Sabtu, 28 April 2012

Razlan's

Razlan's


Malaysia Masih Aman.

Posted: 28 Apr 2012 02:17 AM PDT

Apa mereka dapat apabila merempuh ?
Sekalung tahniah di ucapkan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kualau Lumpur dan semua yang terlibat bagi memastikan perjalanan Bersih kali ini di ibu kota.

Saya berada di tengah-tengah ibu kota melihat sendiri apa sangat yang diperjuangkan oleh puak-puak Bersih ini, memang benar ada di antara yang datang hanya mahu melihat tuntukan mereka dipenuhi oleh SPR, tetapi saya melihat mejoriti yang hadir hanya kerana agenda Politik PR.

Minggu lepas semasa Debat Ambiga dan Khairy telah membuktikan mereka tidak ada alasan untuk turun ke jalanan untuk berdemo, 7 dari lapan tututan mereka sudah di ambil tindakan, jesteru itu, Ambiga teringa-pinga macam orang Bodoh dihadapan penyokong beliau. Seorang yang jelas Dunggu apabila tidak dapat membalas debat dari Yb Khairy.

Apapun, itu tidak mematahkan niat mereka untuk turun ke jalanan seperti yang dirancang. Dari awal lagi kita tahu Road Map Anwar Ibrahim dan juga Pakatan untuk memporak perandakan negara sebelum PRU menjelang tiba.

Demo Hapus PTPTN tidak dapat sambutan dan mudah sahaja dipatahkan, yang mana mereka merancang untuk tidur di Dataran sehingga hari ini untuk turut serta dengan Bersih, dua perkara yang jauh perbezaannya dengan langit dan bumi.

Itula PR, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk melumpurkan nergara hanya mahu memastikan mereka mendapat Putrajaya, tidak kita dari gerakan Aman atau dari gerakan rampas kuasa, ternyata mereka gagal lagi HARI INI.

Cuma saya nak nyatakan kepada pihak Peguam Negara, apabila satu undang-undang itu dibuat, saya harap kita boleh laksanakan dengan tulus agar semua rakyat merasa selamat.

Semalam satu larangan untuk berkumpul di Dataran sudah dikeluarkan, tangkaplah mereka satu persatu dan dakwa sehingga disabitkan kesalahan. Perundangan adalah untuk dituruti dan perundangan digunakan demi untuk menjaga keselamatan warga Malaysia.

Tahniah kepada pihak Polis ,
Tahniah kepada semua jentera UMB yang bertugas untuk keamanan Alam Maya.
Tahniah kepada semua....

Cintai Keamanan !

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!

Posted: 28 Apr 2012 03:11 AM PDT

Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka.

Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ini terbukti melalui laungan 'Jatuhkan BN', 'Mampus PM', 'Tumbangkan Kerajaan' yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan. Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan.

Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka. Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan. Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan.

Namun, ini tidak berlaku. Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka. Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal.

Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan. Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita.

Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini. Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana?

Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur? Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata. Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank. Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik. Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[LIVE]#Bersih3 - Duduk dan Bantah. Adakah ini Yang Dikatakan Perhimpunan Aman?

Posted: 28 Apr 2012 02:49 AM PDT

Kenderaan polis dirosakkan. Senjata polis dicuri. Perhimpunan yang dikatakan hanya Perhimpunan Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka tetapi telah menjadi Rusuhan di Sogo, Masjid India, KLCC.

Apakah sebenarnya yang diinginkan oleh Pendemo2 ini? Pilihanraya yang bersih? Adakah begini cara pemikiran dan tingkah-laku mereka?

Tepuk dada tanya iman. Adakah ini rupa pemimpin yang kita inginkan?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[LIVE] Bayi dan OKU dieksploitasi di #Bersih3.0

Posted: 28 Apr 2012 12:11 AM PDT

Keji sungguh tindakan Pakatan Haram ni. Mengeksploitasi bayi, kanak-kanak dan OKU.

Bukankah perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak berakal?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERSIH YANG KOTOR DAN MENJIJIKKAN

Posted: 28 Apr 2012 11:00 AM PDT


Assalamualaikum.

Seperti yang dijangkakan, himpunan paling kotor dalam sejarah negara BERSIH 3.0 berlangsung dalam suasana yang amat teruk, ganas dan melanggar etika rakyat sebenar Malaysia dan undang-undang di negara ini.

Bagi saya, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana itulah pun yang mereka inginkan selama ini di sebalik tujuan penganjuran perhimpunan yang memalukan itu walaupun pihak berkuasa telah menawarkan tempat yang paling selamat kepada mereka.

Anda lihat di layar maya dan kaca TV, anda fikirkanlah sendiri. Inikah watak-watak manusia yang selama ini ditarbiyah oleh sebuah parti yang menggelarkan diri mereka kononnya sebagai Parti Islam?. Inikah manusia yang hendak kita serahkan kuasa kepada mereka?. Anda renungkan seketika dan fikir dengan sejujurnya.

Sesiapa yang waras dan melihat apa yang berlaku di Kuala Lumpur siang tadi, mereka akan menilai betapa sebenarnya sekarang ini, ada rakyat kita sendiri sedang berusaha untuk menghancurkan negaranya sendiri. Ini bukan perkara remeh dan mesti diberikan perhatian oleh semua rakyat.

Belajarlah dengan apa yang telah menimpa di kebanyakan negara luar sehingga memudahkan pengaruh luar menguasai kita. Bagi rakyat, mereka hanya faham dan ikut apa yang mereka lihat tetap mereka tidak faham apakah yang berlaku di sebaliknya.

Rakyat mungkin tidak faham mengenai hal-hal yang tidak pernah sampai ke telinganya. Akhirnya mereka terjebak dengan agenda jahat yang mahu mengheret mereka ke jalan yang salah.

Saya sedih melihat anak-anak muda Melayu yang majoriti menyertai perhimpunan tersebut. Mereka lupa, dalam sistem demokrasi, sebesar mana perhimpunan pun, ia tidak akan mampu mengubah apa-apa pun selainkan hanya dapat memuaskan nafsu semata-mata.

Kita berharap, pihak berkuasa mengkaji dengan teliti mengenai insiden ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terlibat. Tiada kompromi dalam mempertahankan negara dan tiada maaf bagi mereka yang telah menjahamkan nama baik Malaysia.

Kepada rakyat, saya berharap mereka lihat dan menilai dengan jujur apa yang telah pembangkang lakukan terhadap negara kita sehingga begini masyarakat yang hendak kita lahirkan.

Rakyat, jauhkan pembangkang, tolak pembangkang yang telah merosakkan negara kita di mata dunia. Mereka tidak sayangkan Malaysia, mereka tidak sayangkan kita semua.

Pengikut