Belum dapat membezakan Jentera, logistik , manpower kerajaan dgn Parti. Yang ada dimiliki oleh UMNO ialah hak Kerajaan Malaysia, tetapi UMNO menyalahgunakan seperti kesemua itu milik BN. Justeru itu ia mengelar kerajaan BN, bukanya Kerajaan Malaysia. Bayangkan walaupun PRU 13 hampir menjelang dan kedudukanya agak goyah, Pimpinan UMNO, masih menyalahkan proses tender dgn memberikan kontrak-konytak ini kepada George Kent, Petron yg dimiliki oleh Anak Mahathir, 30 Juta lebih projek kepada Syarikat Anak Raja Nong Chik, 22 juta kpd syarikat anak Jamaludin Jarjis, dan berbagai-bagai lagi keuntungan kpd kroni-kroninya. Bayangkan Jika BN menang lagi selepas PRU 13, sudah tentu mereka lebih bermaharaja lela lagi.Masa itu mereka yg bodoh akan melihat betapa buas dan ganasnya UMNO membahagi dan membolot kekayaan negara. Justeru itu sama-samalah kita bekerja agar UMNO tumbang dlm PRU 13 nanti.



    Pergerakan Wanita Umno meraikan ulang tahun ke-62 tahun ini. Sepanjang tempoh tersebut, jasa dan sumbangannya dalam meningkat kedudukan, maruah, memperjuang hak dan kepentingan kaum wanita negara ini, sangat besar sekali. Sebagai sayap terbesar dalam parti dengan keahlian melebihi 1.6 juta,

    Wanita Umno ada kuasa tersendiri.  Golongan wanita berperanan sebagai penyumbang mutlak kepada perjuangan parti dan penentu kemenangan dalam setiap pilihan raya. Ini kerana mereka adalah kategori pengundi terbesar di negara ini, selain memiliki cara dan pendekatan yang ternyata berkesan.

    Kelebihan inilah yang mesti terus dipertahankan dan dimanfaatkan. Wanita Umno tidak boleh lagi dibangunkan atas pekikan slogan, malah perlu bekerja keras kerana tuntutan ahli parti, rakyat dan negara semakin tinggi dan besar. Kita mesti komited untuk membentuk kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. Kemenangan besar itu membolehkan kita meneruskan rentak pembangunan dan transformasi yang kini sedang rancak berjalan.

    Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun membunyikan semboyan. Pilihan raya hampir tiba dan semua ahli parti mesti bersedia. Pelbagai ramalan dibuat mengenai bakal prestasi yang akan ditunjukkan kedua-dua pihak, yakni BN dan Pakatan Rakyat. Apa pun, ahli Umno mesti melakukan yang terbaik dan mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya umum kali ini bagi membuktikan bahawa Umno/BN masih relevan memerintah dan berjasa teruskan tradisi membela rakyat.

    Hasil kajian dan analisis terperinci oleh sebuah organisasi bernama Centre of Strategic Engagement (CSE) tiga minggu lalu menunjukkan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan BN meningkat lapan peratus sejak PRU12. Ia juga mendapati jentera pilihan raya Umno/BN lebih tersusun dan ditadbir oleh andaian yang lebih realistik berbanding 2008. Sesungguhnya, sejak empat tahun lalu, Umno berusaha keras memperbaiki jentera dan struktur parti serta memulihkan semangat ahli. Proses pemulihan termasuk pindaan Perlembagaan, pembaharuan pemikiran dan budaya kerja, menyusun semula kepimpinan peringkat negeri dan pendaftaran ahli baru.

    Hakikatnya, kepimpinan Najib yang dibantu rapat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelbagai program transformasi dan pembaharuan yang diketengahkan sejak mengambil alih pucuk pimpinan parti dan negara, benar-benar memberi impak kepada kehidupan rakyat. Dasar yang pragmatik, sikap cakna pemimpin Umno/BN mendahulukan rakyat, pendekatan bersemuka melalui program walkabout serta bantuan rakyat  memberi tanda positif.

    Kajian pusat ini juga mendapati cabaran terbesar Najib ialah bagaimana boleh menterjemah popularitinya menjadi undian kepada Umno dan BN, terutama di kawasan bukan Melayu dan di kawasan bercampur di Selangor, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak. Justeru, apa yang penting adalah terus mempertingkatkan semangat kalangan anggota dan pekerja parti di kawasan majoriti Cina atau di kerusi campuran di mana pengundi Cina adalah sebahagian besar pengundi asal. Umno harus meneliti sentimen pengundi Cina dengan lebih dekat dan tepat. Ini penting bagi mengimbangi usaha pembangkang yang memang pandai memainkan sentimen orang ramai, terutama pengundi Cina khususnya dalam isu berkaitan hak asasi, pendidikan dan bahasa ibunda.

    Menurut kajian CSE, faktor yang turut mempengaruhi keputusan PRU13 adalah kepimpinan, isu, infrastruktur, logistik, pembiayaan dan jentera kempen. Walaupun Umno/BN mempunyai keupayaan logistik dan infrastruktur yang mantap di kawasan luar bandar, tumpuan mesti juga diberi terhadap penguasaan media sosial sebagai alat atau perantaraan kempen kepada pengundi muda.

    Sebagai sebuah parti yang ingin menawarkan pemerintahan yang mendahulukan rakyat dan menekankan pencapaian, Umno/BN mesti berubah dan berjiwa segar, fleksibel dan mampu lentuk ikut persekitaran yang berubah sambil mengekalkan prinsip perjuangan dan matlamat asal.

    Bagi Wanita Umno, ia harus memainkan peranan dalam proses engagement dengan akar umbi secara konsisten, tersusun, sistematik dan mengesankan. Semua pemimpin dan ahlinya bertanggungjawab memastikan pergerakan ini terus mantap dan kukuh. Mereka perlu menggunakan kekuatan minda, modal intelek, daya kreativiti dan kelebihan semula jadi untuk bersama-sama menggembleng kekuatan jentera parti agar mencapai kejayaan besar dan bermakna dalam PRU13 nanti.

    Walaupun terdapat ancaman luar dan dalam yang menguji ketahanannya sebagai sebuah organisasi dan sayap parti, Wanita Umno perlu tetap kuat dan bersatu. Jangan sampai wujud polemik berpuak-puak sehingga melemahkan semangat perjuangan kolektif yang menjadi teras kekuatannya selama ini.

    GOLEK PUNGGUNG DEPAN SAYA?

    Posted: 02 Aug 2012 07:52 PM PDT


    Minggu ini, saya mahu tulis lain sedikit daripada biasa. Terpaksa jadi lain kerana tindak tanduk berpolitik di negara kita juga sudah jadi lain macam. Semakin kebudak-budakan.
    Ada yang bergolek punggung di depan rumah orang. Ada pula yang berhimpun makan ais krim, kononnya untuk mengajar orang ramai jangan jilat ais krim di dalam tandas. Ya, kita tahulah... motifnya adalah politik.
    Saya bukan mahu menghakimi sama ada asbab pada perbuatan itu betul ataupun salah. Akan tetapi, situasinya pada saya semakin parah apabila orang kita semakin hari dilihat semakin memberi perhatian terhadap hal remeh temeh, picisan untuk dicampur aduk menjadi isu politik yang akhirnya membawa politik kita bukan semakin matang tetapi kebudak-budakan.
    Saya ingat lagi, tidak lama dulu pernah jadi isu apabila satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan seorang menteri besar, mengugut mahu mengejar dan berbogel di depan menteri besar itu.
    Kononnya, mereka sanggup bertelanjang di depan khalayak ramai untuk memperjuangkan hak golongan miskin mendapatkan kadar sewa yang murah bagi rumah PPR.
    Walaupun kesudahannya tidaklah sampai ada yang berbogel namun ugutan itu sahaja bagi saya sudah cukup mencemarkan.
    Apa pandangan anak-anak kita yang masih di bangku sekolah apabila tahu akan hal bapa-bapa yang tidak tahu malu ini mengugut untuk berbogel di depan khalayak ramai, di depan pemimpin negeri?
    Kita boleh kata, peduli apa mereka hendak berbogel, bukan mereka nak tengok kita punya tetapi mereka nak tunjuk mereka yang punya!
    Tetapi soalnya, apa yang saya fikirkan ialah mereka ini saya amat pasti adalah orang-orang yang waras. Dan lebih saya fikirkan lagi kerana apa yang mereka ancam hendak lakukan itu - satu perbuatan yang sangat tidak waras - ada kaitannya dengan politik.
    Ini bererti, satu budaya berpolitik yang baharu, yang tidak pernah kita fikir akan berlaku, telah menyelinap masuk ke dalam masyarakat kita. Budaya ini pula adalah sesuatu yang amat memalukan. Itulah yang saya bimbangkan!
    Walaupun tetap menyalahi undang-undang dan hukum moral namun tidaklah sampai meloya tekak jika yang dibayangkan itu budak yang masih belum akil baligh, belum bersunat dan kira-kiranya masih dalam keadaan comel untuk dibogelkan. Namun yang sebaliknya ugut mahu berbogel itu ialah bapak budak!
    Memang isu itu sudah lama senyap namun bukan mustahil ia boleh muncul semula apabila budaya politik kebudak-budakan dan tidak masuk akal mulai popular di negara kita. Lihat sahajalah, senyap isu ugut bogel, timbul cerita bergolek punggung di depan rumah orang.
    Kalau pun hendak berjuang, bukan itu caranya. Berjuang biarlah secara bijaksana. Orang berjuang untuk mempertahankan maruah, bukannya menjatuhkan maruah. Saya mendoakan di tanah air kita yang tercinta ini, janganlah timbul lagi tindak-tanduk politik murahan seperti ini.
    Dan satu lagi, selepas tulisan saya ini disiarkan, janganlah saya pula yang diburu. Saya tidak mahu tengok kerana apa yang mereka ada, saya sendiri pun ada. Sama sahaja, masing-masing sudah tidak comel lagi!

    RAFIZI RAMLI JADI "ADIK ANGKAT" KHALID MB?

