Jumaat, 9 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


@chegubard terus menangis

Posted: 09 Mar 2012 09:10 PM PST

Semalam di Seri Rampai, Chegubard dan rakan - rakan mengempur Setiawangsa dengan harapan dapat menyebarkan fitnah kepada penduduk setempat.


Dengan bantuan promosi yang sedikit oleh blogger pro UMNO, dapatlah kehadiran tidak sampai 150 orang, kalau tidak mungkin kehadiran hanya 50 orang.


Baca la selanjutnya di Sini


Budaya membawa fitnah ke kampung kampung sudah menjadi darah daging PR.


Semalam sahaja Rafizi telah menfitnah YAB Perdana Menteri BERKENAAN isu pertunangan anak beliau dan sebelum ini banyak lagi fitnah-fitnah yang diterapkan kepada masyarakat malaysia.


Sudah menjadi tangfunjawab kita menolak budaya ditnah ini sekiranya rombonhan ini datang kepada kawasan kamu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Pengumuman PRU13 - DS Najib bakal umumkan malam ini?

Posted: 09 Mar 2012 03:40 AM PST

Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan sesuatu yang penting malam ini.

Apakah mungkin PM bakal umumkan tarikh pilihanraya umum ke 13? Sama-sama kita tungggguuuuu.....

Sape Ugut Chegubard?

Posted: 08 Mar 2012 10:59 PM PST

Chegubard Ohhh! Chegubard........

Seorang ketua pemuda UMNO bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.



Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.



Lagi cerita selanjutnya boleh baca di GOSSIP RAKYAT

SP: Chegubard tak perlu takut dengan ugutan Ketua Pemuda Seputeh tue. Chegubard ada Pak Lawak2 AMK ehhhhh! silap Pahlawan2 AMK utk mempertahankan chegubard tapi masalahnya sekarang nak pertahankan daripada apa?

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEPADA RAKYAT MALAYSIA : SANGGUP KAH ANDA?

Posted: 08 Mar 2012 05:50 PM PST


Pengkalan Tentera Amerika Jika PR Memerintah?

March 7, 2012   ·   74 Comments
CG-map-3[1]
Ada desas desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.
Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.
Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap strategik bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi & ketenteraan negara China.File:NASCubiPt.JPEG
Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.
Sebelum ini, Malaysia & Indonesia pernah menolak tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu.
Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.
Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia  akan terjerumus ke dalam konflik persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja.
Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.

Fakta Selat Melaka & isu berkaitan
1. Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah & Barat
2. 50% perdagangan hasil minyak & gas dunia menggunakan Selat Melaka
3. 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
4. Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay & Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
5. Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
6. Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
7. Pada 2004, Malaysia & Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
8. Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdagangan minyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik

PAS KEDAH : RETAK MENUNGGU BELAH?

Posted: 08 Mar 2012 05:29 PM PST


Negeri Terbelah Dua, Pemuda PAS Kata Bukti Layak Perintah Negara?

