Rabu, 21 Disember 2011

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


MIC setuju tukar kerusi Pasir Panjang dengan UMNO!

Posted: 21 Dec 2011 07:33 AM PST


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada UMNO dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan UMNO kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC, Dr S. Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas dengan majoriti 4,474 undi.

Warna-warni politik
Torashah

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Pas tersasar dari perjuang asal

Posted: 20 Dec 2011 05:11 PM PST

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan partinya itu kian tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam. Katanya, Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan kepimpinan sedia ada perlu … Continue reading

Pengikut