    Posted: 02 Aug 2012 07:10 PM PDT


    Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.
    A KADIR JASIN
    MASA beredar tetapi keadaan tidak semestinya berubah. Kalau berubah pun hanyalah cara.
    Ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa, penahanan di bawah akta itu dianggap sebagai "seal of approval" atau tanda pengiktirafan bahawa seseorang itu pejuang tulen.
    Malah, dalam DAP pada satu ketika pemimpinnya yang tidak ditahan di bawah ISA dianggap sebagai orang penakut dan tidak layak dianggap pejuang.
    Sekarang, dengan ihsan Perdana Menteri dan transformasi, ISA susah dibakulsampahkan. Maka hilanglah tanda niaga yang berharga bagi pembangkang dan penentang kerajaan.
    Kini terpaksalah mereka menaikkan taraf undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan dan undang-undang komersial ke taraf ISA supaya mereka terus dianggap sebagai wira dan mangsa apabila ditangkap dan diheret ke mahkamah.
    Jadi, tidaklah menghairankan kalau penangkapan dan penuduhan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, pada 1 Ogos di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan pendedahan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) akan menjadi satu lagi "fodder" atau bahan perbahasan.
    Rafizi dituduh bersama dengan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, membocorkan rahsia bank. Mereka mengaku tidak bersalah.
    Sekalipun tindakan mengheret Rafizi ke mahkamah adalah keputusan Bank Negara yang bertanggungjawab ke atas BAFIA, namun ia akan dijadikan senjata bagi menuduh kerajaan melakukan penindasan politik.
    Namun begitu, daripada perspektif yang lebih luas, kita harus mengambil kira bahawa ada dua pihak lain yang telah dihadapkan ke mahkamah pendedahan kes NFCorp.
    Pada 12 Mac lalu, pengerusi NFCorp., Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, telah dituduh melakukan pecah amanah melibatkan hampir RM50 juta.
    Dalam satu kes lain, perunding Shamsubahrin Ismail dituduh menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran perundingan.
    Penuduhan di bawah BAFIA ke atas Rafizi mempunyai implikasi yang luas. Bank Negara berhak dan wajar bertindak tegas ke atas kakitangan bank yang membocorkan rahsia pelanggan.
    Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.
    Saya yakin Rafizi, sebagai seorang politikus yang pintar, tahu mengenai wujudnya BAFIA dan kesalahan membocorkan rahsia pelanggan bank.
    Jadi, sama ada beliau melakukannya kerana mahukan pertabatuan politik – political milage – atau kerana mengambil berat kebajikan umum – altruism – undang-undang tetap undang-undang.
    MENGAPA RAFIZI LETAK JAWATAN?
    Oleh: MSK
    Tun Daim Zainuddin berjumpa dengan Dr. Mahathir di US pada tahun 1978 dimana Mahathir memujuk Daim supaya pulang ke Malaysia untuk bertanding didalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Dr. Mahathir juga menawarkan Daim jawatan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
    Daim tidak berminat dengan jawatan Pengerusi UDA yang mana dikatakan terlalu besar, terlalu birokratik dan terlibat dalam banyak perkara dalam satu masa. Sebaliknya, Daim mencadangkan supaya UDA menubuhkan satu syarikat induk supaya semua harta syarikat boleh dipindahkan ke syarikat induk.
    Peremba diwujudkan sebagai syarikat induk UDA dan Daim menjadi Pengerusi non-eksekutif dan dianggotai oleh beberapa pegawai muda dan bijak untuk membantunya. Diantara yang terpilih ialah Tan Sri Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Samsuddin Abu Hassan, semuanya dikenali sebagai kroni-kroni Umno.
    Hari ini, kita akan bercakap tentang Wan Azmi, dan untuk mengenali dengan lebih banyak tentang Wan Azmi, boleh baca disinisini dan sini. Dan mengapa kita mahu bercakap tentang Wan Azmi? Sebab Wan azmi adalah salah seorang daripada jutawan yang membiayai parti-parti pembangkang.
    Tak kisah la semua tu. Lagipun, semua orang perlukan wang untuk memenangi pilihanraya., terutamanya Umno dan Barisan Nasional yang akan membelanjakan tidak kurang dari RM1.5 billion dalam PRU akan datang nanti. Oleh itu, Pakatan Rakyat juga memerlukan tauke-tauke Malaysia, Amerika dan juga dari Timur Tengah untuk membantu mereka dalam PRU nanti.
    Tetapi, Wan Azmi adalah orang Daim dan kroni Umno. Dia menjadi kaya melalui Daim dan Umno. Jadi, mengapa dia membantu pembangkang? Adakah dia sudah berubah? Adakah dia sudah bertaubat? Adakah dia sudah sedar bahawa dia telah merompak kekayaan negara dan sekarang mahu mengembalikan duit itu dengan membantu pembangkang? Ataupun…adakah dia Kuda Trojan untuk cuba untuk menghancurkan pembangkang?
    Sebenarnya, Wan Azmi bukan saja membiayai pembangkang..khususnya PKR. Orang kanan Wan Azmi, Wong Chen, yang memainnkan peranan besar dalam cubaan Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, sekarang merupakan pakar strategi didalam PKR, bersama dengan Rafizi Ramli yang mendedahkan isu lembu NFC. Seorang lagi didalam team strategi itu ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR yang juga merupakan Setiausaha Politk Khalid Ibraim sebelum Faekah Husin mengambil alih.
    Nik Nazmi dan Rafizi merupakan orang kuat Azmin dan juga merupakan "senjata rahsia" untuk menghalang kemaraan Nurul Izzah. Dan semua mereka ini patuh kepada Azmin dan mereka akan memastikan bahawa Nurul Izzah tidak akan menjadi pengganti Anwar.
    Rafizi sebenarnya mahu bertanding sebagai Ketua AMK dalam pemilihan parti 2010 dan dia mahukan Nurul Izzah sebagai regunya kerana dia tahu bahawa dia hanya boleh menang sekiranya Nurul Izzah berada dalam team nya. Tetapi Nurul Izzah tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK. Dia mahu bertanding jawatan Naib Presiden. Rafizi tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua AMK.
    Khalid Ibrahim tahu bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang Azmin. Lantas dia menggantikan Nik Nazmi dengan Faekah, yang merupakan orang Wan Azizah. Sudah semestinya, orang-orang azmin mencuba untuk menyingkirkan Faekah tetapi setakat ini mereka masih belum berjaya kerana Khalid masih dibelakang Faekah. Dan ini menyebabkan Azmin sakit hati.
    Harapan orang-orang Azmin ialah mahukan Nurul Izzah tewas di Lembah Pantai dalam PRU nanti dan akan mematikan karier politiknya.Kemudian, dalam pemilihan parti berikutnya, Azmin akan bertanding jawatan Presiden dan Rafizi sebagai Timbalan manakala Nik Nazmi akan bertanding jawatan Naib Presiden.Dan dengan bantuan Wan Azmi, semua ini mungkin menjadi kenyataan. Wan Azmi malah sanggup menabur puluhan juta ringgit untuk membantu Raja Nong Chik menewaskan Nurul Izzah.
    Perletakan jawatan Rafizi baru-baru ini dan serangan terhadap Faekah bukanlah isu terpencil ataupun tidak berkait rapat. Ini adalah perancangan beberapa pihak untuk menghalang cita-cita Azmin, dan Rafizi merupakan mangsa tindakan balas dari pihak-pihak tersebut. Rafizi kecewa kerana Anwar tidak membantunya sebaliknya mengambil sikap lepas tangan. Itulah juga sikap "pecah dan perintah" yang dilakukan oleh Anwar yang menyaksikan Ezam Mohd Nor keluar dari parti atas alasan yang sama.
    Anwar tidak berapa suka dengan Khalid yang dilihat sebagai tidak boleh dikawal. Anwar sendiri mengakui hal ini pada tahun 2010 tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan kerana Wan Azizah, melalui orang kuatnya, Faekah, berdiri teguh dibelakang Khalid. Jadi sekarang, ada dua team. Satu team Azmin yang disokong oleh Anwar dan satu lagi team anti-Azmin yang disokong oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah.
    Siapa kata politik tidak menarik? Tapi yang lebih menarik ialah: apakah peranan Daim dalam semua ini? Apakah Daim, melalui orangnya Wan Azmi mahu melakukan perubahan dan mahu melihat Umno dikuburkan? Atau Daim lebih berminat untuk melihat PKR terbahagi dua dan melalui Wan Azmi, memastikan bahawa mereka mempunyai wang yang banyak untuk memastikan PKR terkubur?
    Apa pun, Dr. Mahathir sekarang merupakan Ketua Umum Umno. Itu semua kita tahu. Apakah tidak boleh kita mengandaikan baahwa Daim, melalui Wan Azmi juga adalah Ketua Umum PKR? Dan oleh kerana Mahathir dan Daim dalam satu team, apakah tidak boleh kita katakan bahawa Mahathir juga adalah Ketua Umum PKR?
    Sheeshh….dalam politik kita tidak akan  tahu, siapa kawan atau musuh sebenar.

    (Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal, Does Daim now 'control' PKR? dari Malaysia Today.)
    Kongsi Artikel ini:-


    ***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/04/krisis-pkr-sebab-rafizi-letak-jawatan/

    PAS KIBAR BENDERA PUTIH!

    Posted: 01 Aug 2012 09:20 PM PDT


    APA NI !! PKR DAN MENGAKU KALAH SEBELUM KEMPEN ?



    Parti PKR tegar sekali menggunakan nama 'rakyat' dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama 'rakyat' akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah 'demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar'.

    Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

    1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

    2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

    3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan



    Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan 'rakyat', maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu 'Demi Rakyat, Demi Masa Depan' yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

    Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

    Kecuali isu 'peluang pekerjaan terhad', kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

    Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

    Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

    Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

    Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

    Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

    Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu 'perintis' gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

    Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari 'nobody' menjadi 'somebody' dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

    Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

    Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

    Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan 'keberanian' sahaja.

    Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen

    PAS SOKONG SYIAH?

    Posted: 01 Aug 2012 09:15 PM PDT


    Akhirnya! PAS Mengaku Mereka Sokong Syiah!



    Kantoi! Patutlah Ketua Dewan Pemuda PAS pernah kata mereka terima syiah dalam PAS sebab memang betul ada. Lihat sendiri bagaimana 'Guru Syiah' Hasan Askari dijemput bersama dalam forum anjuran PAS. Jangan nak kata dia bukan syiah ya! Bagi yang yang nak kenal siapa Hasan Askari boleh tengok video di bawah. 



    Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah

    Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah). Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa ansaruh). Sebagai contoh; "Syiah Ali" bermaksud "pengikut dan penyokong Ali".

    Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga

    orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai

    pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah. Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)

    Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah alislamiyyah). Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam.

    Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara nas. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan alMufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah Ali secara nas.

    Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain. Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b. al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh Bani Hasyim. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien.

    Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam. Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan Ibid.

    Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran "Syi`ah" ini digunakan bagi merujuk kepada kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali (اٌعل عواٌشا) dan mengutamakan beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri.

    Pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki. Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah

    Namun, terdapat juga para ulama‟ yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh `Abdullah b. Saba‟ yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina Ali.

    Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya bersifat mu`tadil

    Sumber : JAIS 

    Tipu atau AUTA...

    Posted: 01 Aug 2012 09:12 PM PDT


    Sekarang 'Kita Ada 82 Kerusi, Selepas Ini 'Cukup' Untuk Saya Tipu Semua" Anwar Ibrahim ?


    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
    Assalamualaikum w.b.t





    Kronologi PEMBOHONGAN ANWAR 916 mengenai angan-angan kerajaan baru.

    8 Mac 2008

    Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

    1 April 2008
    Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

    23 April 2008
    Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
    Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.

    24 April 2008
    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".

    25 April 2008
    Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.

    28 Jun 2008
    Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.

    3 Julai 2008
    Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.

    10 Julai 2008
    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

    31 Julai 2008
    Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

    26 Ogos 2008
    Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.

    8 September 2008
    Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

    12 September 2008
    Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia. PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.

    15 September 2008
    Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

    16 September 2008
    Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

    16 September 2011
    Anwar Ibrahim PM?.. Paling Munafik adalah..HAHA..dalam mimpi jelah.

    Ini sekadar pesanan, 10 perkara yang anda JANGAN buat :
    • Jangan biar diri anda diselubungi misteri 16 September 2008. 
    • Jangan terus diperdaya dengan sandiwara PR.
    • Jangan percaya jika PR menang 'Melayu' yang jadi PM.
    • Jangan jadi komunis macam Marx Sabu.
    • Jangan contohi sikap 'anak derhaka' Azmin Ali
    • Jangan jadi kuda DAP.
    • Jangan jadikan 'peliwat' dan 'penjilat' sebagai pemimpin.
    • Jangan jadi 'Melayu Mudah Lupa'
    • Jangan tengok filem Namewee.
    • Jangan lupa pakai spender besi kalau jumpa Anwar..hahahaha
    banyak sebenarnya JANGAN buat tapi nanti ada masa Keris senaraikan lagi.

    SUMBER : Utusan 17 September 2008

    MENGURUS KERENCAMAN SOSIAL:

    Posted: 01 Aug 2012 05:39 PM PDT


    Kepemimpinan politik perlu pertajam kompas moral agar tak tersasar

    DASAR awam merubah landskap sosial negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal untuk mengurus ketidaksamarataan sosial. DEB dirancang untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat hingga terbentuk masyarakat industri dan peniaga Bumiputera.
    Matlamat akhir pelaksanaan dasar awam ini ialah untuk membawa negara ke arah perpaduan negara. Perpaduan negara masih belum dapat digenggam, tetapi nyata kerajaan berjaya membina kesepaduan sosial dalam masyarakat pelbagai etnik kesan perubahan negara daripada pertanian kepada industri, perdesaan berubah menjadi bandar dan kemiskinan melarat diganti dengan kelas menengah. 
    Hanya kepemimpinan berhati waja dapat menjamin dirinya daripada digoda harta, wanita dan takhta

    Banyak perkara yang melanda negara ini terjadi sebagai akibat yang tidak terancang. Masyarakat pelbagai etnik didapati rencam dari segi sosial. Mereka didapati memiliki nilai dikongsi bersama dan membuat pilihan hidup sama. Perbezaan etnik wujud tetapi tidak memisahkan mereka kerana ruang sosial dalam negara sudah banyak mengikat mereka kepada nilai bersama seperti keuntungan material, status, ikatan sosial dan nilai hidup mengenai keadilan, prestasi kerja dan demokrasi. Mereka mengidam untuk mendapat pendidikan terbaik, pekerjaan bergaji besar, membeli kereta, rumah, beli-belah di pasar raya dan melancong.

    Pembangunan negara melahirkan akibat tidak terancang apabila kerencaman sosial dalam masyarakat pelbagai etnik sudah melentur batas etnik. Masyarakat pelbagai etnik yang rencam ini memiliki budaya politik yang masih dipengaruhi perkiraan etnik tetapi kepentingan peribadi mereka lebih diutamakan hingga perkiraan etnik dalam tindakan hidup mereka menjadi kabur, termasuk pilihan pengundian yang dibuat dalam pilihan raya. 

    Dalam suasana kerencaman sosial ini, orientasi politik dalam kalangan pengundi bukan lagi berbentuk hitam putih dan dikotomi dengan orang Melayu, penduduk desa dan pegawai kerajaan pasti akan pro-BN, manakala orang Cina dan bandar akan propembangkang. Memori generasi muda bahawa UMNO membebaskan negara daripada penjajah dan komunis serta meletakkan negara di landasan kestabilan dan kemajuan, masih dikenang, tetapi hak UMNO ke atas undi mereka sudah menjadi semakin luntur. 

    Orang Melayu, seperti halnya dengan etnik lain masih menggemblengkan bahasa, budaya dan agama dalam perundingan politik dalam mempertahankan identiti diri dan kumpulan mereka. Namun, banyak perkara berkaitan dengan kehidupan mereka seperti kedudukan ekonomi tidak menentu, kelemahan prestasi perkhidmatan diberikan oleh jentera kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan, gejala sosial yang terus meningkat daripada rasuah, jenayah, dadah dan perceraian dan kepemimpinan politik yang rakus dan tamak dengan dunia hingga rakyat dipinggirkan meresahkan kehidupan harian mereka bersama. 
    Perkongsian persepsi negatif terhadap ekonomi negara, kerajaan, masalah sosial dan kepemimpinan politik sudah meminda selera politik rakyat daripada mendokong kerajaan sedia ada kepada mengutamakan perubahan rejim pemerintahan.

    Kelompok sosial kelas menengah yang selesa dengan kekuatan ekonomi, menilai parti pemerintah dan kerajaan berdasarkan prestasi, ketelusan dan integriti. Mereka menilai kepemimpinan negara dan kerajaan dengan nada kritis berdasarkan fakta. Mereka tidak senang apabila ada kepemimpinan negara yang melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam mengendalikan urusan mereka dengan rakyat.

    Aset pendidikan, pekerjaan dan pendapatan yang dimiliki mereka menjadi modal untuk meneroka dunia siber mendedahkan mereka kepada dunia maklumat dan menyertai pergerakan sosial dalam masyarakat. Dalam suasana dunia diledakkan dengan maklumat, kelompok manusia yang menggunakan teknologi maklumat pasti dapat menyebar dalam masa nyata dan serta-merta ke seluruh negara dan dunia hingga mempengaruhi ruang sosial di negara ini. 

    Jika hal ini berlaku, sudah pasti perancangan dan pelaksanaan kerajaan memakmurkan dan mensejahterakan rakyat akan tergendala oleh persepsi buruk yang bertebaran hingga meracuni minda rakyat. Ruang persepsi negatif terhadap kerajaan dan parti pemerintah akan menjadi buruk lagi apabila kepemimpinan negara, jentera kerajaan dan media arus perdana mengambil sikap untuk berdiam, menafi dan menentang sesiapa yang mendedahkan keburukan mereka.

    Golongan pendapatan rendah mendapati mereka berdepan desakan hidup akibat kos hidup yang meningkat dengan begitu ketara. Golongan usia 31 hingga 50 tahun juga mendapati diri mereka terperangkap dengan kos hidup yang meningkat dan dirumitkan dengan jumlah isi rumah dan beban kos tanggungan yang meningkat. 

    Walaupun jumlah isi rumah miskin berkurangan dengan drastik, sebilangan kecil golongan miskin bandar, desa dan estet, terutama keluarga yang mengalami masalah berasakan kemerdekaan negara tidak memberikan apa-apa makna kepada kehidupan dan masa depan mereka. Kumpulan minoriti ini didapati terperangkap dalam kemiskinan warisan daripada nenek ke cicit.

    Kumpulan sosial pendapatan rendah berusia antara 31 hingga 50 tahun dan miskin warisan ini jarang menjadi artikulator yang mempengaruhi orang lain untuk menentang pemerintahan sedia ada. Tetapi keberadaan mereka dalam negara dengan pemerintahan sedia ada sudah terpisah, terasing dan putus daripada rakyatnya sendiri, ketidakseimbangan sosial meluas dalam masyarakat dan akan membuat rakyat untuk berasakan kehidupan mereka sudah tidak lagi terjamin. 

    Demi rakyat, bangsa dan negara, kepemimpinan politik perlu mempertajamkan kompas moral mereka supaya perjuangan diutamakan dan kerakusan dunia serta kesombongan diri dihapuskan. Kepemimpinan berintegriti pasti menjadi 'pagar yang menjaga padi'. Hanya kepemimpinan berhati waja dapat menjamin dirinya daripada digoda harta, wanita dan takhta. Apabila hal ini berlaku setiap perancangan akan dilaksanakan menepati tujuan dirancang dan sampai kepada kumpulan sasarnya. 

    Penulis ialah Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Majlis Profesor Negara

    BENARKAH NIK AZIZ SETARAF NABI?

    Posted: 01 Aug 2012 05:14 PM PDT


    BENARKAH ada tanggapan dalam kalangan orang PAS bahawa Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setaraf nabi? Jika ada, ia jelas terpesong dan mereka yang terbabit perlu bertaubat. Allah SWT menjanjikan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir, dan tidak ada lagi Nabi selepas Baginda. 

    Dalam Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali (SIRD, Petaling Jaya, 2012), Timbalan Presiden PKR itu berkata dia diberitahu bahawa bagi kebanyakan orang, terutama dalam PAS Kelantan, kata-kata Nik Aziz sering dipandang kurang sedikit saja daripada hadis. Syed Husin berkata, dia geli hati apabila mendengar begitu, malah kawan-kawannya ketawa (hal 167).


    Ketawa Syed Husin dan kawan-kawannya bukan kerana gembira, kerana peristiwa ini berlaku sebaik saja beliau diberitahu oleh Nik Aziz bahawa pencalonannya sebagai wakil pakatan pembangkang bagi kawasan Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum 2004 ditolak atas dasar beliau seorang sosialis. Menurut Nik Aziz, fahaman sosialis ini adik-beradik dengan fahaman komunis. 


    Jelaslah ketawa Syed Husin dan kawan-kawannya adalah ketawa sinis. Mereka gelak besar apabila diberitahu kata-kata Nik Aziz dianggap kurang sedikit saja daripada hadis. 

    Tidak lama dulu, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ada mencadangkan stesen televisyen menggantikan rancangan realiti yang popular dengan ceramah Nik Aziz. Ada yang setuju, tetapi ramai juga yang gelak sinis dengan cadangan ini. 

    Diketahui umum bahawa Menteri Besar Kelantan ini sering berceramah di merata tempat, termasuk setiap Jumaat di jalan raya di Kota Bharu. Sebagai Mursyidul Am, dia juga ada kolum tetap dalam akhbar PAS, Harakah, dan ada juga buku diterbitkan atas namanya. 

    Secara peribadi, saya anggap cadangan ini sekadar gurauan. Bukan apa, tetapi majoriti umat Melayu-Islam di negara ini sudah tahu atau boleh agak apa bahan ceramah Nik Aziz. Sudah hampir tiga dekad rakyat Malaysia dengar Nik Aziz berceramah atau membaca kenyataan medianya. Kandungannya selalu mencetuskan kontroversi. Ada kala tidak munasabah, dan kerap kali mengutuk kerajaan dan menghina orang lain. Walaupun ditegur, beliau tidak berubah dari segi cara menyampai dan isi ceramahnya. 

    Yang berani menegur beliau tentunya bukan orang PAS. Dalam PAS, Nik Aziz mempunyai kedudukan istimewa. Dia boleh menegur sesiapa saja, termasuk Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang. Sebab itulah banyak kenyataan dikeluarkannya tidak pernah disanggah sesiapa dalam PAS walaupun apa yang diucapkan tidak betul atau mengelirukan. 

    Dia pernah menyamakan kelahiran Nabi Muhammad sama seperti mamat-mamat lain, justeru Maulidur Rasul tidak perlu disambut. Seluruh ayat dalam al-Quran adalah politik, katanya. Pandangan ini disanggah ramai ulama. 

    Nik Aziz percaya pelaku utama dalam video seks bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak menonton. Dia juga pernah mendakwa DAP lebih Islam daripada UMNO. Dia benarkan pemimpin DAP guna ayat al-Quran dan hadis ketika kempen politik dan setuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Pada Mei 1999, dia berkata PAS bersyukur DAP berubah pendirian dan mahu bekerjasama dengan PAS asalkan tidak menubuhkan negara Islam. 

    Sebaliknya, UMNO pula dipanggilnya barua. Ulama UMNO dipanggil terompah kayu. Allah dikatakannya samseng dan mencarut. Dia menempelak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak membenarkan ceramah politik dalam masjid. Dia tuduh Mufti Perak sebagai ejen UMNO. Orang lompat parti dia panggil Jakun. Dia pernah menggesa diadakan doa bala ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dia sendiri pernah doakan Perdana Menteri pecah perut kerana kes royalti minyak. 

    Nik Aziz pernah sifatkan Malaysia sampai sekarang belum merdeka kerana Perlembagaan Persekutuan kafir. Dia menghasut rakyat tolak pembangunan. Dia menghina anggota tentera dan polis kerana menganggap peristiwa Al-Maunah, yang berakhir dengan pembunuhan beberapa anggota keselamatan sebagai sandiwara. 

    Nik Aziz pernah berkata, dia tidak bangga jadi Melayu. Beberapa kali Nik Aziz kata dia suka Cina. Malah dia mahu suatu hari nanti orang Cina memimpin PAS. Dia juga mencalonkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa. Dia juga peminat Lee Kuan Yew, antara pengasas parti PAP, iaitu bapa kepada DAP. 

    Dengan UMNO dia tidak mahu bersatu, tetapi dengan parti cauvinis Cina DAP, dia boleh bersatu. Nik Aziz menuduh UMNO nasionalis dan assabiyyah, sebab itulah tidak boleh bersatu. Dia kata UMNO hanya untuk orang Melayu, manakala PAS untuk semua orang Islam, tidak kira Melayu, Cina atau India. Ini tidak benar kerana Islam tidak menolak ketaksuban bangsa secara keseluruhan, tapi ia perlu menurut acuan syarak. 

    Yang ditegah ialah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga merendah dan memanipulasi bangsa lain. Sebagai sebuah parti politik, UMNO berbaik-baik dengan MCA, MIC dan belasan parti lain bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh kerana itulah kerajaan BN menganjurkan Gagasan 1Malaysia. Orang Melayu UMNO berlaku adil dan berkongsi kuasa dengan bangsa lain dalam Perikatan dan BN sudah lebih enam dekad, manakala PAS baru hendak meniru model BN sejak akhir-akhir ini saja. 

    Kita bersyukur kerana pemimpin Melayu UMNO berjaya mencari formula berkesan dan mampu menggembleng tenaga, daya kreatif dan keistimewaan yang ada untuk membangun negara dan mempertahan martabat bangsa, tanpa menganiayai bangsa lain. Hari ini, Melayu sudah menjadi bangsa dikenali, disegani dan bermaruah. 

    Bagi mereka yang masih menganggap Nik Aziz setaraf Nabi atau kata-katanya bagaikan hadis, bolehlah menonton bagaimana Mursyidul Am PAS ini bertegang urat dengan kawan lamanya, Prof Madya Dr Mohamed Nor Deris sewaktu pilihan raya kecil DUN Galas. Perbalahan ini tersebar luas dalam internet. Nampak benar perangai Nik Aziz yang macam kanak-kanak apabila berbalah, bukan macam Nabi.

    Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

    KEBEBASAN DARI PERSPEKTIF PEMBANGKANG.

    Posted: 01 Aug 2012 04:54 PM PDT


    BENARKAH KEBEBASAN MUTLAK ITU WUJUD?

    APAKAH batas atau had kebebasan? Ini adalah persoalan yang sukar dijawab oleh sesiapa juga. Jika seorang anak menuntut kebebasan, sejauh mana kebebasan yang boleh diberikan oleh ibu bapa yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Begitu juga, jika rakyat di sesebuah negara menuntut kebebasan, sejauh mana kerajaan yang bertanggungjawab dan dipilih secara demokrasi boleh memberi kebebasan kepada rakyat mereka. Sama ada suka atau tidak, kebebasan mesti ada had dan batasannya. Sebagai anak atau rakyat, walaupun mereka diberi kebebasan, mereka tidak puas dan tetap mempersoalkan had atau kebebasan yang diberikan kepada mereka. 

    Jika tidak, tidak mungkin perumpamaan 'bagi betis, mahu paha' wujud dalam budaya masyarakat. Mereka tidak akan puas hati kerana bagi mereka had kebebasan adalah setinggi langit. Mereka boleh melakukan apa saja atas nama kebebasan. Inilah yang sebenarnya berlaku dalam dunia hari ini yang menuntut erti kebebasan. Mereka bukan saja diberi kebebasan tetapi mereka mahukan kebebasan yang liberal, kebebasan tanpa batas. Jika ada lagu yang yang menceritakan perasaan seseorang 'rindu serindu-rindunya' kepada seseorang yang lain, begitu jugalah bagi mereka yang menuntut kebebasan politik. 

    Mereka menuntut hakbebas sebebas-bebasnya' untuk memenuhi cita-cita atau nafsu politik mereka. Dari segi definisi, secara amnya, kebebasan menekankan kehendak seseorang bertindak tanpa sekatan atau larangan. Sekali pun mereka sudah mendapat kebebasan pada satu tahap tertentu, mereka akan menuntut ruang yang lebih luas berasaskan hak kebebasan yang liberal. Sudahlah bebas, mereka mahu kebebasan yang lebih longgar. 

    Maknanya, mereka boleh berbuat apa saja, malah sanggup melanggar batasan undang-undang. Mereka mahukan kebebasan yang maksimum. Inilah yang diajar oleh Barat. Kebebasan tidak lagi dianggap sebagai kemerdekaan daripada penjajahan tetapi, di dalam sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, ada golongan rakyat yang mahukan kebebasan mutlak. Kebebasan mutlak juga amat sukar ditakrifkan definisinya kerana ada yang mahukan kebebasan semutlak-mutlaknya. 

    Kebebasan wajib mempunyai sekatan moral. Tidak ada individu yang boleh melakukan apa saja atas nama kebebasan. Sesebuah negara tidak boleh membenarkan rakyatnya melakukan apa saja sesuka hati kerana dalam mana-mana sistem sekali pun, mereka perlu sedar bahawa pandangan rakyat tidak sekata. Kedua-dua pihak juga menuntut kebebasan. 

    Jika BERSIH 3.0 mengatakan mereka bertindak atas nama kebebasan, BERSIH 4.0 juga boleh mengatakan mereka bertindak atas nama kebebasan. Jika Penganjur BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga menganjurkan perhimpunan rakyat untuk sesuatu tujuan, Penganjur BERSIH 4.0 yang juga Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunus juga mempunyai hak kebebasan untuk melakukan apa saja, termasuk berhimpun di depan rumah Ambiga atas nama kebebasan. Ini adalah contoh kecil bahawa jika kita mahukan kebebasan, orang lain juga mahukan kebebasan. Ada orang yang mahukan kebebasan bersuara atau melakukan sesuatu, namun ada juga pihak yang mahukan kebebasan supaya ketenteraman mereka tidak diganggu-gugat. 

