Selasa, 15 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


BERSIH 3.0: Tonton dan Nilaikan @PDRMsia

Posted: 15 May 2012 09:55 PM PDT

SP nak share dengan pembaca blog Segambut Princess bagaimana bermulanya Bersih 3. 0. Siapakah dalang di sebalik perhimpunan yang dikatakan kononnya mahu menuntut Pilihanraya yang adil untuk rakyat Malaysia.

Para pembaca tonton dan nilaikanlah sendiri





Lepas tonton mohon sebar2kan................

Senaman Gelek Punggung Depan Rumah @ambiga_s

Posted: 15 May 2012 12:30 AM PDT

Kalau begini halnya suasana di depan rumah bos Bersih,Datuk S Ambiga di Jalan Setia Kasih,Bukit Damansara bakal meriah dari masa ke semasa.

Khamis lalu peniaga yang diketuai IKHLAS,sebuah NGO pacak gerai burger di situ sebagai tanda protes mata pencarian mereka terjejas akibat demo Bersih yang cetus kekacauan pada 28 April lalu.

Pagi Selasa lagi sempoi.Seramai 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman 'gelek punggung' selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumahnya.

Mereka adalah dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diketuai oleh Mohd Ali Baharom.

Beliau berkata mereka sebagai bekas tentera ada hak untuk melindungi negara ini dari dicemar oleh musuh.

Menurut beliau selain protes demo Bersih, senaman gelek punggung itu juga sebagai membantah Ambiga yang dikaitkan dengan gerakan seks bebas.

Aksi protes mereka bermula jam 8.30 pagi.

gelek3vvx

Kebetulan Ambiga yang hendak keluar pergi mahkamah bersua dengan mereka depan rumah itu.

Mereka tunjuk sepanduk kad manila memprotes tindak tanduk Bersih dan Datuk Seri Anwar Ibrahim padanya.

Mohd Ali mengingatkan Ambiga jangan berbuat sesuatu yang boleh rosakan nama negara.

Katanya mereka akan bertindak jika begitu halnya.

Beliau meminta Ambiga tolong sampaikan kad sepanduk itu kepada Anwar.– OLEH MOHAMED HIEKAL – 15/5/2012

gelek4

gelek6vvx


Sumber: Agenda Daily

SP: Hahaha lama2 Ambiga lak kena tekanan emosi. Tulah sape suruh buat hal.............................

Pengikut