Isnin, 2 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Parti Pembangkang Ibarat Saudagar Janji @umbkl

Posted: 02 Jul 2012 01:00 AM PDT


KULIM – Parti pembangkang boleh dikategorikan sebagai 'saudagar janji' kerana terlalu banyak membuat janji kepada rakyat tetapi tidak pernah menunaikan kebanyakan janji tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi pembangkang tersebut berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat menepati janji.

"Antara janji yang gagal pembangkang laksanakan seperti kerajaan Selangor tidak menunaikan janji memberi RM100 kepada rakyat negeri itu yang berusia 60 tahun ke atas malah menjual banyak aset miliknya.

"Kerajaan Kedah pula memperkenal Skim Kafalah iaitu bantuan RM500 kepada keluarga simati dan mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat dan membina Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berharga RM330 juta sedangkan semua itu lebih awal dilaksanakan kerajaan BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, beliau meminta rakyat mempunyai yang nasional dan adil keatas kerajaan BN yang menepati janji berbeza dengan pakatan pembangkang ibarat 'saudagar janji.'

Memberi contoh lain, kata beliau, Kerajaan Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.

Tetapi, katanya, dalam tempoh sama kerajaan negeri Kelantan hanya menyumbang hasil pendapatan berjumlah RM300 juta kepada kerajaan persekutuan

Sumber: MYNEWSHUB

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


TIGA USUL DI LULUSKAN DI PERSIDANGAN UMNO Bahagian Cheras

Posted: 01 Jul 2012 07:58 PM PDT

PERSIDANGAN Tahunan UMNO Bahagian Cheras hari ini telah meluluskan Tiga (3) usul tanpa dibahas, sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Haji Md. Nasir Ghani merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras di Persidangan UMNO Bahagian Cheras, semalam. 

ketiga-tiga usul tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO Malaysia.

Berikut ialah usul yang diluluskan tanpa bahas oleh para perwakilan UMNO Bahagian Cheras:-

1. Pembelaan Nasib Generasi Kedua Penduduk Setinggan Wilayah Persekutuan  
Usul dari : UMNO Cawangan Pasar Pudu

Menyedari wujudnya pelbagai masalah sosial, kemudahan pembelajaran, setinggan dan ekonomi warga kota kesan daripada penghijrahan generasi pertama meneroka kehidupan di Kuala Lumpur, maka Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar disarankan supaya memberi perhatian terhadap perkara tersebut :

1.1. Mengadakan satu geran khas untuk pembelajaran anak-anak generasi ketiga penduduk setinggan dalam bentuk biasiswa.


1.2 Mengadakan satu geran khas untuk generasi kedua dan ketiga penduduk setinggan yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan.

1.3. Memberi keistimewaan dan keutamaanm seperti lesen perniagaan, permit teksi, lot-lot perniagaan dan sebagainya.

1.4. Mewujudkan satu koperasi berdasarkan kepada bekas kampung-kampung setinggan asal mereka.

1.5. Mengadakan rawatan percuma kepada generasi pertama penduduk setinggan.

1.6. Pertahankan hak-hak harta Melayu, DAN

1.7 Tanah rezab Melayu di Kuala Lumpur hendaklah ditambah demi kepentingan penduduk di Kuala Lumpur.

2. Sikap Biadab Pelajar Malaysia di Luar Negara Terhadap Kerajaan Dan Perdana Menteri 
Usul dari : UMNO Cawangan Jalan Menteri

Menyuarakan bantahan dan kekesalan terhadap sikap pelajar-pelajar Malaysuia di luar negara yang biadap dan kurang ajar dengan sengaja melakukan gangguan semasa Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap pada satu majlis di London, baru-baru ini.

Dengan ini, usul telah dicapai bagi mendesak Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pelajarabn mengambil pendekatan dengan menziarahi pelajar-pelajar berkenaan.

3. Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung Pemilihan Calon Untuk Bertanding Pada PRU ke-13 
Usul dari : UMNO Bahagian
Mencadangkan kesemua 191 Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kepimpinan Empat Peringkat di seluruh negara, mengadakan ikrar taat setia secara bertulis berhubung calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ikrar bertulis ini sebagai pengakuan dan bukti bahawa mereka akur dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti, demi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Kesedaran ini dibuat sebagai kesinambungan kepada ikrar yang dilafazkan oleh seluruh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para perwakilan UMNO pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, di Dewan Merdeka, PWTC, pada tahun 2011.

Ikrar berulis yang diusulkan oleh UMNO Bahagian Cheras dengan menekankan kepada ikrar taat setia kepada parti, patuh dan akur terhadap keputusan pucuk pimpinan, tidak akan melakukan aktiviti, kegiatan atau tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai khianat dan mensabotaj parti.

Ikrar itu penting kerana :

* Bagi mengelak mana-mana pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon tidak akan berpaling tadah atau menikam daripada belakang.

* Bagi memastikan bilik-bilik gerakan dan pusat semakan pengundi sentiasa aktif.

* Bagi menjamin segala maklumat, gerakkerja termasuk dana pilihan raya sampai ke bilik gerakan dan jentera pilihan raya.

* Bagi menjamin setiap pemimpin dan ahli-ahli parti sentiasa berpegang kepada ikrar dan rasa bertanggungjawab kepada parti.

Ikrar yang dibuat secara bertulis itu akan dijadikan bukti sejauhmana keberkesanan dan sikap amanah ahli-ahli terhadap perjuangan parti walaupun tidak terpilih sebagai calon pilihan raya.

Malah diyakini ikrar bertulis akan lebih efisyen dan relevan bagi menjamin parti sentiasa kukuh dan tidak dikhianati oleh golongan tertentu.


Pesanan Puteri : Terimakasih kepada semua perwakilan dan Ahli Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah hadir di Persidangan UMNO Bahagian Cheras. Jutaan terimakasih atas sokongan dan komitmen perwakilan dan ahli - ahli kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Pengikut