    Ada yang berpandangan bahawa tanpa kebebasan, akan membentuk sebuah masyarakat yang mundur dan tidak terurus. Tetapi, persoalannya pula apakah hasilnya sebuah masyarakat yang diberi kebebasan sebebas-bebasnya. Perbuatan atau sikap itu, mungkin mewujudkan sebuah masyarakat yang pincang, tidak ada haluan dan merosakkan dari segala sudut. Jika soal agama juga cuba ditafsirkan kepada kebebasan, ia akan menghasilkan sebuah masyarakat yang kalut-sekalut-kalutnya.

    Barisan Nasional (BN): Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada

    Posted: 31 Jul 2012 05:38 PM PDT

    Barisan Nasional (BN): Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada: A Kadir Jasin [Kalau guna "anonymous" tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen "anonymous" tidak akan...

    Barisan Nasional (BN): Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada

    Posted: 31 Jul 2012 05:38 PM PDT

    Barisan Nasional (BN): Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada: A Kadir Jasin [Kalau guna "anonymous" tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen "anonymous" tidak akan...

    SEBAB SEBENAR LAJIM KELUAR UMNO...

    Posted: 31 Jul 2012 12:51 AM PDT


    Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.


    Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Kota Kinabalu, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.


    Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah. Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.


    Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.


    Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort. Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.


    Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF). 


    Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.


    Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti. 


    Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.


    Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.


    Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan  99%. Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN. 


    Maka, mengapa perlu bimbang?


    Artikel ini dipetik dari blogger jentayuabaka.

    Kajian PRU-13 bukan ukur menang kalah

    Posted: 30 Jul 2012 06:05 PM PDT

    Aspek negatif polemik negara Islam.

    Posted: 29 Jul 2012 05:54 PM PDT

     CAKAP-cakap pasal negara Islam sudah jadi klise atau basi macam cerita budak gembala biri-biri yang jerit serigala.

    Oleh sebab dia selalu sangat jerit serigala, walaupun tak ada serigala, apabila serigala betul-betul serang ternakan dia, tak ada siapa yang percaya dan datang menolong.

    Kita boleh faham perbuatan budak gembala biri-biri itu. Boleh jadi dia takut atau bosan, jadi dia jerit serigala untuk tarik perhatian. Sekali jerit orang bergegas datang menolong. Tapi bila jerit kerap sangat walhal tak ada pun serigala, orang tak ambil kisah apabila serigala benar-benar serang. 

    Tapi apabila bahan teriakan itu bukan biri-biri, sebaliknya bersangkut paut dengan Islam, Kunta Kinte rasa ia lebih buruk daripada klise. Ia sudah jadi semacam persendaan.

    Peluang persenda Islam

    Kita boleh bahas, bincang dan buat polemik politik mengenai negara Islam atau apa saja isu berkaitan Islam, tapi yang Kunta Kinte bimbang ialah kita bagi peluang kepada orang bukan Islam pertikai dan persenda Islam.

    Orang politik dan parti politik yang terbabit dengan bahas negara Islam boleh jadi tak sedar kesan buruk perbuatan mereka. Walaupun niat mereka baik, tapi mata mereka buta kerana cahaya lampu sorot dan telinga mereka pekak kerana pekik-sorak penonton.

    Sebenarnya pun itulah realiti. Cubalah duduk atas pentas dengan lampu sorot menyuluh muka kita. Kerana kilauan cahaya, kita tak berapa nampak siapa di depan kita.

    Apabila kita bercakap, orang ramai boleh dengar kita sebab corong pembesar suara ditala kepada mereka. Tapi bila mereka cakap, tanya soalan, kita antara dengar dan tidak sebab pembesar suara membelakangkan kita.

    Jangan asyik sangat

    Jadi orang politik yang duduk atas pentas janganlah seronok sendiri. Orang politik dan sesiapa saja yang terbabit dengan bahas negara Islam janganlah asyik sangat. Silap-silap yang dihambat tak dapat yang dikendong berciciran.

    Dah ada pun tanda-tanda, iaitu apa yang orang Islam Malaysia kendong sudah mula berciciran sedangkan yang kononnya dikejar belum tentu dapat. Tengok sajalah macam mana sudah ada pihak di luar Islam yang tambah berani pertikai kedudukan Islam dan minta persamaan bagi agama dan kepercayaan mereka.

    Kalau orang bukan Islam cabar Islam atau cuba ambil kesempatan daripada polemik negara Islam ini, yang salah adalah orang Islam sendiri. Kunta Kinte tak mahulah kata mereka cakap bohong, tapi kerana gilakan kuasa politik sudah ada yang sanggup putar-belit fakta. 

    Ada yang tergamak kata sikap Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengenai negara Islam dah berubah. Mereka kata DAP tak tolak negara Islam. Tapi dengan serta-merta DAP ulang cabaran langkah mayat mereka dulu kalau nak tubuh negara Islam.

    Masalah orang Islam kita

    Tak tahulah Kunta Kinte kalau orang Islam yang sibuk cakap pasal negara Islam tu sanggup berperang dan langkah mayat orang yang tentang cadangan negara Islam atau ada orang bukan Islam yang sanggup mati daripada terima negara Islam.

    Inilah masalah dengan sesetengah orang Islam di Malaysia. Mereka berasa mereka lebih baik dan lebih Islam daripada orang Islam lain. Malangnya, banyak orang macam itu yang kawan bukan Islam pun tak ada. Kalau ada pun ialah tauke Cina yang bagi mereka hutang gula, baja dan barang emas.

    Kalau nak hidup seharian pun kena bergantung kepada orang bukan Islam, macam mana nak yakinkan orang bukan Islam mengenai kebaikan dan keagungan Islam?

    Apatah lagilah nak meyakinkan orang bukan Islam yang cerdik, licik dan berideologi macam Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

    Kunta Kinte tak berani dan tak akan mengaku yang Kunta Kinte alim atau mahir hal-ehwal agama. Tapi Kunta Kinte ada ramai kawan bukan Islam dan sikit sebanyak dah bantu beberapa orang bukan Islam peluk Islam. Syukur Alhamdulillah.

    Fikir baik buruk

    Jadi Kunta Kinte mintalah kepada orang kita yang suka sangat berbahas dan berpolemik mengenai negara Islam supaya fikir buruk baik perbuatan mereka. Janganlah kerana politik kita dedahkan kelemahan kita kepada orang bukan Islam.

    Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, banyak orang bukan Islam yang cerdik dan licik sudah sedar dan mula ambil kesempatan daripada kelemahan orang Islam. Masalahnya orang Islam sendiri tak sedar pasal mereka hidup dalam kelompok sendiri, terlindung dan terselamat daripada ancaman luar.

    Jadi mereka tak tahu dan tak sedar mengenai kewujudan pelbagai gerakan tempatan dan antarabangsa yang bertujuan mencabar kuasa politik orang Islam dan menggugat akidah umat Islam. Wallahualam.

    POLITIK MELAYU BERMUSIM.

    Posted: 29 Jul 2012 05:48 PM PDT


    "Bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah

    yang diwarisi mereka kerana budaya

    temperamental". - Sanusi Junid

     Tan Sri Sanusi Junid, seorang tokoh Melayu selama lebih 20 tahun menjawat pelbagai jawatan dalam kepemimpinan negara pernah menyebut dalam salah satu ucapannya ketika merasmikan simposium di Universiti Malaya, "bangsa bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya 'temperamental'.

    Dalam ucapan perasmiannya itu, beliau menyebut bagaimana budaya 'temperamental' iaitu budaya yang suka kepada hal bermusim menjadi kemungkinan alasan Melayu gemar menjadi nelayan di pantai Timur kerana adanya musim tengkujuh tetapi tidak di pantai Barat yang cuaca hampir sama sepanjang tahun. 


    Selain itu, gemar menanam padi yang hanya menuntut mereka bekerja menuai dua kali setahun tetapi tidak menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu dan Melayu juga meminati politik disebabkan ia datang lima tahun sekali tetapi tidak dalam bidang ekonomi yang harus diawasi sepanjang masa. 



    Suka perkara yang bermusim ini juga menjadi sebab pelbagai masalah tidak dapat diselesaikan secara tuntas oleh orang Melayu. Belum pun satu masalah selesai, masalah lain datang dan masalah lama dilupakan saja. Masalah akhirnya bertimbun, diwarisi daripada generasi ke generasi.

    Hari ini ketika hampir 30 tahun selepas Sanusi mengulas masalah itu, budaya temperamental ini masih diwarisi dan masalah yang timbul tidak banyak yang dapat diselesaikan. 


    Sebagai contoh, orang Melayu hari ini masih mudah dimainkan dengan masalah yang datang bermusim seperti fitnah rambang sehingga mereka lebih memilih untuk mempercayai tuduhan daripada proses mencari kebenaran dan kemudian melupakan saja cerita itu kerana mula dibelenggu dengan masalah lain yang sengaja ditimbulkan.

    Orang Melayu juga memilih untuk bersatu hanya pada musim tertentu saja. Sejarah Malaysia membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi apabila hak mereka tergugat ketika Malayan Union diperkenalkan, ketika Mei 1969, dan apabila mereka berasa terancam ketika orang lain mengusik keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. 

    Di luar musim atau masalah yang dihadapi, mereka lebih memilih untuk berpuak. Tidak hairanlah walaupun satu bangsa, Melayu selalu saja saling iri hati, selalu menuduh satu orang lebih Melayu daripada yang lain bahkan tergamak menunjuk siapa masuk syurga dan siapa tidak berdasarkan puak mereka.

    Sifat temperamental ini juga tidak mengenal usia. Pada generasi muda Melayu, mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran tetapi memilih untuk bersatu apabila ada orang mengaku ingin memansuhkan hutang mereka. 

    Sifat temperamental yang lebih umum dalam kalangan anak Melayu juga berkaitan cara mereka menelaah pembelajaran yang berbeza dengan anak bangsa lain. Anak Melayu gemar belajar mengikut musim, yakni belajar hanya apabila dekat dengan musim peperiksaan saja.

    Profesor Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh pendidikan negara dalam tulisannya mengulas bahawa kerana terperangkap secara tidak langsung daripada kesan jajahan Barat, bangsa Melayu susah bahkan tidak sanggup berubah dengan sendiri. 

    Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan juga tidak suka memikirkan sesuatu secara mendalam. Bangsa Melayu hanya boleh berubah dengan kunci pendidikan dan kepemimpinan yang baik.

    Memilih pemimpin yang tegas dan fokus berkerja dalam kalangan orang Melayu adalah penting jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang ada. 
    Pemimpin terpilih mestilah pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat, tidak hanya pandai bercakap dan popular tetapi mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah Melayu. 

    Pemimpin ini juga mesti jujur dan bebas segala sifat 'temperamental' dalam memimpin, iaitu mampu memimpin dengan baik sepanjang masa, bukan pada waktu ingin menyelesai masalah peribadi atau menjelang pilihan raya atau pun mesyuarat pemilihan jawatan dalam organisasi mereka saja.

    BILA DAP BERKUASA : APA JADI PADA MELAYU ?

    Posted: 25 Jul 2012 05:19 PM PDT


    Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969. Inilah politik perkauman licik DAP.
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Janji Buku Jinga
    Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
    Ulasan

    Dalam pilihan raya 2008, Pakatan telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya PBT jika menang. Sehingga kini tiada satu pun PBT di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mengadakan pilihan raya Majlis Tempatan. Alasan yang digunakan ialah tidak mempunyai kemampuan kewangan. Dulu mereka mencemuh kerajaan BN bila memberi alasan yang sama.

    Sebaliknya mereka hari ini meletakkan pemimpin-pemimpin mereka sebagai ahli Majlis. Sebahagian pemimpin mereka menjadi wakil bagi nama-nama badan bukan kerajaan. Ini satu taktik untuk menunjukkan kononnya mereka lebih terbuka.

    Semua peruntukan berhubung dengan pilihanraya kerajaan tempatan telah dimansuhkan. Jika ingin mengadakan semula pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia memerlukan suatu keputusan di peringkat dasar mengikut negeri masing-masing. Namun begitu, bidang kuasa di peringkat negeri adalah terletak di bawah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.

    Mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bermakna menambahkan satu lagi pesta politik. Selain daripada 222 kawasan parlimen, 505 kawasan DUN, ada 144 Pihak Berkuasa Tempatan. 144 pihak berkuasa tempatan ini pula sebahagiannya mempunyai ratusan seksyen dan komuniti penduduk. Anda kira sendiri kos dan keadaan bila pilihan raya PBT dilaksanakan.

    Jika pengalaman pilihan raya kerajaan tempatan lalu diambil kira, kemungkinan senario yang berlaku ialah kerajaan negeri dan PBT dikuasai parti berbeza. Begitu juga dengan keadaan sekarang, PBT di bawah kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, manakala Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN).

    PBT atau kerajaan negeri yang mempunyai hasil pendapatan kukuh mungkin tidak menghadapi banyak masalah dari segi kewangan, tetapi bagaimana dengan nasib kebanyakan PBT yang bergantung kepada peruntukan Kerajaan Pusat?

    Bukan rahsia ada PBT, termasuk di negeri yang dilabelkan sebagai maju tidak mampu membiayai kos pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Apa pun yang berlaku, rakyat tidak seharus menjadi mangsa kerana pertelagahan akibat perbezaan fahaman politik.
    Kumpulan yang beria-ia mahukan pilihan raya PBT diadakan semula ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sebuah parti sosialis yang berselindung di sebalik nama demokrasi. DAP mendakwa dengan mengadakan pilihan raya PBT, penduduk boleh memilih wakil mereka dalam PBT dan mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.

    Bukankah pilihan raya negeri dan persekutuan yang diadakan tidak juga menjamin kerajaan yang bersih dan tiada pembaziran mahu pun penyelewengan? Malahan DAP sendiri yang menguasai Selangor hari ini rakus menentukan pembahagian projek, pengagihan kontrak PBT dan merebut peluang yang ada.

    Pada April 2009 berlaku pertikaian antara Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Derek Fernandez dengan Suresh R Menon. Frenandez mengugut untuk membuat laporan Polis berikutan penyebaran Minit Mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang membabitkan keputusan papan iklan gergasi (billboard). Dikatakan salinan minit mesyuarat tersebut diedarkan kepada ADUN-ADUN Pakatan di Selangor.
    During the MBPJ full board meeting last month, councillor Derek Fernandez said he would lodge a police report against the person who has been distributing government documents that were classified under the OSA.

     Fernandez was referring to a Suresh R Menon who had sent out letters to state assemblymen of the alleged favouritism that MBPJ was practising in the implementation of the new billboard regulations.

    The letters were attached with copies of the council's meeting minutes, which are labelled secret. - The Star, Wednesday April 15, 2009, Declassify documents, PJ folk tell MBPJ
    Semasa BN Fernandez merupakan aktivis yang sering berkempen meminta didedahkan dokumen-dokumen MBPJ. Malahan suatu ketika beliau mahukan butiran terperinci atas setiap pembayaran didedahkan kepada tatapan umum.

    Anehnya, apabila DAP menguasai Selangor dan beliau menjadi ahli Majlis MBPJ, beliau sendiri mahu menghalang ketelusan dan keterbukaan. Demokrasi kepala bapak dia!

    Inikah parti dan kumpulan yang berjanji mahu mengadakan pilihan raya PBT untuk menjaga kepentingan rakyat? Mereka sebenarnya mahu menjaga kepentingan mereka. Seandainya mereka kalah di negeri dan Persekutuan, ada satu lagi pentas politik mereka untuk berkuasa.

    Bagi DAP mereka mahukan pilihan raya PBT kerana mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ahli Majlis DBKL yang sekarang ini didokongi oleh pelbagai kaum hanya di kuasai oleh Kaum Cina yangcauvinis di dalam DAP. Mereka tidak mahu kaum cina yang terbuka dan liberal.

    Teresa Kok membantah tulisan Jawi dalam papan tanda di sekitar Kuala Lumpur... bayangkan kalau dia jadi datuk Bandar
    Sikap anti-bahasa kebangsaan Teresa Kok yang jelas...
    inilah yang Sasterawan Negara A. Samad Said puja 

    Mereka juga mahukan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Bandar MPSJ, YDP Majlis Perbandaran Selayang dan lain-lain PBT yang kukuh kewangan terdiri daripada orang Cina DAP. Semua ini akan memudahkan mereka membentuk PBT yang berusnurkan kecinaan dalam membuat keputusan, pemberian lesen perniagaan dan juga pemaparan papan tanda tulisan Cina.

    Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969.

    AMANAT TERBARU PRESIDEN PAS MENJELANG PRU 13.

    Posted: 25 Jul 2012 05:16 PM PDT


    AMANAT 1.

    PR Mahu Hapuskan Tol - Rasional atau AUTA ?

    Selain mahu menghapuskan PTPTN , Pakatan juga  berjanji kononnya untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

    Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana  setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuhraya yang percuma tanpa dikenakan sebarang tol tetapi pada masa sama lebuhraya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama. Adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Namun kerajaan Barisan Nasional berjaya melaksanakan sistem tol pada kadar paling minima dan mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.

    Dianggarkan kos untuk mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada di Malaysia ketika ini akan menelan belanja antara RM50 billion hingga RM100 billion. Apa akan tejadi kepada syarikat-syarikat ini jika mereka menggunakan RM 100 bilion untuk mengambil alih kosensi ini dan tidak dibenarkan mengutip tol? Jawapannya mudah sekali - BANGKRAP!

    Jika kerajaan membeli kosensi ini bermakna RM 100 bilion akan lebur begitu sahaja. Ini bermakna separuh bajet negara akan dihabiskan untuk dibayar kepada syarikat swasta dan kerajaan tidak mampu memberi bonus, membuat infrastruktur baru dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik. 

    Jumlah ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan bagi  memberikan tol percuma semata-mata.  Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada tahun 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga dari jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

    Ini bermakna, jika ia dilaksanakan, defisit negara akan meningkat lebih 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia amat bertentangan dengan fokus Kerajaan Barisan Nasional untuk menurunkan kadar defisit negara kepada kadar 5.4 peratus daripada KDNK sedangkan perancangan Pakatan Rakyat adalah untuk menambahkan kadar defisit.

    Kos pengambilalihan konsesi lebuhraya di antara RM50 billion hingga RM100 billion itu juga belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuhraya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin- RM235 juta, kos pentadbiran-RM349 juta, melangsaikan hutang-RM410 juta.  Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuhraya akan menelan sekurang-kurangya RM2 billion setahun.

    Dalam memperkatakan isu pengambilalihan lebuhraya ini, perlu diingatkan juga bahawa pada tahun lalu kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang mengambil alih lebuhraya PLUS melalui Khazanah Berhad dan KWSP pada harga RM23 billion namun menyemak semula pelan berkenaan bagi mengelakkan kenaikan kadar tol di masa depan.

    Justeru, amat jelas membuktikan bahawa janji Pakatan Rakyat dalam hal berkaitan tol ini adalah suatu yang tidak tulen dan bukannya suatu inisiatif baru untuk memenangi hati rakyat. Ia jelas sekadar untuk memanipulasikan fakta sedia ada sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan wang KWSP untuk sebarang tujuan yang konkrit kerana ia adalah wang rakyat khusus untuk simpanan mereka dihari tua.

    Walaupun tidak menghapuskan tol secara menyeluruh, Kerajaan Barisan Nasional dari semasa ke semasa sentiasa mengambil kira beban rakyat akibat kadar tol lebuhraya. Justeru, beberapa langkah diambil untuk mengurangkan beban rakyat dan pada masa sama tidak menambah defisit negara. Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan kadar tol di Kampung Medan-Petaling Jaya Selatan daripada RM1.60 kepada RM1.

    Kerajaan juga sudah memberi perakuan bahawa tidak akan ada kenaikan tol dalam tempoh lima tahun lagi bagi empat lebuhraya PLUS manakala konsesi tol bagi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak Selatan dan Persilangan Taman Connaught Kuala Lumpur, akan ditamatkan berkuatkuasa Mei 2011.

