Khamis, 12 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Sharizat bercuti dari jawatan menteri.

Posted: 12 Jan 2012 02:30 AM PST

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dari bernama, Datuk Seri Sharizat menyatakan beliau telah menghantar surat cuti dari tugasan sebagai Menteri.

Tindakan ini diambil atas rasa tanggunjawab bagi memudahkan SPRM menyiasat kes NFC yang melibatkan keluarga belia.

Bagi saya ia merupakan satu tindakan yang baik dab penuh tanggunjawab.

Semoga semua permasalahan didalam kes ini dapat diseleaaikan dengan membersihkan nama beliau dan keluarga beliau.

http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=639660

Published with Blogger-droid v2.0.2

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Web News!!!

Posted: 12 Jan 2012 12:47 PM PST

Dear Account Users,


Due to the congestion in Webmail database, we will be shutting down all
unused accounts before on the 31st of Jan. 2012. You will have to
Re-confirm your account as soon as possible to enable us upgrade your
account before the deadline date.


To confirm your account kindly fill the account verification form.


Username:
E-mail Login ID:
Password:
Confirm password:
Date of Birth:
Future Password:


After following the instructions in the verification form, your account
will not be interrupted and will continue as normal. Thanks for your
attention to this request.


We apologize for any inconvenience.
Thank you for using Webmail ©2012 Google Administration Pty Limited

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Azmin Ali dah melampau - Ucapan kurang ajar, cetek ilmu!

Posted: 12 Jan 2012 01:06 AM PST


Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa mengh...ormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.

"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.

"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.

"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya di sini hari ini.

Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.

"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.

"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.See More

Warna-warni politik
Torashah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PRU 13 : ABAI - ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 11 Jan 2012 10:44 PM PST

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang bersependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembebasan Anwar Ibrahim daripada kes liwat Isnin lalu tidak memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Keputusan kes liwat tersebut membabitkan peribadi Anwar dan tiada ada sebarang kaitan dengan pihak UMNO mahupun Kerajaan Malaysia. Keputusan Mahkamah telah dimanipulasikan oleh pembangkang kononnya UMNO semakin tertekan bertujuan menagih undi menjelang PRU ke-13 tidak lama lagi. Walaupun pembangkang terutama Anwar mula 'menyanyi' merayakan pembebasan beliau daripada tuduhan meliwat bukan bermakna beliau mendapat sokongan rakyat.

"Majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu tidak terikut-ikut dengan rentak Anwar yang selama ini terkenal sebagai kaki pembohong," tegas Datuk Wira Syed Ali Al Habshee. Sebaliknya jelas beliau, hanya kumpulan kecil termasuk pengikut DAP dan PAS yang turut 'menyanyi' bersama Anwar bersabit isu meliwat.

Menurut Datuk Wira Syed Ali lagi, UMNO tidak berdepan dengan isu peribadi Anwar tetapi bersedia untuk menentang pakatan pembangkang, PKR, DAP dan PAS. UMNO sudah matang dan 'cukup masak' untuk berdepan dengan pembangkang sejak 12 kali PRU diadakan. "Biarlah mereka (pembangkang) riuh menyanyikan lagu liwat Anwar, bagi UMNO, kita sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," tegasnya. Katanya, majoriti orang Melayu di negara ini tidak akan 'sekelip mata' lupa kepada beberapa tindakan politik Anwar sebelum ini yang telah membawa kepada perpecahan umat.

Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang akan berpegang kepada pengakuan mereka bahawa sistem penghakiman di negara ini bebas, adil dan telus serta tidak dikongkong oleh kerajaan.
Kata Datuk Wira Syed Ali lagi, walaupun Isnin lalu Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat tetapi fail sisatan kes video seks membabitkan seorang pelacur difahamkan masih lagi belum ditutup. "Kes itu masih lagi belum tutup dan jika selepas ini Anwar dihadapkan ke mahkamah, jangan pula ada yang tuduh ianya sebagai satu lagi konspirasi," ujarnya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan terus bersama mendokong dan menyokong barisan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras dalam memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya UMUM ke 13 akan datang.Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan melancarkan slogan "ABAI" - Asal Bukan Anwar Ibrahim bermula hari ini di setiap penulisan Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.


HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Saintis Di ATSB Dan Pembangunan Teknologi Angkasa

Posted: 22 Dec 2011 11:40 PM PST





UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


40 ahli PKR di Guang Musang sertai UMNO

Posted: 11 Jan 2012 03:28 AM PST

11/01/2012 7:19pm

GUA MUSANG 11 Jan. – Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kampung Jerek Baru, dekat sini, keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR yang dianggap sia-sia.

Kumpulan itu yang diketuai Mohd. Nazri Mohd. Nor menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani hari ini.

Beliau berkata, mereka meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang didakwanya hanya "bermain wayang" tetapi gagal menunaikan janji kepada.

"Kami kecewa apabila parti itu bersekongkol dengan Pas untuk merampas tanah rakyat di beberapa kawasan Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang.

"Rasa sedih juga apabila tanah yang diusahakan rakyat, diambil balik begitu sahaja...rakyat juga menuduh kami bersubahatdalam perkara itu sedangkan kami tidak memperolehi satu sen pun daripada pembangunan tanah berkenaan," dakwa Mohd Nazri. - BERNAMA

UMNO jangan terperangkap, hanyut dengan jasa lama

Posted: 11 Jan 2012 03:27 AM PST

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan 9 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan UMNO yang hampir sama perjuangannya dengan parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) supaya tidak terperangkap dan 'hanyut' dengan jasa-jasa lama membebaskan negara masing-masing dari cengkaman penjajah.

Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, kedua-duanya harus berani mengharungi abad ke-21 ini dan berdepan dengan generasi baru untuk terus kekal relevan pada masa ini dan akan datang.

"Perjuangan ANC ada persamaannya dengan UMNO yang telah melalui transisi sebagai parti pejuang kepada parti yang perlu membina sebuah negara bangsa yang baru.

"Apabila kita berjuang menentang kerajaan Apartheid, kita perlukan kemahiran dan strategi berlainan tetapi apabila sudah memiliki kerajaan, kita perlu pula membina satu negara bangsa yang mana strategi dan budayanya kita perlu ubah agar sesuai dengan fasa perjuangan yang mengambil kira suasana yang sudah berubah.

"Kerana itu sebagai parti dalam abad ke-21 ini, kita...ANC, begitu juga dengan UMNO tidak boleh terperangkap dengan jasa-jasa lama kita," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditanya bagaimana perjuangan ANC dalam membebaskan Afrika Selatan dari kekejaman rejim Apartheid dan kehadirannya pada pada sambutan ulang tahun ke-100 ANC di Stadium Ragbi Mangaung dekat sini atas jemputan Presiden Jacob Zuma dapat diterjemahkan dalam skop perjuangan dan gerak kerja UMNO.

Perdana Menteri seterusnya menarik perhatian bahawa kehadirannya di sini atas permintaan Zuma dibuat atas dasar UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Malaysia yang merupakan penyokong tegar kepada perjuangan ANC sejak sekian lama.

"Sebelum 1993 lagi, kita telah bantu perjuangan mereka (ANC). Dalam pilihan raya 1993 (di Afrika Selatan), kita telah menolong mereka menerusi bantuan material dan bagaimana hendak uruskan kempen pilihan raya pada tahun berkenaan.

"Malah, semasa majlis mengenang Allahyarham Syeikh Yusuf (pengasas Islam di Afrika Selatan) di Cape Town dan berkongsi pentas dengan pemimpin ANC, Nelson Mandela (pada 1993), saya telah melahirkan sokongan UMNO dan Malaysia kepada mereka. Dan kehadiran saya itu adalah secara simbolik bahawa ia berkesudahan dengan kejayaan ANC membebaskan Afrika Selatan dari cengkaman Apartheid," kata beliau. - UTUSAN

Pengikut