Selasa, 27 Disember 2011

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kor Ming mahu saman penulis blog Sekupangduas!

Posted: 27 Dec 2011 09:05 AM PST


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akan memfailkan saman terhadap seorang penulis blog kerana memfitnah beliau menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Kor Ming berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan penulis blog, Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Warna-warni politik
Torashah

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Keadilan Akan Muncul Juga Suatu Hari Nanti

Posted: 26 Dec 2011 10:00 PM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


BARBER ON WHELLS

Posted: 26 Dec 2011 07:12 PM PST


Berita Baik!!! Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan menganjurkan Program Gunting Rambut Secara PERCUMA kepada semua pelajar sekolah yang bakal memulakan sessi persekolahan tidak lama lagi...Kepada ibu bapa/penjaga..bawa anak-anak anda datang & Program ini pasti dapat mengurangkan perbelanjaan anda...Jom Datang beramai-ramai...

Pengikut