    Berbeza dengan janji pihak pakatan pembangkang, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP dalam manifesto pilihanraya mereka telah berjanji untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang. Namun setelah dapat menubuhkan kerajaan, janji itu tidak dilaksanakan sehingga kini. Sememangnya jelas terbukti bahawa janji mereka itu sekadar janji populis tetapi amat mustahil untuk dilaksanakan. Akibatnya, rakyat yang ditipu.

    Cukai pintu pun tak boleh turun, inikan nak hapuskan semua tol. Ha!Ha! Ha!


    AMANAT 2 :

     PR tak mampu membalas hujah kelemahan Buku Jingga

    BN telah berkali-kali memberi amaran kepada rakyat tentang penipuan yang diedar secara rasmi melalui Buku Jingga.   Janji Buku Jingga tidak masuk akal, tidak original dan tidak bertanggungjawab.   Ianya dibuat tanpa kajian, tanpa penyelidikan, tanpa pengalaman dan tanpa pengetahuan mengenai pentadbiran negara dan ekonomi. 

    Janji Buku Jingga akan membangrapkan negara.  Dasar Buku Jingga bercanggah dengan dasar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.  Perubahan yang dibentangkan dalam Buku Jingga akan menghancurkan negara.  Buku Jingga adalah dokumen yang tidak boleh dipakai sepertimana pemimpin-pemimpin PR juga.
     
    Namun, PR tidak mahu mengalah dan terus cuba membela Buku Jingga mereka.  Dalam usaha membela Buku Jingga,  Harakah 11-14 April 2011 telah memaparkan tulisan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang cuba untuk menjustifikasikan relevansi Buku Jingga Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. 

    Ustaz Idris berhujah bahawa PR mampu menguruskan negara mengikut modul Buku Jingga kerana PR telah ada pengalaman menguruskan Kelantan selama 20 tahun!

    Katanya, Tok Guru Nik Aziz mampu mentadbir dengan amanah dan takwa sehingga rakyatnya cemerlang dunia dan akhirat.  Kononnya, walaupun kerajaan BN menindas dan menyekat projek di Kelantan, tetapi negeri tersebut tetap bernafas segar malah menjadi 'hambatan' kerajaan BN. 

    Ustaz Idris berkata pemimpin UMNO hairan hingga tepu memikir bagaimana Kelantan mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun dengan pendapatan terhad.  Ini katanya, menunjukkan yang PR tentu boleh berbuat lebih lagi jika memerintah negara dengan terdapatnya hasil minyak, balak, pasir, bijih, emas, sawit, getah dan mutiara. 

    Reaksi spontan penulis dan rakan-rakan yang kebetulan sama-sama membaca tulisan Ustaz Idris ialah ketawa terbahak-bahak. 

    Tertanya-tanya sama ada Ustaz Idris bergurau atau memang benar-benar berada di bawah tempurung?   Tidak mungkin dia begitu jahil dan tidak mungkin kulit mukanya begitu tebal sekali sehingga sanggup berhujah dengan sebegitu dangkal.  Pastinya dia tahu yang hujahnya dangkal bukan?

    Kelantan adalah negeri termundur di Malaysia, itu hakikat yang mana budak yang belum bersekolah juga mampu melihatnya.     Bagi menguatkan hujah ini, blogger OutSyedtheBox pernah membuat perbandingan antara Kelantan dengan Melaka, iaitu sebuah negeri yang kecil yang juga tidak mempunyai sumber semulajadi: 

    Butiran
    Sumber statistik
    Melaka
    Kelantan
    Kadar Kemiskinan
    (2009)
    0.5%
    4.8%
    Pendapatan bulanan isi rumah
    (2009)
    RM4,184
    RM2,536
    Kadar Pengangguran
    (Suku Ke 3 2010)
    0.8%
    3.2%
    Jumlah Pengangguran
    (Suku Ke 3 2010)
    2,400
    17,700
    Pertumbuhan KDNK/GDP
    (2010)
    7.0%
    5.1%
    Nilai KDNK
    (2010)
    RM19.43bil
    RM12.45bil
    KDNK per kapita
    (2010)
    RM25,185
    RM7,453
    Hasil Kutipan Jab Kastam
    (2010)
    RM1.6 bilion
    RM37.3 juta
    Hasil Kutipan Jab Imigresen
    (2010)
    RM57.3 juta
    RM13.2 juta
    Kelahiran Anak Tak Sah Taraf
    (2009)
    1,077
    1,221
    Penagih Dadah
    (2009)
    327
    1,902
    Keseluruhan Jenayah
    (2010)
    5,976
    7,900
    Penceraian Di Kalangan Muslim
    (2009)
    923
    2,478

    Perbandingan di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan adalah negeri yang gagal sepenuhnya.   Lihat saja bagaimana pendapatan per-kapita Kelantan terlalu amat rendah iaitu sekitar RM7,000 berbanding Melaka RM25,000. 

    Kelantan adalah bersempadan dengan Thailand, dan mempunyai banyak peluang untuk menarik pelancong, mahupun menjadi pusat perdagangan jika kerajaan PAS Kelantan punya sedikit kebijaksanaan untuk berfikir dan mentadbir.   Namun, peluang ini tidak pernah diteroka oleh kerajaan PAS Kelantan.  Kerana apa?  Kerana mereka tidak tahu apa-apa.  

    Oleh itu di mana asasnya hujah Ustaz Idris mengenai kehebatan pencapaian negeri Kelantan?   Apa ke jadahnya pemimpin UMNO memikir sehingga tepu untuk 'menghambat' apa yang dicapai oleh Kelantan?  Sedangkan Kelantan tidak mencapai apa-apa pun dari segi dunia mahupun ke arah akhirat jika dilihat dari statistik penagih dadah, anak luar nikah dan jenayah. 

    Inilah masalah pemimpin PAS yang  tidak tahu membaca statistik.  Bagaimana mengharapkan seorang yang buta angka untuk memerintah negara? 

    Dan ini pula adalah jawapan Ustaz Idris mengenai sumber pendapatan kerajaan PR untuk melaksanakan janji-janji Buku Jingga:   1.  Memastikan rasuah tidak berlaku, 2.  membatalkan subsidi kepada penjana elektrik dan 3.   Menghentikan bayaran kepada APCO

    Mudah sekali hujah Ustaz totok ini.  

    BN telah lama berperang dengan rasuah.  Pemimpin BN yang dikenali sebagai Bapa Rasuah Negara pun telah disepak keluar tetapi dikutip pula menjadi Ketua DeFacto PR.   BN tidak pernah membela atau menyembunyi kes rasuah pemimpinnya, seperti juga malah ramai yang telah disiasat mahupun dihukum secara adil oleh mahkamah Malaysia atas kesalahan mereka. 

    Namun, apabila SPRM menyiasat pemimpin DAP berbagai-bagai halangan dilancarkan terhadap SPRM untuk membantut dan menghalang siasatan.  SPRM diserang oleh pembangkang dengan gambaran tiada kredibiliti.  Apabila SPRM menyiasat kes rasuah berskala besar seperti kastam, sekali lagi pembangkang cuba membela pesalah dan menyerang integriti SPRM. 

    Apakah ini sikap seorang yang ingin membanteras rasuah?   Rasuah di dalam PR juga lebih hebat di mana dalam hanya 3 tahun memerintah begitu ramai pemimpin PR telah menjadi jutawan segera mengalahkan pemimpin BN yang telah lama memegang kuasa. 

    Jika belum menjadi kerajaan pusat sudah begitu korup, bagaimana agaknya kalau kuasa mutlak ada di tangan PR?  Apakah SPRM akan dihapuskan terus agar tidak menyiasat salahlaku mereka? 

    Ustaz Idris juga percaya, hanya dengan menghentikan bayaran subsidi kepada penjana elektrik maka wang RM19 billion itu mampu menanggung segala janji-janji PR yang lain.  Sedangkan menghentikan subsidi kepada syarikat swasta akan menyebabkan mereka menaikkan harga perkhidmatan dan barangan mereka.   Jadi, sebenarnya, syarikat tersebut tidak akan terjejas pun, malah pengguna yang akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk perkhidmatan dan barangan keperluan.    Ini adalah pelajaran asas ekonomi yang mana kita pasti Ustaz Idrus, mahupun bakal PM PR iaitu Anwar Ibrahim yang berkelulusan pengajian Melayu tidak pernah mempelajarinya. 

    Dan untuk pengetahuan Ustaz Idris dan pemimpin PR keseluruhannya, bayaran untuk APCO hanya berlaku kerana keperluan menjaga nama baik dan imej negara bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari segi pelaburan dan pelancongan memandangkan PR sering mengsabotaj nama negara sendiri di luar negara demi kepentingan peribadi.   Perbuatan pemimpin PR yang memburukkan negara sendiri di luar negara adalah perbuatan khianat yang mana mampu menjejaskan ekonomi sekali gus kehidupan rakyat negara ini. 

    Apapun bayaran kepada APCO sebagai perunding hubungan luar negara, adalah sebenarnya lambang pengkhianatan PR yang keterlaluan.   Terbukti kini segala tindakan kerajaan BN termasuk melantik APCO adalah bijak di mana ekonomi negara terus berkembang dan meningkat dengan begitu memberangsangkan.
     
    Buku Jingga menunjukkan yang PR memerlukan RM253.8 billion dalam tahun pertama pemerintahan PR.  Apakah dengan menghapuskan subsidi penjana elektrik, menghentikan bayaran APCO serta membanteras rasuah yang belum tentu akan dilakukan mereka akan membolehkan PR menjana pendapatan sebanyak itu? 
     
    Dalam masa 5 tahun, jumlah ini akan meningkat selaras dengan kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang dijanjikan oleh PR bagi jangkamasa tersebut.   Ini belum dikira variasi bajet yang mungkin berlaku akibat pengambilahan pengurusan tol, penambahan bayaran royalti kepada empat negeri dan lain-lain. 

    Kepada Ustaz Idris dan PR, mentadbir negara bukannya seperti mentadbir rumahtangga.  Sedangkan mentadbir rumahtangga juga pemimpin PR ramai yang caca marba.  Siapa tidak tahu yang ramai sekali pemimpin-pemimpin PR hidup dalam skandal termasuk skandal zina dengan isteri rakan, khalwat dengan isteri rakan, cabul anak murid, liwat lelaki jambu, menyimpan perempuan dan lelaki, melanggan pelacur dan sebagainya, maka bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk mentadbir negara?

