Sabtu, 3 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


Kelahiran Tahfiz Al Abrar

Posted: 03 Mar 2012 05:39 AM PST

Hari ini sungguh bertuah rasanya kerana usaha untuk menubuhkan sekolah maahat tahfiz di kawasan Seputeh telab menjadi kenyataan.


Seramai 14 pelajar pertama diambil untuk mengikuti klas tahfiz.


Terima kasih kepada semua yang berusaha dan kepada semua yang telah memberi sumbangan bagi memastikan sekolah tahfiz


Published with Blogger-droid v2.0.4

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


POLA PENGUNDIAN MELAYU DAN CINA - PRU 13.

Posted: 02 Mar 2012 05:52 PM PST


PERSOALAN 1.

Jika undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?



 PERSOALAN 2.

Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)? 

PERSOALAN 3.

Namun, senario politik telah berubah.  Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS.  Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".
PERSOALAN 4.

"Rakyat sebenarnya tidak suka kepada Pas, DAP atau PKR. Tetapi kali ini rakyat sudah tidak kisah lagi kerana memprotes terhadap beberapa isu yang melibatkan mereka," tegas Dr. Mohamad Agus Yusuf.....Adakah senario ini berulang lagi?

PERSOALAN 5.
Rakyat telah bergerak jauh ke depan meninggalkan pola pengundian tradisi yang memilih parti tetapi kepada isu. Tetapi ada sesetengah pemimpin belum bergerak ke depan seiringan dengan rakyat. Kalau pemikiran antara kerajaan dan rakyat tidak ada jurang, saya fikir perkara ini (kalah di lima negeri) tidak berlaku.

PERSOALAN 6.

 Kekecewaan sebenarnya tidak ada batas sempadan. Ia dirasakan oleh semua orang. Kita melihat angin perubahan itu datang macam ombak yang melanda secara serentak. Ini disebabkan oleh lebih 70 peratus pengundi bukan Melayu dan lebih 10 peratus pengundi Melayu beralih kepada pembangkang. Ini adalah kesan daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003. Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang memperlihatkan majoriti pengundi Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka apabila dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, banyak kawasan campuran diwujudkan untuk memastikan supaya sekiranya orang Melayu mengundi pembangkang lagi, kaum bukan Melayu akan tetap bersama BN. Ternyata strategi lima tahun dahulu tidak menjadi apabila pada tahun ini, majoriti pengundi bukan Melayu pula tidak bersama BN sebaliknya yang kekal setia bersama BN adalah pengundi Melayu.


PERSOALAN 7.

Pola pengundian atau aliran pengundi dalam pilihan raya kali ini menunjukkan kawasan majoriti Cina, khususnya di bandar besar, pengundi Cina secara tradisinya memang berpihak kepada DAP. Manakala di kawasan luar bandar pula, sejarah menunjukkan kaum Cina adalah pengundi BN. Namun, dalam pilihan raya kali ini, perubahan berlaku apabila di banyak kerusi Parlimen yang dulunya dikuasai MCA dimenangi oleh DAP dan PKR. Di Pulau Pinang, DAP menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan PKR turut memperoleh kemenangan besar di Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pengundi India yang selama ini adalah penyokong BN turut membuat perubahan dengan mengundi pembangkang seperti yang berlaku di Sungai Petani, Sungai Siput dan Ijok. Perubahan undi kaum bukan Melayu inilah yang menyumbang kepada kemerosotan BN di kawasan yang menjadi kubu tradisinya.

PERSOALAN 8.

Sikap pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina memang begitu, ayunan pendulum mereka sering berlaku. Kalau kita tengok kembali pada tahun 1964 dan 1969 misalnya mereka bersama pembangkang. Pada tahun 1986 mereka memberikan kemenangan 24 kerusi kepada DAP, pada 1990 mereka hampir menjadikan DAP kerajaan di Pulau Pinang dengan hanya kekurangan tiga kerusi. Pada 1999 ketika orang Melayu tidak bersama BN, mereka mengundi BN dan pada tahun 2008 mereka beralih pula menyokong pembangkang.

Perubahan sokongan mereka ini bukan bermakna mereka tidak percaya kepada kerjasama politik dalam BN. Orang Cina amat yakin kepada kerjasama politik dalam BN dan mereka juga yakin satu-satunya parti yang dapat menjamin kestabilan politik negara ialah sistem perkongsian kuasa mengikut cara BN. Cuma pada tahun ini mereka mengundi menolak BN kerana tertekan dengan peningkatan kos hidup yang gagal dijawab dengan baik oleh pemimpin BN.