March 6, 2012   ·   117 Comments
negeri_terbelah_dua
PEMUDA PAS kalau bab propa, dialah yang hebat sekali, itu kita perlu akui.  Dalam hal krisis politik di Kedah ini begitu juga, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan 'kejayaan' PAS Pusat 'menyelesaikan' krisis politik di Kedah sebagai bukti kemampuan parti tersebut memerintah negara.
Bagaimana Pemuda PAS yang tohlol albahlul ini menyifatkan apa yang berlaku di Kedah itu sebagai kejayaan?  Pentadbiran negeri tersebut terbelah kepada dua dengan 8 Exco melapor pada Azizan, manakala baki 2 lagi melapor pada Jawatankuasa PEMANDU yang ditubuhkan khas untuk mengawal selia segala keputusan dalam negeri tersebut.
Itu dari segi melapur, dari segi keputusan pulak, semuanya perlu melalui jawatankuasa PEMANDU yang terletak dibawah pentadbiran PAS Pusat.
Nama jawatankuasa PEMANDU itu sendiri pun diceduk dari Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dibawah Datuk Seri Idris Jala (idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).
Malulah sikit ooi, sudahlah negeri terbahagi dua, nama jawatankuasa pulak tiru unit bawah Idris Jala, lepas tu nak dijadikan contoh kononnya PAS boleh tadbir kerajaan pusat yang lebih meluas skopnya ni?
Kalau layak sangat PAS, kenapa Anwar dinamakan sebagai Perdana Menteri, bukan Nik Aziz atau Hadi Awang, kalau tidak Mahfuz Omar yang SRP pun tak lulus tu?
Tolonglah jangan bagi kami orang UMNO gelak wahai Pemuda PAS.  Setakat propa bodoh macam ini, budak-budak sekolah menengah pun tau tidak ada apa yang selesai di Kedah nun.  Yang dikatakan 'selesai' itu sebenarnya hanyalah penyelesaian sementara, nak meredakan keadaan sementara menunggu pilihanraya umum berlangsung.
Dia dipanggil selesai kalau Azizan terus jadi Menteri Besar dan semua Exco melapor kepadanya, selain keputusan mengenai negeri diputuskan dalam mesyuarat Exco.  Itu baru dikatakan selesai, kalau jawatankuasa ambil alih, itu bukan selesai, itu namanya bertambah serabai.
Amat memalukan bila Kedah diperintah oleh sebuah jawatankuasa.  Sekarang ini negara bukan berada dalam keadaan darurat seperti 1969 dahulu bila Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuh untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan yang digantung akibat darurat.
Negara kita aman damai dan Kedah sendiri tidak diisytihar darurat sehingga satu jawatankuasa perlu mengambil alih..  Bagaimana itu boleh ditafsirkan sebagai 'kejayaan'?
Dalam dunia ini, hanya Indonesia sahaja negara yang pernah dijajah dan diperintah oleh sebuah syarikat Belanda, bukan tanah jajahan negara Belanda itu sendiri pun.  Punyalah hina negara tu, sudahlah dijajah, yang menjajah itu pulak hanya SEBUAH SYARIKAT.
Sekarang Kedah nak letak dirinya setaraf dengan Indonesia dulu ka?  Memalukan.
Tidak hairanlah kenapa Pemuda PAS makin hari makin hilang taring, tidak seperti mana dahulu.  Kalau berterusan macam ini ada harapan PAS makin lama makin terlungkup, yang mana sekarang pun tanda-tanda ke arah itu dah makin jelas kelihatan.

Posted: 08 Mar 2012 05:23 PM PST




CALON ISLAM DAP DAN CALON BUKAN ISLAM PAS

Kenapa PAS dan DAP saling bersaing sesama sendiri dalam meraih undi Melayu dan bukan Melayu?  Kenapa mereka tidak bergerak sebagai satu entiti sepertimana MCA dan UMNO?
Di dalam BN, calon MCA adalah calon BN dan calon UMNO adalah calon BN tak kira apa agama dan bangsanya.  Tetapi  di dalam PR, calon PAS adalah calon PAS dan calon DAP adalah calon DAP, bukan calon Pakatan Rakyat.  Sampai bila harus begini?
Itu belum lagi dikira masalah perebutan kawasan dengan PKR.  Sudahla

h begitu, perebutan kuasa juga semakin galak berlaku secara diam-diam di dalam PKR sehinggalah secara terbuka di dalam PAS.
Nampaknya, semakin angin pilihanraya bertiup kencang semakin kuat Pakatan Rakyat bergoyang.
Kita yakin, pemimpin PR sendiri menyedari masalah ini.  Kerana itu, kita lihat, berbagai-bagai cara dilakukan mereka untuk mengatasi masalah ini antaranya, memfatwakan bai'ah, mengugut atau memberi tekanan bagi memastikan 'kesetiaan' sesama sendiri terhadap parti dan pakatan kekal, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.
Namun, mereka masih tidak mampu meletakkan kepercayaan penuh terhadap sesama sendiri dan inilah yang memaksa mereka mengambil langkah 'persediaan' bagi menghadapi kemungkinan yang paling buruk sekiranya pengkhianatan berlaku di saat akhir.   Mereka percaya jika mereka dapat meraih undi semua kaum maka lambat laun mereka tidak lagi perlu bergantung kepada parti-parti sekutu.
Bagi DAP, persediaan yang dibuat ialah dengan menga



mbil langkah awal menyiapkan barisan calon atau bakal pemimpin boneka mereka di kalangan orang Islam bagi menghadapi kemungkinan hubungan dengan PAS atau PKR retak teruk.
Mungkin sebagai tindakbalas, PAS pula mengumumkan akan meletakkan calon bukan Islam di beberapa negeri sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang sama.   Seperti juga DAP, PAS pastinya mengharapkan calon-calon bukan Islam ini boleh dikuasai sepenuhnya agar mengikut segala apa jua kehendak dan arahan PAS atau dalam ertikata lain, seorang boneka.
Menarik juga memikirkan antara calon bukan Islam PA



S dan calon Islam DAP, siapa agaknya yang lebih Islam?  Jangan lupa, PAS pernah menyamakan taraf Lim Guan Eng dengan Khalifah iaitu jauh lebih tinggi dari sesetengah ulama PAS sendiri.
Apapun, selamat maju jaya kita ucapkan kepada PAS agar tidak dibonekakan pula oleh calon bukan Islam tersebut, sepertimana mereka telah akhirnya 'ditarbiahkan' oleh DAP walaupun sebenarnya berniat untuk mentarbiah DAP.
Yang pasti, belum pun memerintah negara, Pakatan Rakyat telah berada dalam keadaan retak menanti belah.
Parti yang asyik bertelagah dan pemimpin-pemimpin yang tidak percaya sesama rakan dan sekutu sendiri tentu akan hancur juga akhirnya.
Justeru, apakah masih ada di kalangan rakyat yang sanggup mengundi parti yang hancur sebagai pemerintah?


ANTARA BN DAN PEMBANGKANG : MANA SATU PILIHAN ANDA?

Posted: 08 Mar 2012 05:12 PM PST


Wednesday, March 7, 2012

Realiti Atau Fantasi Antara Pemimpin BN & Pemimpin Pembangkang






Bahang pilihanraya semakin hampir dan pastinya parti parti politik akan memperhebatkan kempen mereka dalam menawan hati para pengundi. Baik tua, muda, miskin, kaya semuanya akan diraih simpati dari parti politik dalam memastikan parti mereka menang pada PRU 13 kelak yang dijangkakan pada bulan (Tanya Pak Jib) tahun 2012.

Apa yang Gomo nak perkatakan hari ini adalah mengenai kerja yang selama ini pimpinan Barisan Nasional lakukan. Apa yang pemimpin BN buat waktu ini dengan kuasa yang tidak cukup 2/3 dalam parlimen.

Barisan Nasional atau dulunya parti Perikatan telah menang pada tiap kali pilihanraya yang diadakan. Sepanjang Malaysia Merdeka BN lah yang menjadi Kerajaan dalam mentadbir serba serbi bagi membangunkan Malaysia ini. Pendek kata celik mata sahaja pemimpin BN memikirkan pekara yang perlu dibuat dalam menjaga rakyat Malaysia.

Sekarang ini kita sendiri boleh lihat bagaimana komitednya Najib Razak selaku Perdana Menteri turun ke padang dalam berjumpa dengan rakyat baik dibandar mahupun dipendalaman. Banyak Tranformasi yang dilakukan Najib Razak demi memastikan rakyat Malaysia sedar bahawa kerajaan BN terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.


Belum ada lagi negara di Dunia yang memberikan subsidi kepada rakyatnya, tetapi tidak di Malaysia yang mana kita sendiri dapat lihat pelbagai jenis bentuk subsidi diberikan buat rakyat dalam memastikan rakyat mendapat hasil keuntungan dalam pentadbiran negara yang membangun dengan pesat ini.

Pemimpin BN yang lain baik Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Exco Negeri malah pemimpin UMNO, MCA, MIC dan lain lain berhempas pulas membawa masaalah rakyat ke peringkat pihak atasan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Lihat sahaja bagaimana tugas seorang ketua Bahagian yang ada dalam sesebuah parlimen. Orang selalu bercakap ketua Bahagian UMNO kerja nya relax dan banyak beri arahan semata mata. Walhal hakikatnya jauh berbeza dengan apa yang dilemparkan pembangkang.

Anak nak masuk Universiti, Nak bantuan buku sekolah, tak cukup duit nak bayar bil api, baju sekolah anak, duit tuisyen anak, bantuan beli dapur, bantuan perniagaan dan bermacam macam lagi bantuan demi bantuan yang diperlukan rakyat dalam sesebuah parlimen.

Pendek kata hidup sebagai ketua Bahagian ni tak sempat untuk berkempen ceramah siang dan malam dalam menerjah sepertimana yang pembangkang lakukan. Ini lah yang Gomo nak nyatakan hari ini mengenai tugas dan amalan pemimpin BN berbanding pemimpin Pembangkang.


Pemimpin BN

Bangun tidor fikir masaalah rakyat, cari jalan selesaikan masaalah rakyat. Urusan pejabat dalam membantu rakyat yang memerlukan masaalah. Bermacam macam pekara perlu dilakukan dalam memastikan setiap rakyat yang datang meminta pertolongan dibantu dalam memastikan pucuk pimpinan tidak menerima tempiasnya.


