Rabu, 11 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Jom Join Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan

Posted: 11 Jul 2012 10:16 PM PDT


Kepada Pemuda, Puteri Barisan Nasional dan juga NGO-NGO serta tidak kira tua atau muda yang menyokong Barisan Nasional, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan. Butiran seperti di bawah.

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7:30 Pagi - 2:00 Petang
Tempat : Grandballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri semasa hari tersebut atau boleh mendaftarkan diri secara online dengan menyediakan butiran seperti di bawah.

Nama Penuh :
No Kad Pengenalan :
No Telefon :
Fb / Twitter / Blog :
Size Baju :

Emelkan kepada : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Hadiah bertuah menanti anda.

PRU 13: DAP Bertanding 89 Kerusi - Sekaligus PM? @umbkl

Posted: 11 Jul 2012 03:44 AM PDT

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

60 Dalil Kenapa DAP Patut Ditolak Bah 3 @umbkl @mediaumno #bn4wp

Posted: 10 Jul 2012 11:30 PM PDT

41) Lim Kit Siang dan Karpal Singh membela Namawee habis - habisan dengan mengatakan " Is the three minutes video by rapper Wee seditious? I would say no" Kenyataan Kit Siang dalam The Malaysian Insider pada 4 september 2010. Pada 5 September pula Karpal Singh berkata Namawee tidak sepatutnya ditahan di bawah Akta Hasutan kerana bertindak menghasilkan video berunsur provokasi. Jelas DAP membela habis-habisan Namawee walaupun pemuda ini terang-terangan bersifat rasis!

42) Pada 27 Mei 2008 Kit Siang cuba memansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia" yang kononnya lebih adil, tetapi selari dengan agenda Malaysia Malaysian yang dimahukan oleh DAP. Ini lagi satu bukti Kit Siang anti MELAYU.

43) Pada 1 Julai 2010 sebanyak 16 buah rumah orang Melayu di Pokok Asam Pulau Pinang dirobohkan untuk dibina kediaman bernilai RM800,000 sebuah. Setiap satu lot yang dirobohkan diberi pampasan hanya RM75,000, sedangkan setiap satu lot ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang menjadi mangsa.Tidak cukup dengan itu Kafe Do Re Mi dan Medan Ikan Bakar Gold Coast juga dirobohkan. Tindakan terancang DAP mengusir orang Melayu.

44) Pada 10 Ogos 2010 peniaga bazar dilarang untuk berniaga di kawasan bangunan KOMTAR oleh kerajaan DAP. DAP halang orang Islam berniaga pada bulan Ramadhan, tetapi peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

45) Penduduk Kg.Buah Pala marah Lim Guan Eng "Adakah permintaan itu banyak sangat?Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi mereka, maka Lim harus letak jawatan dan balik ke negeri Melaka". Kata seorang penduduk Kg. Buah Pala Mereka marah kerana Lim Guan Eng tidak mahu melayan akan permintaan agar tanah 23 buah keluarga tidak diambil pemaju. Guan Eng sekali lagi menipu penduduk di kawasan tersebut.Ketika kempen PRU 12.Mereka BERJANJI untuk menyelamatkan Kg.Buah Pala.Tapi selepas memerintah rayuan penduduk India tidak di ambil peduli oleh Lim Guan Eng.

46) Pada 15 Oktober 2010 selepas solat Jumaat, penduduk mengadakan demo untuk menuntut hak lot 21/22 tanah kubur orang Islam supaya tidak dimajukan. Namun kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sedikit pun memperdulikan rayuan berkenaan walaupun ada penduduk yang menghalang kereta yang dinaiki oleh Lim Guan Eng dan merayu kepadanya.DAP RAMPAS TANAH KUBUR ORANG ISLAM UNTUK KRONI!

47) Pada 16 Februari 2009 seramai 80 peniaga di Batu Ferringhi menerima notis dari kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merobohkan perniagaan mereka yang diusahakan sejak 30 tahun. DAP usir peniaga Melayu keluar dari Pulau.

48) Pada 15 Ogos 2010 kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanahseluas 81 hektar di Pondek Opeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina Kampus Universiti NANYANG. DAP halau orang Melayu semata-mata ingin membina cawangan Universiti dari Singapura. Bukti Jelas DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai "Singapura Kedua".

49) Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. Guan Eng langkah gambar wakil rakyat Melayu sambil berkata "They are too dirty to me even step on". Maksudnya wakil rakyat orang Melayu ini sangat kotor baginya.

50) Kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani oleh barua mereka iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Datuk Muhammad Yusoff Wazir untuk membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Satu tindakan yang tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Gerakan/BN.

51) Pada 26 June 2008, Guan Eng sedang bermain bola di halaman rumahnya Seri Teratai bersama dengan anak dan isterinya Betty Chew. Setahun selepas itu Guan Eng didapati tidak mahu lagi tinggal di situ.Guan Eng telah berpindah ke banglo yang lebih mewah di no.25 Jalan Pinhorn. Katanya Seri Teratai ada anai-anai, semut api dan musang. Maka berbelanjalah Guan Eng ratusan ribu ringgit untuk mengubahsuai banglo mewah di Jalan Pinhorm.Guan Eng bazirkan duit rakyat demi keselesaan beliau.Rumah orang Melayu dan penduduk India Kg.Buah Pala dirobohkan tapi rumah Guan Eng dibaiki? Tindakan ini sama seperti dilakukan Yahudi halau penduduk Palestin.

52) Surat bertarikh 9 Julai 2010 mendedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang menerima hasil judi lumba kuda. Faridah Hani bt. M. Yaacob (S/U Sulit Guan Eng) telah diarahkan oleh Guan Eng untuk menulis surat makluman kepada En.Loew Khin Ming (Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Batu Gantung Road) berhubung penerimaan RM500,000 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang. DAP ambil setengah juta duit judi untuk diberikan kepada rakyat Pulau Pinang. DAP raih simpati rakyat Penang dengan duit judi!

53) The Star bertarikh 5 Mei 2008 di halaman 27 melaporkan Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak untuk memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Karpal cuba pertikai kuasa Sultan. Dan sekarang mereka ingin kembalikan kuasa Sultan di Selangor? Satu pembohongan besar!

54) Pada 27 June 2008 dengan dipengaruhi oleh DAP, Nizar Jamaluddin ketika menggulung usul Dewan Undangan Negeri Perak bercadang memberi status hak milik kekal selama 999 kepada penduduk yang mendiami kampung baru. CINA BINTANG 3 MAJORITI PENDUDUK KAMPUNG BARU!

55) DAP pertahankan kandang babi haram di Melaka. Mereka hadir satu keluarga untuk memberi sokongan penuh menghalang pihak berkuasa robohkan kandang babi tersebut. Teresa Kok, Betty Chew, Kit Siang dan Guan Eng hadir pertahankan kandang babi haram. Mereka roboh rumah penduduk tetapi kandang babi dipertahankan?

56) Pada 28 November 2005 Teresa Kok menuduh seorang wanita cina dipaksa ketuk ketampi di lokap Polis. Bila disiasat rupanya wanita itu adalah Melayu.DAP sengaja cetuskan isu perkauman untuk memaksa masyarakat cina benci kepada Polis.

57) Pada 14 Februari 2008, Teresa Kok menunjukkan rasa tidak senang dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. Teresa bersama kumpulan penyokong DAP membantah cadangan DBKL untuk meletakkan papan tanda bertulis Jawi dan Melayu. DAP anti tulisan jawi yang digunakan dalam Al-Quran.

58) Pada 27 Februari 2009 Dr. Boo Cheng Han ADUN DAP Skuadai telah menyamakan amalam 'bumiputeraisme' dengan apartied di Afrika Selatan. DAP mahu dasar yang membantu bumiputera.

59) Pada 2 Mei 2010 Jalan Barat yang cuba ditukar nama kepada Jalan Dr. V David kononnya sempena hari pekerja. Sebenarnya mereka cuba mengagungkan DAP, V David adalah bekas pemimpin DAP. Tindakan ini mendapat bantahan ramai pihak dan disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

60) Pada 20 November 2010 Teresa Kok mempertikaikan kenapa kerajaan membina istana baru sedangkan Istana yang besar sudah ada di Putrajaya, serangan ini diteruskan pula oleh Lim Lip Eng MP DAP Segambut pada 22 Julai 2010 dengan mengemukakan gambar kononnya kanak-kanak tinggal di tapak pembinaan Istana Baru. DAP lagi sekali pertikai Institusi Raja-Raja.

Pengikut