Khamis, 14 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Alhamdulilah Allah Bersama Perjuangan UMNO #bn4wp @umbkl @mediaumno

Posted: 14 Jun 2012 10:19 PM PDT


Semalam sekali lagi YAB Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja ke Parlimen Bdr Tun Razak. Apa yang bestnya, tahun ini saja sudah lebih 2x YAB TPM mengadakan lawatan ke Bdr Tun Razak. Yang menyedihkan lagi, di manakah Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak menyambut kedatangan YAB TPM di Bdr Tun Razak?? Inikah sikap baik yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin??

Lawatan YAB TPM semalam di Bdr Tun Razak bermula dengan sesi soal jawab bersama Persatuan NGO di Institut Latihan DBKL. Selepas menunaikan Solat Zohor di Surau Kg Malaysia Raya, YAB TPM meluangkan masa sebentar menjamu selera bersama penduduk Kg Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.



Ada beberapa permohonan daripada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan, antaranya memohon untuk memanjangkan tempoh pemilikan tanah yang diduduki mereka sekarang. Menariknya, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh TPM secara tak rasminya. Selepas itu, YAB TPM ke Pekan Sg. Besi untuk mendengar taklimat pembangunan Masjid Jame' Ibnu Khaldun.

Persoalannya yang GR ingin utarakan kepada Ahli Parlimen Bdr Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap kenapa tidak pernah turun padang bertemu rakyat. Kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa bersama rakyat di Bdr Tun Razak?? Baca selanjutnya di GOSSIP RAKYAT



SP: Alhamdulilah Allah bersama perjuangan UMNO........

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KISAH BOMOH DALAM PARLIMEN...

Posted: 14 Jun 2012 06:16 AM PDT


 Dewan Gamat Kisah Bomoh


KUALA LUMPUR: Gelagat beberapa anggota Parlimen yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Datuk Bung Moktar Radin(BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.
"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh...ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron(BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan(Pindaan)2012.
Dakwaan Bung menarik perhatian Datuk Halimah Mohd Sadique(BN-Tenggara) yang bangkit menyangkal kenyataan itu kerana menyifatkannya tidak berasas.
"Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat pasal wanita teramai guna bomoh...Yang Berhormat ada buat kajian kah? "Saya rasa sekarang sementara menunggu perdana menteri umum tarikh pilihan raya, paling ramai kaumlelaki yang jumpa bomoh," sindirnya yang mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir.
Cuba mempertahan pandangannya, Bung Moktar berkata dakwaan itu berdasarkan banyaknya laporan media yang mengaitkan kaum wanita dengan kegiatan bomoh.
"Kalau Yang Berhormat tak percaya boleh langgan Harian Metro yang banyak selongkar masalah ini...itu yang saya buat sebagai rujukan," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.
Perselisihan pendapat antara kedua-dua anggota Parlimen itu diredakan Idris yang mengakui tidak boleh berpihak kepada mana-mana rakannya, tetapi sempat mengusik Bung Moktar.
"Yang Berhormat Kinabatangan pernah kena bomoh ke? Tetapi rasanya tak pernah sebab itu yang berhormat sentiasa berdiri tegak menyatakan pendapat di sini," katanya.
Bagaimanapun kesemua anggota Parlimen itu sependapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal aktiviti dan perkhidmatan bomoh untuk membendung aktiviti bomoh penipu. Anggota Parlimen itu turut meminta kerajaan memantau percambahan pusat-pusat kecantikan yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan kesihatan, termasuk pembedahan kecantikan sejak kebelakangan ini.
Persidangan dewan disambung Isnin. - BERNAMA

AHLI PAS BONGKAR 17 SEBAB MEREKA TINGGALKAN PAS..!!!

Posted: 14 Jun 2012 06:10 AM PDT

1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan.

2. Kerana Anwar, PAS terpaksa liberalkan syariat Islam.

3. Kerana Anwar, PAS terpaksa tukar nama Islam kepada Kebajikan.

4. Kerana Anwar, PAS terpaksa Sembunyikan segala Kebenaran (Hak).

5. Kerana Anwar, PAS terpaksa bersubahat dalam perkara2 yang jelas Haram dlm Islam.

6. Kerana Anwar, PAS terpaksa buang Hasan Ali yang komited perjuangan Islam. PAS terpaksa tutup mata dengan pejuang/penggerak murtad dan penjualan arak bebas.

7. Kerana Anwar, PAS terpaksa sorok Kenyataan. Terpaksa fikir beratus kali sebelum keluar kenyataan kerana takut terjejas peluang RMK PRU13.

8. Kerana Anwar, PAS terpaksa Halalkan Bohong. Bohong menjadi amalan sunat dlm PAS.

9. Kerana Anwar, PAS terpaksa belajar & amal cara melakukan Fitnah terhadap lawan politik.

10. Kerana Anwar, PAS terpaksa lakukan banyak Pendustaan dalam agama Islam.

11. Kerana Anwar jugalah, Tembelang perjuangan Islam PAS banyak pecah.

12. Kerana Anwar juga, Keikhlasan perjuangan Islam PAS mula menjadi pertikaian umum.

13. Kerana Anwar jugalah, ahli PAS yang benar2 ikhlas, sudah mula persoal perjuangan pemimpin PAS.

14. Kerana Anwar, PAS menjadi lunak dengan Israel dan lunak juga dengan nasib rakyat Palestin.  

15. Kerana Anwar, PAS tidak lagi benci sangat dengan Liwat, Zina, Seks Bebas, Arak dan Judi.

16. Kerana Anwar, PAS terpaksa membiasakan diri dengan majlis-majlis yang dibuat di restoren-restoren cina dan makan minum pakai gelas dan pinggan cina dan terpaksa juga telan makanan hidangan cina. "Kebersihan" bukan lagi menjadi persoalan.

17. Kerana Anwar, pemimpin PAS yang masih ada rasa takut dan malu pada Tuhan, terpaksa banyak Beristighfar dan melakukan Sembahyang Taubat apabila;

i) Setiap kali balik dari majlis santapan hidangan DAP.

ii) Terpaksa mempertahankan tingkah laku akhlak jijik Anwar. Dan terpaksa mempertahankan kenyataan para pemimpin DAP yang banyak bertentangan dengan Islam.

iii) Terpaksa korbankan Hasan Ali.

iv) Terpaksa buat "TAK TAHU" dalam kes-kes seperti Eli Wong yang bersekedukan dengan orang Muslim. Apa-apa pun PAS sudah jadi HamPAS

NIZAR UNTUNG BESAR - PAS JOHOR RUGI BESAR.

Posted: 14 Jun 2012 05:31 AM PDT


PAS Johor akan alami kerugian besar - Puad

Pas Negeri Johor diramal akan mengalami kerugian besar berbanding rakan sekutunya DAP sekiranya meneruskan pakatan bersama parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas berkemungkinan menghadapi kerugian berikutan isu perpecahan dan pergolakan yang berlaku di dalam DAP yang boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua parti itu mula goyah.

"Kita dapat lihat pada masa ini dalam DAP sendiri sedang berlaku perpecahan dalam hal untuk menentukan pemimpin yang akan mengetuai parti itu di negeri ini.

"Pergolakan yang berlaku bukan sahaja memberi kesan terhadap keyakinan rakyat tetapi juga dari segi undian. Akhirnya sudah tentu menyebabkan kerugian kepada Pas yang merancang meletakkan calon pilihannya sebagai Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pangsapuri The Senai Garden, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, barisan kepimpinan Umno telah bersiap sedia menghadapi PRU13 dan sedang menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan peti undi.

"Kita telah jalankan beberapa prosedur sebagai persediaan menghadapi PRU kali ini, antaranya dengan menjalankan kajian sikap di kawasan-kawasan peti undi.



"Selain itu, kita juga sudah mengenal pasti pengundi sebenar di satu-satu kawasan dengan membuat pemetaan lokasi.

"Kita juga turut mengadakan lawatan turun padang untuk menyelesaikan masalah yang timbul di kawasan peti undi," katanya.

Mohd Puad berkata, beliau yakin Barisan Nasional dan Umno akan berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri ini berdasarkan sokongan rakyat dan persediaan yang telah dilakukan jentera pilihan raya parti itu.

DAULAT TUANKU.....

Posted: 14 Jun 2012 05:25 AM PDT


Sultan Johor ingatkan pemimpin hati-hati bercakap


NUSAJAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.
Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?

Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

Pepatah Melayu

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.

- Bernama

BACA NIE.....

Posted: 14 Jun 2012 05:22 AM PDT


ANWAR TRAINS PLURALISM GUERRILLA IN INDONESIA?

E-mailPrintPDF
AddThis Social Bookmark Button
Anwar Trains Pluralism Guerrilla In Indonesia?


Perhaps many do not realize the existence of this small newspaper, 'Malaysia Harini', but the frontpage of the newspaper for the issue of June 11-25, 2012 needs to be given attention.

The story in its frontpage entitled 'Utan Kayu markas lahir gerila anwar?' (Utan Kayu is The Headquarter Of Anwar's Guerilla?) revealed how students are trained to get into the public sector as spies to gain information. They are also responsible in spreading liberalism and pluralism among the society. Their main objective at the headquarter is to bring down the government and all of their understandings.

According to the newspaper, Anwar had recruited many of our young generation, especially students, are sent to Utan Kayu to undergo its trainings.

In short, liberal understanding, seen as openness in putting human rights, which is human lust and want as something that is far more important that culture, religion or even the nature of things. In certain matter, they also use their 'rights' to go against majority by organizing demonstration and riots.

Pluralism in the other hand, refers to the belief that all religion are at the same status. So, Muslims, for example, can say their prayers just about anywhere even if it is in a temple or the church. Besides that, everyone can refer their prayers to Allah S.W.T or even to Jesus or others.

The Utan Kayu Komunitas is led by Tempo's newspaper writer, Goenawan Mohamad, Suara Pembaharuan newspaper writer, Ristides Katoppo, LIPI Observer, Moehtar Pabottinggi, Radio Mara's Senior Journalist, Mohamad Sunjaya, UGM's Communications Officer, Ashadi Siregar and a few other reporters in Indonesia.

Press freedom that rises right after the fall of President Seoharto had open an open road for this group to go active. It makes it easier for them to omre around in politics, the leader of Komunitas Utan Kayu had formed an institute known as Institut Studi Arus Informasi (ISAI) where they are responsible in publishing political books which expands the network of alternative journalists.

Just like any other liberal agents in Malaysia such as Malaysiakini, SUARAM and a whole load of others where they are sponsored by NED and NDI, a complex connection under CIA, Tempo magazine also received aid from The Asia Foundation from the same network. Through the same fund, that is how Goenawan managed to establish Komunitas Utan Kayu and Komunitas Salihara, a Liberal Islamic and LGBT Centre, which Anwar was invited to give a special speech.

The founder of The Asia Foundation for the South East Asia region is Dr. Surin Pitsuwan, a former Thailand Foreign Minister who is also Anwar's friend.

Surin graduated from Harvard, the first Thailand Muslim who is pro neo-con that he was given a Fellowship from the The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University and American University, Cairo. The role of The Asia Foundation is to sponsor islamic understanding which is pro-West or liberal.

Other than Anwar giving the speech at Komunitas Salihara, Goenawan also invited Aminah Wadud, a liberal Muslim who leads Friday prayers in America to give a speech there. Perhaps many have forgotten that when Anwar was the the President of Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), he did appoint Aminah Wadud as one of the lecturers of the university from 1989 – 1993.
Few others who were invited to Komunitas Salihara would be Musdah Mulia, a Liberal Muslim who is actively supporting LGBT.
Besides Komunitas Salihara, Goenawan also fights for LGBT through Lontar Foundation and Tifa Foundation.

The similarities between Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan and Anwar Ibrahim would be the fact that they are few Muslims who are praised by the West as they fight for freedom, human rights and a few other things.

For raising up controversies among Muslims, Aminah Wadud received the Danish Democracy Prize. Musdah Mulia received the US State Department's International Women of Courage Award for defending LGBT. Anwar is given a few high position in a few organization in the network of Neo-con and Goenawan received the Dan David Prize from Tel Aviv University, Israel. Even Israel's newspaper, Haaretsz also reported that he was given USD250,000 for the award.

The fact is, such prizes and award that were given to them are all due to such destruction that they had made to Muslims.
In Malaysia, few of those who received that kind of award from West include Ambiga Sreevanesan for her fight for LGBT.

Thus, if any readers out there still have doubt on the fact that there are organizations who want to break Islam, they should look upon the Quran which stated "And never will the Jews or the Christians approve of you until you follow their religion" (al Baqarah verse 120).

Allah do not lie. The truth from Quran is now right in front of our eyes. Perhaps Malaysian student are easily influenced to hate and cause riot without any reason. They should evaluate matters first before they ruin themselves and their society.

The government should not take this matter lightly. We hope that the government would take action against these neo-con  agents in our country

RANCANGAN PEMBANGKANG UNTUK MENANG PRU 13.