PERSOALAN 9.

Pas boleh bekerjasama dengan DAP yang ideologi politiknya berbeza sama sekali. Adakah mungkin suatu hari nanti Pas boleh bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Melayu?


PERSOALAN 10.



Sebenarnya jika kita kaji sehalusnya trend pola PRU Malaysia sejak 1969 adalah konsisten sifatnya. Rakyat Malaysia tidaklah menolak atau menghukum PERSOALAN 12.parti hingga ke dasar laut.

Analoginya seperti air laut ada masa air pasang ada ketika air surut.

PRU 1969, sokongan kepada Perikatan (BN)  merosot tapi PRU 1974 BN bangkit kembali.

PRU 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 BN menguasai secara total politik Malaysia

PRU 1990, faktor Ku Li (Semangat 46 pada masa itu) buat BN kehilangan Kelantan selamanya.

PRU 1999, faktor Anwar Ibrahim juga buat BN kemerosotan pengaruh.

PRU 2004, BN pula mendapat kemenangan terbesar dalam sejarah-landslide victory. Rakyat Malaysia mahu beri mandat baru kepada Tun Abdullah. Kelantan hampir dikuasai BN.

PRU 2008, sebaliknya rakyat tidak puas hati dan menghukum BN hingga 4 negeri selain Kelantan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan trend pola PRU Malaysia di atas maka diramalkan PRU 2012/2013 nanti, rakyat Malaysia akan beri peluang dan mandat baru kepada DS Najib Tun Razak.


PERSOALAN 11.

4 kategori pengundi Melayu - UMNO / PEMBANGKANG / ATAS PAGAR / PENGUNDI MUDA KALI PERTAMA - KE MANAKAH ARAH UNDI MEREKA?


PERSOALAN 12.

Undi Melayu mempengaruhi kawasan campuran
Pola undi Melayu di Semenanjung Malaysia tidak semestinya sama di mana-mana saja.  Perbezaan antara bandar-desa, kedudukan geografi, pengaruh parti politik di tempatan, faktor tempatannya dan sebagainya, bakal mempengaruhi pola tersebut.  Namun, ketika kenyataan "undi Melayu kembali ke BN" dibangkitkan, ia sebenarnya merujuk kepada keputusan PRU ke-12.


INGIN TAHU SIAPAKAH PARASIT PAS DI KELANTAN?

Posted: 02 Mar 2012 05:18 PM PST

 Isu Kedah: Phahrolrazi serah pada Pas Pusat 

Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.
ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyerahkan nasibnya kepada Pas Pusat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti yang akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk semua anggota jawatankuasa kerja pusat, malam ini.

Menurutnya, selagi persetujuan belum dicapai, adalah tidak sesuai untuk beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya terhadap isu berbangkit, kerana mahu tahu terlebih dahulu keputusan Pas Pusat.....

sinar harian.

PPUBJ.
Nampaknya setelah polemik kepimpinan PAS Kedah berada di 'hujung tanduk', cara yang selamat adalah serah semula kepada PAS Pusat. Ada kalanya penulis terfikir juga adakah ini satu sendiwara PAS Kedah yang telah gagal menjalankan pentadbiran dengan jayanya selepas mandat diberikan oleh pengundi di Kedah ?. Atau pun permasalahan ini adalah satu pelarian masalah yang melanda PAS secara keseluruhannya ? Semuanya boleh menjadi sati tanda tanya? Itulah politik... tersangat seni hingga kadang kala sukar utuk memahami maksud atau hajat yang tersirat. Terkini PAS Pusat dan kepimpinan PAS Kedah masih lagi bermain tarik tali...soalnya siapakah yang bakal menjadi "KAMBING HITAM" dalam isu kali ni?

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Inilah barisan kita....

Posted: 02 Mar 2012 08:15 AM PST




Hampir 300 orang membajiri Dewan AIM Point,Bandar Sungai Emas,Sungai Manggis pada malam ini,bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Dato'Ketua Bahagian.Pada malam ini juga,majlis pelancaran jentera PRU-13 peringkat cawangan-cawangan.Di majlis ini juga,sayap-sayap telah berikrar untuk MERAMPAS kembali negeri SELANGOR dari pihak pembangkang dan akan bekerja dengan lebih kuat lagi demi memastikan hasrat tersebut tercapai..

Pengikut