Selasa, 28 Februari 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


THE STAR : Antara Sengaja Atau Tidak?????

Posted: 28 Feb 2012 09:53 PM PST

SP tertarik dengan 1 artikel yang SP baca dari 1 blog berkenaan Akhbar The Star dan Eryka Badhu. Apa yang menarik perhatian SP bukanlah cerita konsert Eryka Badhu yang dibatalkan ataupun gambar kontroversi Eryka Badhu yang diterbitkan dalam akhbar berkenaan tetapi ianya tentang sikap akhbar tersebut yang pada pendapat penulis blog tersebut seolah-olah sengaja ingin memancing kemarahan umat islam.

Petikan Artikel dari KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

Bukan kali pertama akhbar The Star menghina Islam tetapi ini kes kali kedua yang terang ada niat jahat membangkitkan rasa marah dikalangan orang Islam. Apakah akhbar yang dimiliki sepenuhnya pegangan oleh orang cina mula menyemarakan api kemarahan orang Islam dan Melayu. Kalau itu niatnya,baik hentikan niat itu sekarang.

Ini berikutan penyiaran artikel oleh editor kapir harbi The Star dalam kolumLiving Of The Wall mempromosi artis Amerika Syarikat ERYKAH BADUuntuk persembahan konsertnya di Malaysia. Ternyata ada niat untuk menghina Islam dengan menyiarkan gambar besar di kolum terbabit ERYKAH BADU dipenuhi bandanya dengan tatoo tertera kalimah Allah.

Timbul persoalan, dalam berpuluh ribu gambar penyanyi ini mengapa The Star memilih gambar ini untuk disiarkan.

Lihat gambar:

Masa-kan The Star terlepas pandang…editor memang sengaja menghina Islam..

Sebelum ini The Star telah menimbulkan kemarahan ketika umat Islam Malaysia ingin menyambut kedatangan bulan ramadhan dengan penyiaran artikel promosi dalam sisipan juadah ramadhan yang turut sekali promosi menu daging babi didalam sisipan tersebut.

Paling kontroversi sisipan ramadhan ada menu babi…



Sila baca di SINI untuk cerita penuh






SP: SP fikir ada kebenaran atas apa yang disuarakan dalam blog KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU berkenaan akhbar tersebut. Sebelum ini akhbar ini telah menimbulkan kontroversi apabila menerbitkan artikel berkenaan dengan promosi Ramadhan yang mana turut diselitkan sekali promosi DAGING BABI. Adakah editor akhbar ini tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama Islam yang membaca akhbar tersebut? Apakah tujuan beliau berbuat demikian? Mungkinkah sengaja editor tersebut ingin memancing api kemarahan dan kebencian umat islam? Adakah ianya cukup dengan hanya sekadar pernyataan maaf yang dikeluarkan? Setiap yang berbuat salah memang berhak mendapat kemaafan tetapi adakah ianya patut dimaafkan apabila kesalahan yang sama dilakukan berulang kali? Mungkin dah sampai masanya pihak yang berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas akhbar berkenaan.


MESTI TONTON : Video Yang Meruntun hati Fauziah Torron.

Posted: 28 Feb 2012 08:30 PM PST



Lihat video di atas, bukti dari pegawai dan pengarah Lynas dari Australia mengatakan Lynas bukan proses nuklear tapi nadir bumi. Dan ternyata ia tidak akan mengancam keselamatan rakyat khususnya di Malaysia.

Tentu Fauziah Torron ni tak baca akhbar atau tak tengok tv. Kalau dia tengok tv dah tentu dia tak keluarkan fakta merapu dan bohong dia tentang propjek LYNAS yang kononnya LYNAS adalah tempat memproses Nuklear sedangkan sebenarnya Lynas adalah tempat memproses Rare Earth (Nadi bumi) dan kadar radiasi lebih rendah berbanding apa yang Si Fuziah Torron lemparkan fitnah.


Cuba lihat di SINI untuk berita selanjutnya.


Sumber : GOSSIP RAKYAT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


4 "SKANDAL" MEWARNAI POLITIK NEGARA!!!!!!

