Pengikut

Nuffnang

Ahad, 8 Januari 2012

Razlan's

0 ulasan
sumber :-

Razlan's


Blogger hampir temu Ajal!

Posted: 08 Jan 2012 09:15 PM PST

Diberitahu sebentar tadi rakan-rakan blogger yang membuat liputan langsung di lapangan berada tidak sampai beberapa kaki dari tempat bom diletupkan.

Pejuang-pejuang ini berada di lapangan untuk memberikan laporan secara langsung keadaan sebenar apa yang berlaku di  Mahkamah sebentar tadi.

Ternyata provokasi melampau digunakan untuk memprovok pihak polis untuk melakukan keganasan kepada mereka. Belum cukup dengan itu, pihak pembangkang menggunakan BOM untuk memastikan Anwar dapat dilarikan sekiranya belidapat bersalah.

Terima kasih kepada para pejuang yang media maya yang tidak gentir dan takut untuk berjuang walaupun nyawa dipertaruhkan...

kepada pejuang-pejuang siber yang berada di lapangan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan masyarakat siber seharusnya berterima kasih kepada anda kerana perjuangan dan pengorbanan kamu...

terima kasih semua ....



PR Meludah ke langit!

Posted: 08 Jan 2012 09:00 PM PST


Assalamualaikum,


Hari ini PR ternyata sudah meludah ke langit, sebelum keputusan kes Anwar Ibrahim diumukan para pemimpin mereka menuduh bahawasnya Kerajaan BN membuat konspirasi untuk menjatuhkan dan menyabitkan kesalahan kepada pemimpin mereka.

Ternyata segala fitnah dan maki hamun yang mereka lemparkan di jelajah di serata negara termasuk di Indonesia dan juga di depan para diplomat adalah bohong belaka! Takut pada banyang-banyang sendiri.

Ikuti Ulasan saya di Kulaan Niring

 
Ulasan Ketua Pemuda Seputeh Tentang Keputusan Mahkamah Adil Dan ANUar Bebas...



Kulaan : ulasan Ketua Pemuda Seputeh yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah yang membebaskan ANUar daripada pertuduhan liwat...

Anti Anwar kene belasah!

Posted: 08 Jan 2012 07:57 PM PST

Pihak Polis menjaga keselamatan semua pihak, bukan sahaja penyokong anti Anwar.




Penyokong Anti Anwar yang berkumpul secara aman di hadapan Masjid Wilayah telah di pukul oleh penyokong-penyokong samseng PR.


Inilah perangai sebenar sekiranya mereka memerintah negara.. pikit-pikirkan lah ..

Ikuti cerita penuh di 1Peluru





Kekecohan berlaku bila satu kumpulan anti-Anwar dalam lingkungan 50 orang yang berhimpun  di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan yang tidak disenangi oleh penyokong2 Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi jalan Duta bagi mendengar keputusan penghakiman kes liwat Ketua Pembangkang tersebut.



Kumpulan anti-Anwar (berbaju kuning) yang pada mulanya berhimpun secara  aman, telah diprovok dan diserang oleh penyokong-penyokong Anwar sebelum mereka berundur berlindung di dalam kawasan masjid. Kejadian di atas berlaku beberapa minit sebelum berita pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan tersebar.





Mahkamah tidak adil !

Posted: 08 Jan 2012 06:08 PM PST





Video ini memberi gambaran bahawa Penyokong PR sudah menuduh Kerajaan BN Konspirasi dan tidak menjalankan sistem Kehakiman yang tidak adil.

Kita lihat sendiri sahajalah bagaiman mereka begitu fanatik kepada ketua tanpa memikirkan kerosakan budaya dan sosial kepada rakyat seluruh negara.

Ada banyak lagi Video-video sebagai bukti menunjukkan yang mana Pembangkang tidak mempedulikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Kita doakanlah segala yang mereka lakukan dan segala tuduhan yang mereka lakukan kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato Seri Najib dibalas dengan balasan yang setimpal

Mahkamah Malaysia Amat Adil dan Saksama tidak kira siapa yang mereka adili!

Anwar Tidak Disabit Kesalahan.

Posted: 08 Jan 2012 05:55 PM PST




Mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak disabitkan kesalahan disebabkan bukti yang tidak kukuh dan tidak boleh bergantung dengan hanya bukti DNA.

Apa pun sistem kehakiman kita tetap telus daripada cengkaman dari pihak kerajaan seperti yang di tuduh oleh Pembangkang.

Suka saya menasihatkan kepada Azmin Ali, dan semua pimpinan PR, jangan kita sesekali memusnahkan sistem kehakiman demi untuk kepentingan diri sendiri, kerajaan BN sudah menjaga istitusi ini sebaik mungkin demi keadilaan kepada Rakyat sebagai jalan akhir mencari pengadilan yang saksama


Kakak dan Adik-adik ini jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan bahawa negara Malaysia dan Kerajaan BN tidak Adil didalam menentukan hak kehakiman Rakyat.


Wasalam.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Umno Semakin Demokratik, -PM

Posted: 07 Jan 2012 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Anggota Umno perlu berubah seiring keadaan semasa yang menyaksikan parti itu lebih demokratik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata mereka perlu berubah bagi meraih keyakinan generasi pasca merdeka.

"Mereka yang lahir pasca merdeka tidak merasai pengalaman lalu... mereka cuma nak tahu apa yang Umno hendak buat hari ini dan akan datang, dan mereka tidak suka diingatkan bahawa budi yang lepas perlu dibalas," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan untuk media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata parti itu tidak lagi boleh bersandar kepada sejarah semata-mata walaupun ia banyak berjasa kepada negara kerana generasi hari ini tidak dapat menyelami perkara tersebut.

"Walaupun ia (Umno) begitu cemerlang dan tidak tertanding, tetapi kita kena bersikap realistik dan melihat ke hadapan kerana ada perubahan dalam landskap politik tanah air dan dunia," katanya.

Beliau menegaskan Umno mempunyai iltizam politik untuk menjadi parti terbaik dan pemimpin negara selepas memperoleh kepercayaan rakyat.

Sehubungan itu, Najib meminta anggota Umno berusaha lebih gigih bagi membuktikan ia layak menjadi parti tunggak di negara ini.

"Saya akui kita masih ada ruang untuk membuat penambahbaikan selain membaiki kelemahan yang ada. Kita boleh lakukan perubahan daripada segi perlembagaan (parti) yang membawa kepada perubahan struktur dan membuat keputusan serta kepimpinan.

"Tetapi akhirnya, perubahan itu perlu dibuat oleh orang Umno itu sendiri," katanya pada majlis yang dihadiri 1,000 orang termasuk wakil media.

Najib juga berkata media memainkan peranan penting untuk menjelaskan mesej perjuangan Umno kepada rakyat.

Katanya, kebanyakan media Malaysia mengutamakan soal kepentingan, ketenteraman dan kestabilan negara dalam laporan mereka.

-- BERNAMA

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian