Rabu, 13 Jun 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Hudud dalam Konteks Perundangan Islam (Bahagian satu) ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Posted: 13 Jun 2012 04:02 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


20 akaun: Desakan agar Anwar disiasat

Posted: 12 Jun 2012 08:26 PM PDT

 Zurihan
BANTING - Sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Langat membuat laporan polis berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NGO terbabit termasuklah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuala Langat, Persatuan India Muslim, Belia Orang asli Pulau Carey, Asal Bukan Anwar Ibrahim (ABAI), Belia 4B Kuala Langat, Waris Malaya, Pemuda Umno Kuala Langat.

Laporan dibuat wakil setiap NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Sebelum membuat laporan polis itu, 30 ahli NGO berkenaan mengadakan perhimpunan aman 30 minit di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat.

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan segera menyiasat bagi memastikan pendedahan itu benar atau dimanipulasi pihak tertentu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop berkata, belia mewakili NGO mendesak suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat wujudnya 20 akaun individu dikawal Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan aset saham wang RM3 bilion berdasarkan akuan bersumpahnya.

Menurutnya, SPRM tidak harus berdiam diri dalam hal ini dan siasatan perlu dibuat supaya keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya bebas itu tidak terhakis.

"Pihak berkuasa perlu segera menyiasat sama ada akaun tersebut melibatkan wang negara dan rakyat.

"Isu ini memerlukan penyelesaian kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan pada negara sekali gus menyalahi undang–undang," katanya.

Di SEREMBAN, 10 wakil NGO termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Seremban membuat laporan sama di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban semalam.

Antara NGO berkenaan ialah Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri Sembilan, Belia Dewan Undangan Negeri (Dun) Ampangan, Belia Dun Senawang.

Turut membuat laporan, wakil Pemuda Umno Bahagian Seremban, Umno Cawangan Temiang, Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri dan KRT Taman Rasah Jaya.

Sementara itu di BERA, 10 laporan polis dibuat. Antara NGO terlibat ialah Warisan Anak Pahang Sejati (Waps), Pekida, Rela, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bandar Bera dan individu yang mewakili peneroka serta masyarakat Orang Asli.

Pegawai Perhubungan Awam Waps Bera, Rosli Mohamad berkata, menerusi laporan itu juga, mereka mendesak SPRM siasat segera demi menegakkan keadilan dan keluhuran undang-undang.

Anwar didakwa memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.

Pengikut