    Namun, walaupun Ustaz Idris begitu 'megah' dengan kejayaan Kelantan, ada juga penyokong-penyokong 
    PAS yang berhujah bahawa kerajaan BN kejam kerana menganaktirikan Kelantan sehingga menjadi negeri paling  mundur dan miskin.  Justeru, yang mana satu yang benar di mata PAS?  Kelantan berjayakah atau gagal?

    Justeru, hanya ada satu kesimpulan di sini iaitu  PR tidak mampu membela Buku Jingga mereka sendiri. 

    AMANAT 3 :

    Manifesto 2008 VS Buku Jingga


    Pelancaran Buku Jingga pakatan rakyat adalah bukti bahawa pembangkang sebenarnya mengalami 'mati kutu' atau buntu dalam usaha untuk menonjolkan kredibiliti sendiri.   Kita berkata begini kerana Buku Jingga sebenarnya bukanlah satu dokumen rapi dasar parti, tetapi semata-mata merupakan 'buku janji' setaraf 'buku hutang 555' yang jelas sekali dibuat tanpa kajian menyeluruh dan penyelidikan mendalam. 
    Percetakan dan pengedarannya dibuat dengan begitu terburu-buru, mungkin kerana terdesak diasak oleh perbuatan sendiri yang sering terlibat dalam pelbagai skandal dan salahlaku. 

    Menyedari Manifesto 2008 mereka yang masih jauh dari tertunai, Buku Jingga diharapkan sebagai mampu melupuskan janji-janji terdahulu dengan membentangkan janji-janji baru.   Namun, tidak semudah itu rakyat diperdaya untuk menerima bulat-bulat segala janji di dalam Buku Jingga. 
    Bagi menjustifikasi janji-janji Buku Jingga ini eloklah kita bandingkan dengan apa yang terjadi dengan janji-jani Manifesto 2008.  Antara Manifesto 2008 Pakatan Rakyat ialah:

    Menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelak bencana seperti tanah runtuh dan banjir. 
    Namun, ternyata apa yang berlaku ialah alam sekitar semakin 'hancur' di dalam tangan Pakatan Rakyat. 
    Kerajaan PKR Selangor telah membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta.  Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri. 
    Para pekerja lombong haram ini juga seringkali berlagak samseng terhadap penduduk sekitar dan memandang sepi segala kritikan.  Ini disyaki kerana mereka mendapat perlindungan dari pihak kerajaan negeri sehingga membolehkan mereka bermaharajalela tanpa segan silu atau takut. 
    Di Kedah pula, pembalakan tidak bertanggungjawab berleluasa sehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir.  Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.
    Di dalam Buku Jingga, PR mengulangi janji mengenai  Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal. 
    Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaikan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar?

    Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman di Selangor sebanyak 20%
    Janji ini dilihat sebagai tidak masuk akal kerana ia pasti akan membebankan kerajaan negeri.   Seperti yang dijangka, selepas memenangi Pilihanraya, janji ini juga tidak ditunaikan malah lebih buruk, beberapa kawasan seperti Kg. Baru Bt 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan Ulu Yam telah menerima notis kenaikan cukai pintu bermula Julai 2010.
     
    Menurut Buku Jingga, PR berjanji akan berlaku adil dan telus serta mengurangkan beban rakyat dengan berbagai cara.  Namun bagaimana kerajaan yang terbukti  telah mungkir janji malah menipu rakyat boleh berlaku adil?
    Dengan kenaikan cukai pintu yang berlaku di Selangor selepas memenangi Pilihanraya walaupun berjanji akan mengurangkannya dalam Manifesto 2008, membuktikan yang janji dalam Buku Jingga juga hanyalah janji kosong belaka. 

    Bekalan 20 meter padu air percuma di Selangor
    Akibatnya, 35% kawasan di daerah Selangor menghadapi masalah bekalan air yang berkarat dan kotor kerana pemberian air percuma telah menjejaskan kos penyelenggaraan  serta tidak memungkinkan perkhidmatan sekali gus bekalan air yang sempurna kepada rakyat.   Sebahagian besar punca masalah ini ialah ketidakmampuan kerajaan PKR Selangor untuk menggantikan saluran paip baru walaupun mereka telah menelan ratusan juta dari kegiatan haram lain. 
    Pemberian air percuma ini sebenarnya telah meningkatkan hutang kerajaan negeri Selangor di mana dari tahun 2009 – 2011 sahaja hutang kerajaan negeri akibat subsidi air percuma berjumlah RM142.5 juta. 
    Di Kedah pula, kerajaan Kedah telah dengan selambanya menaikkan tariff air domestik sehingga 44% atau 10 sen per meter padu. 
    Pulau Pinang juga telah menaikkan tariff air sebanyak 25% atau 2 sen per meter padu atau RM2-RM5 sebulan) dengan bayaran surcharge sebanyak 24 sen pada 35,000 liter sebulan. 
    Buku Jingga sekali lagi mengulangi janji manis yang sama mengenai bekalan air dalam Program 100 hari PR.  Namun bagaimana rakyat boleh mempercayainya sedangkan setelah hampir 3 tahun memerintah, janji bukan sahaja hanya tinggal janji tetapi perkhidmatan semakin buruk dan harga air juga meningkat secara drastik. 

    PR berjanji akan menyelamatkan Kg Buah Pala, Pulau Pinang
    Ketika kempen PRU 12, Anwar Ibrahim berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Kg. Buah Pala dalam masa 2 minggu sahaja jika Pulau Pinang berjaya ditawan Pakatan Rakyat. 
    Namun, apa yang terakam dalam sejarah ialah masalah tidak selesai tetapi Kg. Buah Pala pula yang 'selesai' di tangan DAP.  Penduduk kampung hanya mampu melihat sahaja kampung tersebut dirobohkan tanpa belas kasihan oleh DAP. 
    Buku Jingga juga berjanji yang PR akan menubuhkan Perbadanan Perumahan, mengatasi masalah setinggan dan peneroka, menyediakan bantuan naik taraf rumah kos rendah dan PPR dan lain-lain lagi.
    Namun dari apa yang berlaku di Pulau Pinang, terutamanya Kg. Buah Pala yang mana janji dilafazkan dengan sumpah, maka seeloknya, Buku Jingga ini dibakar sahaja kerana sudah tentu janji kali ini juga bohong belaka.  Silap haribulan, rakyat bukan sahaja akan dihalau dari kampung malah akan dibebankan dengan kos perumahan yang lebih tinggi di bawah Pakatan Rakyat.  Ini tidak mustahil apabila melihat di negeri itu di mana setelah kampung-kampung Melayu dan India dihapuskan, kos perumahan di Pulau Pinang pula semakin meningkat.  Ini menjadikan pemilikan rumah adalah mustahil bagi rakyat yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya kaum India dan Melayu.

    Janji DAP untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang (RM7) dan tol Sg. Nyior (50 sen)
    Akhirnya janji tinggal janji, tol tetap di situ dan DAP langsung terlupa yang mereka pernah berjanji sedemikian.   
    Untuk makluman, Buku Jingga juga menekankan soal penghapusan tol. 
    Jika persoalan ekonomi dalam Buku Jingga diambil kira iaitu termasuk dengan penghapusan tol, kerajaan pusat akan mengalami defisit dalam belanjawan negara sebanyak RM199.0 billion – RM253.8 billion atau 27.% - 35.1% dalam tahun 2011 sahaja. 
    Jelas di sini bahawa janji mengenai tol di dalam Manifesto 2008 mahupun Buku Jingga dibuat tanpa menggunakan akal kerana PR langsung tidak berniat untuk menepatinya. 

    Janji DAP untuk menghapuskan bayaran parkir pada hari Sabtu dan Ahad
    Janji ini bukan sahaja tidak ditepati, malah DAP juga telah membebankan lagi rakyat dengan memanjangkan tempoh pembayaran parkir dari waktu asal 8.00 pg - 5.00 ptg kepada 8.00 pg – 12.00 mlm. 
    Sebenarnya, soalnya di sini bukanlah soal parkir semata-mata tetapi soal ketidakupayaan kerajaan PR untuk menjana ekonomi. 
    Mereka hanya tahu mencari wang dan bukannya menjana pendapatan negeri.  Kerana itulah mereka cuba meraih pendapatan tunai secara langsung melalui rakyat marhaen seperti melalui bayaran parkir. 
    Senario yang sama boleh dilihat juga dalam kerajaan PAS Kedah yang terang-terangan mengakui tidak tahu cara lain untuk menyelesaikan masalah hutang berkaitan isu air, maka segala kos diletakkan di bahu rakyat Kedah dengan menaikkan kadar tariff air.  Begitu juga dengan balak, apabila disoal kenapa ia masih berleluasa, jawapannya ialah kerana ketiadaan sumber ekonomi yang lain.
    Sehingga hari ini, hampir 100% pelaburan yang masuk ke negeri-negeri PR adalah hasil titik peluh kerajaan BN Pusat sekarang. 
    Walaupun terbukti tidak berupaya menjana ekonomi, Buku Jingga bagaimanapun membuat janji-janji yang lebih besar dari segi ekonomi.  Antaranya, meningkatkan pendapatan isi rumah, memberi skim bantuan dan kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal, 'air percuma' dan berbagai-bagai lagi.
    Fikirkanlah, sedangkan janji mudah seperti parkir di dalam Manifesto 2008 juga tidak mampu ditunaikan, bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk menunaikan janji yang jauh lebih besar dalam Buku Jingga ini?  

    Ini hanyalah  sebahagian dari kupasan ringkas mengenai janji dalam Manifesto 2008 jika dibandingkan dengan Buku Jingga.  Tetapi sebahagian yang ringkas ini juga sudah cukup untuk membuktikan yang Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak punya nilai langsung.   Justeru, adalah disarankan agar kalau tidak dibakar Buku Jingga ini, harus ia dijadikan sampah untuk dikitar semula sahaja.  Sekurang-kurangnya dengan cara itu boleh juga memberi faedah kepada rakyat dan alam sekitar.  

    Pengikut