Pemimpin Pembangkang

Bangun tidor dah mula start sebar fitnah dan hentam kerajaan salah dan sebagainya. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan pastinya akan cuba dicari kelemahan dan akan menghentam serta menjaja cerita tersebut sampai dibawa kedalam rumah ibadat dalam memburukkan Kerajaan BN.


Pemimpin BN

Jadi wakil rakyat memang memenatkan kerana banyak pekara terpaksa diharungi kerana amanah yang dipikul. Ditambah pula dengan BN selaku Kerajaan pusat yang pastinya banyak pekara perlu dilakukan dalam memastikan Kerajaan Pusat tidak dipersalahkan jika sesuatu pekara berlaku.


Pemimpin Pembangkang

Jadi wakil rakyat pembangkang cukup mudah dan senang kerana hanya perlu menabur fitnah dan memburukkan kerajaan. Jika ada rakyat yang minta bantuan itu ini pastinya disuruh pergi berjumpa pemimpin BN dalam kawasan tersebut atas alasan Bajet Kerajaan Pusat yang pegang. Mentaliti pemimpin pembangkang akan terus memburukkan setiap apa yang dilakukan kerajaan BN sampaikan Gula, beras habis dikedai pun yang akan disalahkan adalah Kerajaan Barisan Nasional.


Pemimpin BN

Setiap masa fikir dan cari jalan dalam membangunkan negara bagi memastikan negara membangun dan menjana ekonomi buat rakyat. Setiap plan dan projek yang dibangunkan pastinya akan membawa impak besar buat negara dan juga rakyat Malaysia. Lihat contoh pembangunan kerajaan BN seperti Menara KLCC, FI Sepang, KLIA dan sebagainya. Ianya membawa banyak faedah buat negara sehinggakan Malaysia dikenali seluruh dunia dan dalam pada masa yang sama ianya membawa pulangan buat negara dengan kehadiran pelancong masuk ke Malaysia serta menjana ekonomi penduduk Malaysia itu sendiri.


Pemimpin Pembangkang

Jika sehari tak buat sidang media menfitnah dan memburukkan kerajaan maka itu bukanlah mentaliti pemimpin pembangkang. Lihat sahaja apa yang berlaku hari ini bila setiap hari diadakan sidang media dalam menghentam setiap apa yang dibangunkan kerajaan. Duit BR1M yang diagihkan oleh Kerajaan buat rakyat hasil keuntungan Kerajaan dalam mentadbir negara juga dijadikan modal kononya ianya adalah duit Haram.

KLCC, F1 Sepang, KLIA semuanya dikatakan membazir pada satu masa lalu. Putrajaya dikatakan oleh mereka pemimpin pembangkang untuk dijual jika mereka menang pilihanraya. Tetapi sekarang? Hari hari kempen tawan Putrajaya, hari hari bangga dengan dunia luar bahawa mereka ada KLCC. Tu semua Hipokrit yang ada dalam benak pemikiran pemimpin pembangkang.


Pemimpin BN

Waktu kempen berjanji berbagai bagai dan selepas pilihanraya jalankan amanah serta janji yang telah ditabur sewaktu kempen. Semua dilaksanakan mengikut peringkat sampaikan ditempat yang kalah pun BN kotakan apa yang dijanji waktu pilihanraya. Hari pertama jadi ahli wakil rakyat dan mula mengatur langkah dalam membela rakyat serta membangunkan tempat yang beliau diamanahkan.


Pemimpin Pembangkang

Janji manis kempen pilihanraya ditabur serba serbi dan bila menang pilihanraya satu haram pun tidak dilaksanakan. Bila jadi wakil rakyat apa yang dibuat adalah kenduri kesyukuran. bukan sekali tapi kalau dan 6 bulan tiap tiap minggu buat kenduri kesyukuran dengan menggunakan wang yang dikhaskan buat rakyat adalah satu pekara yang songsang dan tidak telus sebagai wakil rakyat. Lihat Nizar Bekas MB Perak yang mengadakan kenduri doa selamat selama berbulan bulan ekoran Pakatan menang di Perak.

Banyak lagi sebenarnya Gomo nak cerita disini tapi memandangkan jari tak berapa bernafsu nak menaip Gomo stop disini dulu. Lepas ni Gomo nak cerita berkenaan KERONISME yang selalu Pembangkang dok kata pada Kerajaan BN.

BN amalkan Keronisme? Ya memang betul memang wujud amalan Keronisme itu tetapi apakah pembangkang tidak mengamalkan Kerosnime? Nanti kita sembang......


Psssttt... BN buat Kerja, Pembangkang Khalwat, Zina bini orang....tu realitinya


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Pengikut