Posted: 14 Jun 2012 05:12 AM PDT

Pendedahan Rancangan Yang Dilakukan PKR yang rakyat Malaysia perlu tahu:


"Gambar hasil superimpose Tian Chua PKR"

Step 1:
- Najib Razak mesti dibunuh peribadinya agar rakyat tidak menyukai dan membencinya. Maka serangan keatas Najib Razak digunakan dengan bermacam macam cara agar rakyat melihat Najib Razak sebagai satu pemimpin yang rosak dan tidak berkreabiliti.

Step 2:
- Rekayasa cerita Najib Razak yang mempunyai skandal dengan Altantuya dan kemudiannya mati dibunuh kerana mahukan Komisyen Kapal Selam. Ini dilakukan bagi terus mematikan langkah Najib Razak dalam memimpin negara.


"Fitnah berterusan dari pembangkang"

Step 3:
- kaitkan Bom C4 yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya dengan Najib Razak kerana waktu itu Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan. Wujudkan satu kombinasi yang mana hanya Pihak Tentera sahaja mempunyai aksess kepada Bom C 4 walaupun umum mengetahui pihak Polis dan pengganas juga boleh sampai kepada aksess menggunakan Bom C 4.


"Fitnah PKR"

Step 4:
- Lebih tragis jika dimasukkan elemen bahawa Altantuya mengandungkan anak Najib Razak dan kerana itulah Najib Razak mengebom Altantuya agar anak didalam kandungan juga mati hancur berkecai.


"Rekayasa Jalan Cerita Fitnah Pakatan"

Step 5:
- Kurang berkesan Fitnah keatas Najib Razak kerana dikatakan membunuh Altantuya lalu dikaitkan pula dengan Rosmah Mansur isteri Najib Razak yang mana diupah orang tertentu menyatakan yang membunuh Altantuya adalah Rosmah Mansur akibat cemburu Najib Razak mempunyai skandal wanita Mongolia. (Skrip ini termasuklah Bala, Raja Petra dan lain lain yang menokok tambah cerita menjadi lebih sedap)


"Terus Menfitnah"

Step 6: 
- Isu Scorpene mesti ditanam dalam minda rakyat agar kekal sentiasa, maka isu Kapal Selam Scorpene tidak boleh menyelam dimainkan bertalu talu setelah fitnah keatas Najib Razak dan Rosmah Mansor gagal.


"Meraih Simpati"

Step 7:
- Simpati dari bapa Altantuya dibawa sampai ke Parlimen yang menunjukkan benar benar lah Najib Razak terlibat dalam pembunuhan tersebut atas faktor komisyen Kapal Selam. Hakikatnya Bapa Altantuya ditipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim.


Step 8 :
- Mengupah penulis dari luar negara agar memainkan isu Kapal Selam, Komisyen, Altantuya sekaligus bagi mewujudkan persepsi kepada rakyat Malaysia yang kononya isu tersebut kecoh dubualkan diseluruh negara termasuk Perancis. Walaupun hakikatnya tidak kedengaran langsung isu tersebut diakhbar ataupun berita Perancis mengenai Scorpene.


Step 9:
- Menghalakan pula serangan kepada Tun Dr Mahathir mengenai kapal Selam Scorpene yang kononya Tun M yang patut dipersalahkan. Ini merupakan serangan bertali arus dalam menerjah kepimpinan negara yang kita tahu pengaruh mereka besar dalam memberikan undi buat kerajaan BN.


Step 10:
- Menjaja cerita yang Mahkamah Perancis telah membicarakan isu Scorpene dan kes tersebut mejadi tumpuan seluruh dunia. Najib Razak dikatakan dengan pelbagai tomahan walaupun hakiknya tidak ada satupun kes di Mahkamah Perancis yang menyebut Scorpene, Altantuya ataupun Najib Razak.


Step AKAN DATANG:
- Serangan ke atas Rosmah Mansur akan menyusul setelah lama menyepi yang mana rekayasa berulang ulang ini akan dimainkan dari masa ke semasa sehinggalah kepada Pilihanraya ke 13.

Itu yang Gomo perhatikan dalam isu Kapal Selam Scorpene ini dan anda sendiri mampu membuat penilaian mengenai pekara ini kerana pihak pembangkang bukan memulakan serangan ke atas Najib Razak sebulan dua tapi mereka telah lakukan bertahun lamanya semenjak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.


"Tranformasi bukan ReforBASI"


Pengikut