Jumaat, 22 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


PKR Semakin Terdesak, PM @NajibRazak Steady! Cc. @mediaumno @umbkl #bn4wp #VoteBN

Posted: 22 Jun 2012 08:48 PM PDT

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

FIQH Mentaati Pemimpin: Pengajaran Untuk Penganut PAS Tegar @umbkl #bn4wp

Posted: 22 Jun 2012 05:54 AM PDT

Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri.    Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat. 

Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan.  Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.  

Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama. 

Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri.   Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian  mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun.  Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.  

Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.   

Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan.   Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan.

Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai 'pemilik mutlak' agama Islam.   

Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut?  Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka? 

Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut.

Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka.  Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.  

Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji.  Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti.  Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri. 

Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz.  Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan.  Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah. 

Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.   Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan.   Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Lepas satu..satuuu

Posted: 22 Jun 2012 03:45 AM PDT


http://www.mysuara.net/exco-selangor-disaman-disaman/





PM ke Kuala Langat..rakyat senang hati..pembangkang panas hati

Posted: 21 Jun 2012 09:40 PM PDT



23 jun 2012,merupakan tarikh yang amat penting dan dinanti-nantikan oleh warga Kuala Langat..manakan tidak,pemimpin no 1 negara akan turun ke daerah kuala langat...bagi melancarkan Program PDK Ku Sihat peringkat kebangsaan,di Perkampungan Budaya,Pulau Carey..Ketua serta AJK PUcTD ingin mengucapkan selamat datang kepada Dato Seri serta jemaah menteri yang hadir esok ke Daerah Kuala Langat dan kami amat berbesar hati dengan kehadiran Dato Seri ini.
Namun..ada pihak yang tidak begitu senang dengan kehadiran PM esok..ada pihak telah cuba mensabotaj program esok hingga sanggup mengarahkan pihak berkuasa tempatan menurunkan banner-banner yang telah digantung..kerana apa ya..kelihatan puak-puak ini takut benar dengan cara PM dekati rakyat..kerana mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendirilah tu..kan tak elok tu..tak percaya.lihat gambar yang team puctd ambil..



opssss membuka banner...kerja sapa dan arahan siapa ni.

Pengikut