Sabtu, 24 Mac 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIAPA SEBENARNYA DAP?

Posted: 24 Mar 2012 06:14 AM PDT


Siri 2 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris ingin meneruskan lagi penerangan mengenai PAP yang juga diwarisi oleh DAP. Lihat sahajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang. Apa jadi pada Melayu dan Islam?.  Apakah bangsa Melayu PAS dan PKR tidak kisah dipinggirkan suatu hari nanti?


Ikuti penerangan ini yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.


Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.


Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.


Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.


Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh,Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.


David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.


Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.


Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.


Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.


Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.


Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.


Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.


Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.


Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.


Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).


Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok


BILA KUASA DI TANGAN MEREKA....

Posted: 24 Mar 2012 06:12 AM PDT


Siri 1 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris akan mengeluarkan beberapa siri 'Dalil-dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak'. Sebagai permulaannya, Keris perkenalkan dahulu sejarah penubuhan Parti kauvinis ini bermula dengan sejarah PAP dan diikuti oleh sejarah DAP. Ini kerana ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam melayu masih belum jelas akan perjuangan dan matlamat sebenar kedua Parti tersebut. Keris akan memberi maklumat mengenai peminggiran melayu di Singapura jika berkesempatan.

Menyingkap sejarah PAP (People's Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat Singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang dipelopori Setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – "Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenaranya, modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini, yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! "Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,"

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu, Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan ketenteraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGO parti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri, lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :
-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-
 
-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 

Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 
 
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. 

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.  

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok

Kulaan : Kulaan amat sedih bila ada bangsa Melayu yang sengaja memejamkan mata dari melihat kebenaran dan implikasi yang bakal mengundang. Malahan yang lebih teruk daripada itu apabila ada Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP demi kelangsungan politik kononnya, sedangkan mereka tahu kesannya kepada bangsa melayu. Jika Kulaan digelar RACIS sekali pun biarlah Kulaan terima demi kelangsungan survival anak cucu Kulaan. 

SELAMAT ULANG TAHUN UMNO YANG KE 66.

Posted: 23 Mar 2012 06:21 PM PDT






SEMPENA ULANG TAHUN YANG KE 66 PERTUBUHAN INI ,LAMAN PPUBJ AKAN MENYOROT KEMBALI SUMBANGAN TOKOH-TOKOH YANG BERPERANAN BESAR DALAM MENDUKUNG AMANAH AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.


SUNDAY, OCTOBER 5, 2008

LATAR BELAKANG

DATO' ONN BIN JAAFAR





Keluarga 
ayah kepada dato onn
ibu kepada dato onn

Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor, semenjak lewat abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato' Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah, Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer Ungku Aziz dan Syed Ali iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor Syed Naquib Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah.

Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil. Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.

Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau, Dato' Hishamuddin Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau Menteri Belia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B) Dato' Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama diseluruh Commonwealth).


Pendidikan

Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.


Keperibadian


Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.


Hidup berumahtangga

Anwar Abdullah. 2004. Dato' Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato' Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka hidup teman meneman selama 41 tahun sebelum Dato' Onn berpindah dari alam yang fana ke alam yang kekal.

Dato' Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi'ah, salah seorang anak angkat kepada Dato' Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak, kesemuanya perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi'ah meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato' Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.

Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato' Onn mengahwininya pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato' Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafi'ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato' Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau menolong Dato' Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato' Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Ja'afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.

Datin Halimah tidak menafikan tentang adanya perselisihan faham antaranya dengan Dato' Onn. Tentulah tidak dapat diterimaoleh akal adanya suami isteri yang tidak pernah berselisih faham dalam masa hidup bersama berpuluh-puluh tahun. Tetapi menurut Datin Halimah , perselisihan faham itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai satu hal yang timbul daripada usaha atau ikhtiar bersama untuk mencari kebaikan dalam pengurusan rumah tangga dan cara-cara yang lebih baik untuk menarik anak-anak supaya meminati pelajaran atau membiasakan diri untuk membuat sesuatu pekerjaan yang perlu bagi kesempurnaan rumah tangga.

Dato' Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dari awal perkahwinannya lagi , beliau tidak pernah campur tangan dalam hal pengurusan rumah tangga, khasnya tentang perbelanjaan sehari-hari. Misalnya, menurut Datin Halimh, semasa Dato' Onn menjadi Menteri Besar, setiap bulan beliau menyerahkan kepada isterinya 1000 ringgit daripada gajinya yang berjumlah lebih kurang 1200 ringgit untuk perbelanjaan rumah tangga. Yang selebihnya diambil untuk perbelanjaan sendiri. Daripada wang 1000 ringgit itulah Datin Halimah berbelanja bukan sahaja keperluan keluarga tetapi untuk perbelanjaan jamuan yang diadakan oleh Dato' Onn sekali sekal di rumahnya untuk pelawat, termasuk mereka yang datang dari luar negeri.

Dato' Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut diketahiu oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk pengetahuannya.

Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato' Onn suka sekali bernual-bual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati.

Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih mengasihi sudah tentu dapat melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Tetapi segala-gala ini tidak bererti semestinya ada rumah yang besar, perabot yang lengkap, ada beberapa orang gaji dan tukang kebun, tukang masak yang pandai dan beberapa orang hamba sahaya. Unsur-unsu yang penting sebagai ramuan hidup berkeluarga yang ria dan bahagia adalah persefahaman antara suami isteri dan harmoni di kalangan anggota keluarga.
Dato' Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langiit ini yang dapat menghiburkan hatinya seperti di rumah tangganya sendiri. Manusia yang belum mempunyai anak kandung sendiri belum lagi mengetahui dan mengalami bagaimana rasanya kasih sayang yang tumbuh daripada kehidupan berumah tangga atau berkeluarga.

Dato' Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang praktis, bukan hanya dengan berteoti atau main mulut sahaja.


HILANGNYA SEORANG PAHLAWAN



Anwar Abdullah. 2004. Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang ulung itu diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Mlaya yang terharu dengan kehilangan anggota Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau, dengan serta merta mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato' Onn dengan mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai kepada bangsa dan nusa.

Dato' Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah pemerintahan asing, iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat jelata di seluruh negara.

Dato' Onn dalam masa hidupnya menempuh dua zaman ; zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan, zaman kehambaan dan zaman ketuanan- dengan dirinya terlibat secara lansung dengan aktifnya. Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin kebangsaan yang segenerasi atau semasa dengannya.

Dato' Onn dalam arena politik, membumbung tinggi mengatasi, dan jauh ke hadapan mendahului, rakan-rakan seperjuangan dan lawan-lawannya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato' Onn mengambil bahgian yang lebih besar, dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran, sosial dan kebudayaan; dan dalam arena politik semasa dalm penjajahan dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Jasa Dato' Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka".

Dato' Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasi oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu.

Dato' Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato' Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Tolongggg!!!

Posted: 23 Mar 2012 09:59 PM PDT

MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKAN!
ANDAIANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR TERSEBUT,SILA HUBUNGI KE BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KETALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUKMAKLUMAN RAKAN-RAKAN, WANITA TERSEBUT IALAH ANAK SEORANG GURU YANGDIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI.WANITA TERSEBUTDIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINANDISIHIR / DIPUKAU).
MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI


HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN AMAT DIHARAPKAN
 

Pengikut