Jumaat, 23 Mac 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Rafizi Ramli Kantoi

Posted: 23 Mar 2012 03:00 AM PDT




Pertunangan Anak PM : Selepas Penafian Shangri-La

Semua kita perlu maklum bahawa perkara pokok penipuan PKR dalam soal penganjuran Majlis pertunangan anak Perdana Menteri pada Jun 2011 ialah MAJLIS TERSEBUT DIBIAYAI DENGAN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT. Setelah penafian dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada hari yg sama pun, Rafizi mengadakan 8 tuntutan yg perlu dijawab Perdana Menteri pada keesokkan harinya, semuanya berkisar tentang dakwaannya pada bahawa wang rakyat digunakan untuk membayar kos majlis tersebut.

Tetapi setelah pihak Shangri-La sendiri menafikan bahawa wang kerajaan digunakan untuk membiayai majlis itu, tiba-tiba Rafizi mengubah kenyataannya dan mendakwa Perdana Menteri masih menyalahgunakan kuasa kerana menggunakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menguruskan majlis tersebut. Dakwaan yg boleh membuatkan mana-mana pihak yg biasa menguruskan Pejabat Menteri Besar, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Pejabat Pengarah Urusan di syarikat-syarikat besar. Aduyai, Rafizi buat lawak BODOH dan membuatkan rakyat Malaysia ketawa guling-guling.

Ini kerana, memang biasa untuk para pegawai di pejabat yg disebutkan di atas menguruskan hal-hal peribadi boss masing-masing. Tapi itu tidak membuktikan bahawa wang rakyat digunakan untuk membayar sebarang bentuk urusan peribadi. Rafizi perlu tanya dirinya sendiri, apa fungsinya sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, kalau tidak menguruskan hal ehwal Anwar??

Penipuan dan putar belit macam ini yg kita perlu faham. Ini memang strategi pembangkang bila sudah tersepit. Dalam erti kata lain, tanpa sedar Rafizi mengakulah bahawa dakwaannya wang rakyat digunakan untuk membayar majlis tersebut tidak betul, sebab itu dia mengubah strateginya sekarang ya.


Ikuti kisah selanjutnya di GOSSIP RAKYAT





LYNAS: Antara Fakta dan Auta Bhgn 1

Posted: 23 Mar 2012 02:35 AM PDT










Sambungan LYNAS : ANTARA FAKTA DAN AUTA akan menyusul nanti.......






Bahaya Taksub

Posted: 23 Mar 2012 02:30 AM PDT



Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir ajaran Islam mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih Islamik berbanding orang lain.

Dek kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal fikiran anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk masuk mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang dianjurkan oleh Islam.

Apabila kita membaca bait demi bait kenyataan dari Yazid Sufaat, bekas tahanan ISA yang dikaitkan dengan serangan 9/11, tidak sukar untuk kita meletakkan dirinya ke dalam kelompok yang suka menyalahtafsir ajaran Islam & taksub pada ideologi yang songsang.

Menurut beliau, tindakan militan yang didakwa membawa nama buruk kepada Islam sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai".

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar".

- Yazid Sufaat, FreeMalaysiaKini, 21 Mac 2012 -

Ramai kalangan kita yang mengurut dada dan termenung seketika selepas membaca kenyataan di atas, sebabnya mudah, sekilas pandang pun sudah tampak betapa melencongnya fahaman yang dipegang oleh bekas tahanan ISA itu.

Dalam hal ini Yazid tidak keseorangan sebenarnya. Tidak sedikit orang Islam yang mengalaminya. Banyak kes yang boleh dijadikan sempadan & pengajaran disebabkan ketaksuban pada fahaman yang songsang.

Misalnya peristiwa rompakan senjata di dua Kem Tentera (302 AW & 304 AW) di Grik, Perak pada 2 Julai 2000 yang dilakukan oleh sekumpulan pengganas dari kumpulan Al-Maunah & kejadian berdarah di Memali, Kedah.

Kedua-dua peristiwa tersebut bertitik tolak dari silap kefahaman pada ajaran Islam, pendek akal & taksub pada kepercayaan yang ditanam oleh ketua mereka kononnya kerajaan yang memerintah adalah anti Islam & kafir, kemudian ianya menjadi motivasi yang menggerakkan mereka untuk mendekati penyelesaian secara kekerasan & melampaui batasan agama.

Dalam Al-Quran ada dinyatakan panduan yang menganjurkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak bertindak secara melampau batas, antaranya;-

Surah Al-A'raf, ayat 31 maksudnya;

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas".

Surah Al-A'raf, ayat 55 maksudnya;

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas".

Malah dalam kitab tulisan Al-Imam Ibnu al-Qayyim (Madarij al-Salikin) juga ada menerangkan peri pentingnya berhati-hati dengan hasutan syaitan yang kerap berselindung disebalik perkara yang baik tapi sebenarnya mendorong kepada wujudnya tindakan yang melanggar batasan.

"Sebahagian ulama salaf berkata: "Apa yang diperintahkan oleh Allah, pasti syaitan akan mengganggu dengan dua tarikan; sama ada ke arah pengabaian ataupun ke arah berlebihan. Syaitan menganggap mana-mana daripada dua perkara ini sebagai kejayaan, iaitu pertambahan atau pengurangan".

Samada Yazid, Al-Maunah mahupun peristiwa berdarah Memali, mereka berkongsi satu persamaan yang jelas & titik temu yang setara antara satu dengan yang lain. Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya & cenderung menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat yang mereka yakini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Walhal apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat jika caranya menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka penghujungnya hanya mengundang nama busuk pada kesucian agama Islam itu sendiri.

Surah Al-Baqarah, ayat 44 maksudnya;

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

















Minta @fuziah99 - Hentikan momokan tentang #LYNAS

Posted: 23 Mar 2012 02:00 AM PDT


Saya membaca artikel ini berulang kali di dalam dada akbar The Sun keluaran 7 Mac 2012 yang lepas. Bagi mempastikan samada artikel tersebut benar ataupun tidak, sekali lagi saya mencarinya melalui blog dan website The Sun.

Ada beberapa perkara fakta yang menarik dibawakan dalam ruang surat pembaca akbar The Sun. Jom baca kejap.



Belum pun Lynas beroperasi sepenuhnya, sudah ada Mutant di Kuantan
POTASSIUM tablets your doctor gives you for high blood pressure are highly radioactive with a radioactivity of 32 Bq/gm and we need about 2-3gm of potassium a day to stay alive.
The radioactivity comes from potassium-40. This is more than five times the radioactivity of the Lynas waste which contains only 6 Bq/gm mainly from Thorium-232.
All the potassium that we eat daily contains potassium-40 and the normal dietary potassium would give a total of about 80 Bq a day. The so-called sodium free salt recommended by health experts to combat high blood pressure is nothing more than highly radioactive potassium salt.
Sila klik link blog REZQEEN HILL untuk cerita penuh




PKR di Kedah tak perlu undi India

Posted: 23 Mar 2012 12:45 AM PDT

Baru-baru ini RADIO Kedah menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-bes

aran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada 'sumbangan' PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.


Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan 'nilai' Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Posted: 22 Mar 2012 06:26 PM PDT

Pengikut