Khamis, 24 Mei 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PERPADUAN - DI MANA PERLU KITA BERMULA ?

Posted: 23 May 2012 06:58 PM PDT

Undang-Undang Tubuh Negeri.

Posted: 23 May 2012 06:56 PM PDT

Apa itu Melayu ?

Posted: 23 May 2012 06:55 PM PDT

Utusan Malaysia Online - Rencana

Posted: 23 May 2012 06:54 PM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KONSPIRASI POLITIK NYANYIAN PARTI PEMBANGKANG

Posted: 23 May 2012 08:21 PM PDT

Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik. Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.

Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'. Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.

Malah bagi menguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.

Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk menyokong segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.

Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.

Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.

Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pembangkang.

Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang. Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.

Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai. Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.

Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.

Bak kata pepatah Melayu, "Siapa yang termakan cili, Dialah yang merasa pedasnya" atau dalam lingo anak-anak muda, "sendiri buat sendiri tanggung"......lu fikirlah sendiri...

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong keterangan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhashee ; Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya mencampuri urusan penghakiman negara ini yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SEJARAH PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Posted: 11 May 2012 12:16 AM PDT

RENTETAN SEJARAH DALAM MENGENANG 66 TAHUN UMNO

 



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
United Malay National Organisation
UMNO / PEKEMBAR
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو

  
Pengerusi Tetap
Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail
Presiden
Dato' Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita
Datuk Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Puteri
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Diasaskan
11 Mei 1946
Ibu pejabat
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Keahlian
Bumiputera

Ideologi Politik

Nasionalisme Melayu, Konservatisme, Islam
Affiliasi dalam negara
Affiliasi antarabangsa
tiada
Warna
Laman web
 
 


Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.

 
Logo UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNOatau PEKEMBAR,  adalah parti politikterbesar di Malaysiadan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
 
Sejarah UMNO
Zaman Dato Onn
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpurpada 1hb Machingga 4hb Mac1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan Britishtetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1hb April1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11hb Mei1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahrudan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

 Zaman Tunku Abdul Rahman
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4hb Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
  
Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 3 negeri di Semenanjung Malaysia (Selangor, Pulau Pinangdan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

Lagu UMNO
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


Presiden UMNO
Tempoh perkhidmatan
28 Mac 2009 - Kini
 
 

Pengikut