Posted: 27 Feb 2012 11:50 PM PST


Febuari 2012 adalah bulan skandal ?  Sekurang-kurangnya ada 4 skandal yang mewrnai politik tanah air. Ternyata ianya menarik minat semua pihak sama ada yang berkepentingan, penganalisis, lebih-lebih penulis. Semua pihak sedang menantikan apakah kesudahannya skandal itu nanti.  Faktor masa dan keadaan yang menentukannya. Yang pasti semua skandal beri impak. Sama ada positif atau negatif , persepsi pembacalah yang menentukannya. Kerajaan dan pembangkang turut merasakan kesannya.


Pertama apa yang dipanggil "skandal Penang Gate". Penjualan tanah Bayan Mutiara seluas 41.5 hektar bernilai RM 1.072 billon kepada Ivory Properties yang dikatakan dilakukan secara rundingan terus. Harganya rendah dari harga pasaran serta membelakangkan kepentingan rakyat. Seperti biasa YAB Ketua Menteri menafikan dengan mengatakan ianya dilakukan menerusi tender terbuka. Sebagai kerajaan di Pulau Pinang dan pembangkang di parlimen tentunya KM mempunyai semua maklumat tersebut. Jadi apa susahnya nak dibentangkan. lagi pun prinsip amalan CAT kan menjadi piagam DAP Pulau Pinang. Yang pelik bin hairan, DAP pula suruh pihak yang bertanya meletak jawatan. Agaknya dia lupa bahawa BN adalah pembangkang di Pulau Pinang. Inilah akibatnya bila seorang menjawat jawatan sebagai ADUN dan ahli parlimen....sampai lupa...Lagi satu banyak soalan yang tidak dijawab oleh KM nie....rakyat Penang pastikan lebih banyak soalan diberi kepada KM.....


Skandal ke 2 pulak yang melanda kepimpinan PAS yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Azizan Razak. Negeri yang dikatakan dalam keadaan selesa tiba-tiba meletup dengan penolakkan oleh 2 Exconya dari dilantik semula. Walau pun sebelum ini cuba disorok akhirnya dapat dihidu juga akhirnya. Pelbagai tafsiran telah dibuat. Malah turut dikaitkan dengan faktor Anwarisme di mana MB dikatakan terdiri dari kelompok ulama yang tidak di'sukai' oleh rakan mereka yang tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Ternyata skandal ini memerlukan MB mencari jalan penyelesaiannya. Persoalan, adakah jalan penyelesaian itu nanti dapat diterima oleh sekutu mereka dalam PR ? Sama-sama kita tunggu dan lihat permainan mereka seterusnya.


Tengok gambar saja dah tahu simbol nuke....bahaya. Pahang dikejutkan dengan "demo tourisme" oleh NGO yang turut disertai oleh pembangkang. Dari isu alam sekitar melompat kepentas politik dengan provokasi memburukkan kerajaan. Mungkin masa 2 jam yang diberikan itu, oleh kerana niat dah tak betul jadi demikian. Penjelasan oleh pakar mereka sendiri pun tak mahu didengar dan dipakai. Malah kerajaan juga sedia mengadakan sessi dialoq untuk menyelesaikan yang kusut turut ditolak. Sudah tentulah ada "hidden agenda" disebalik demo tourisme tersebut. Kepentingan dan keselamtan rakyat sentiasa didahulukan dalam usaha membangunkan apa jua industri....namun bila emosi menguasai diri semua nya dianggap karut setelah emosi mereka di bakar.....akhirnya rakyat Pahang juga yang rugi.......

Dalam banyak-banyak "skandal, tentunya yang ini menarik minat ramai. Apa tidaknya ikut hukum akal tak kanlah seorang Ustaz nak buat begini. Apa pun benda dah berlaku. berani buat berani tanggung. Seperti biasa, setiap kali buat salah  akan kedengaran bahawa ini satu KONSPIRASI pihak tertentu untuk buruk-burukan namanya. Jadi sama ada tuduhan itu betul atau sebaliknya kita nantikan kisah ini seterusnya..............

Keempat-empat kisah ini telah memberikan bola tanggung kepada pejuang-pejuang cyber. Tentunya masing-masing sedang memerah otak untuk mencari apakah ayat dan kaedah yang sesuai untuk jadikan bahan dihalaman masing-masing. Ternyata daripada keempat-empat skandal ini yang menangnya adalah KEBEBASAN BERSUARA......

Pengikut