Isnin, 21 November 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


JOM..JUMPA ORANG MUDA..MENDEKATI PENGUNDI..

Posted: 21 Nov 2011 09:10 PM PST

Umum mengetahui bahawa untuk mendekati golongan muda masa kini adalah melalui memahami kehendak mereka mengikut citarasa mereka.Golongan ini adalah golongan yang penting untuk menentukanjatuh bangun parti masa hadapan.Mereka juga penting sebagai penentu kemenangan calon yang bertanding semasa PRU akan datang.Tenaga mereka juga amat diperlu dalam melaksana jentera parti.Pendekatan santai untuk mendekati mereka adalah melalui program yang mereka sukai iaitu yang melibatkan acara permotoran seperti autoshow,audioshow,konvoi motorsikal dan sebagainya..Bertempat di Dataran Padang Rugbi Rompin telah diadakan pertemuan bersama mereka,majlis jamuan makan malam dan sembang santai.Acara turut disertai oleh KP PPU Rompin,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Tioman YB Kapt(B) Johari Hussain dan AJK yang lain serta NGO2 yang dijemput khas.Ternyata sambutan yang diberikan adalah amat baik dan pelbagai program akan disusun untuk masa yang akan datang..TERUSKAN..

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


AMANAT PRESIDEN PARTI UMNO KEPADA PUTERI UMNO

Posted: 20 Nov 2011 06:44 PM PST

Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merupakan satu suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, amanat yang disampaikan Presiden khas kepada Pemuda dan Puteri itu merupakan satu program yang julung kali diadakan bagi mengingatkan kepada ahli parti generasi muda tentang pelbagai perkara terutama berhubung perpaduan di semua peringkat parti.

"Pada kebiasaannya, apabila Perhimpunan Agung UMNO, tidak ada ruang untuk Presiden bertemu dengan semua perwakilan terutama yang muda. Namun pada program kali ini ia membolehkan generasi muda mendengar sendiri mesej yang disampaikan oleh Presiden secara menyeluruh," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, peranan sayap Pemuda dan Puteri begitu penting sekali dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Oleh sebab itu, Presiden telah menekankan bahawa di dalam PRU-13 nanti, golongan muda mesti memikirkan perkara yang lebih besar, isu berhubung kait relevannya parti kita serta betapa penting mereka sebagai pemimpin masa depan selain keperluan untuk memahami bagaimana betapa sukar untuk memimpin dalam konteks parti, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk," katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, amanat Presiden itu menunjukkan bahawa semua ahli parti terutama orang muda perlu menyediakan diri sebagai jentera serta bala tentera kepada parti terutama bagi menawan semula negeri-negeri yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, amanat yang julung kali diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO itu merupakan permintaan khusus kedua-dua sayap parti bagi memberi suntikan motivasi, memandangkan pengundi muda merupakan faktor penentu dalam PRU13.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, apa yang disampaikan oleh Najib itu menjadi panduan kepada golongan muda yang berada di dalam parti bagi menghadapi PRU13 yang boleh memberikan impak kepada sokongan generasi muda untuk kembali menyokong UMNO dan BN.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


KEJAYAAN YANG DIKONGSIKAN SELURUH RAKYAT

Posted: 21 Nov 2011 10:45 AM PST

Assalamualaikum.

Tahniah saya ucapkan kepada skuad bola sepak Harimau Muda pada sukan SEA yang sedang berlangsung di Jakarta malam tadi. Malaysia menang 5-4 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan satu sama pada 90 minit perlawanan dan kedudukan itu terus kekal selepas masa tambahan.

Walaupun seperti biasa penyokong Indonesia mencetuskan provokasi yang melampau terhadap pasukan dan pegawai negara kita, saya percaya bahawa keadaan itu telah menjadi sebahagian daripada punca kebangkitan pemain negara yang mahu membuktikan kejayaan mereka.

Walaupun permainan sebenarnya agak seimbang, sekaligus menjadikannya pertemuan yang sangat menarik dan menghiburkan, namun kesungguhan pemain Malaysia telah menjawab segala-galanya. Kejayaan itu telah diraikan dengan semangat yang begitu berkobar-kobar oleh seluruh penyokong negara pada setiap pelusuk tanah air.

Malah di sesetengah tempat seperti kedai kopi yang dikerumuni oleh ramai penyokong Malaysia yang menyaksikan siaran langsung perlawanan itu telah menjadikan keadaanya sama seperti stadium - riuh rendah dan ada menyanyi - sama seperti apa yang selalu kita lihat di stadium.

Demikianlah kuatnya pengaruh bola sepak. Ia dapat mewujudkan satu kumpulan yang setia dan saling berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Di setiap hati penyokong peminat, mereka ingin melihat pasukan Malaysia menang. Mereka berkongsi perasaan yang sama.

Saya sangat kagum dan teruja dengan apa yang berlaku dan jika ia diwujudkan dengan suasana yang sihat, maka banyak faedah yang mampu kita kecapi di sebalik aktitivi sukan ini.

Namun malang sedikit apabila di negara kita ada pihak yang pendek akal membawa bendera parti politik ke dalam stadium. Ia satu keadaan yang tidak menguntungkan dan tidak seharus terus berlaku. Contohi bagaimana pasukan Malaysia mencapai kejayaan dan bagaimana sokongan rakyat yang diberikan kepada mereka dengan merentasi kepentingan politik.

Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada pasukan Malaysia yang membawa emas melalui sukan bola sepak. Kejayaan itu telah dikongsikan kegembiraan oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga Malaysia akan terus berjaya.

Majulah bola sepak untuk mengharumkan nama negara.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Kegagalan Projek Pertanian Di Selangor, Cuba Didiamkan Pakatan

Posted: 21 Nov 2011 01:01 AM PST

PKPS Agro Industries Sdn. Bhd (PAISB) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12 Oktober 1991 merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan modal berbayar berjumlah RM10.90 juta. Objektif penubuhan PAISB adalah untuk menjayakan aktiviti … Continue reading

Mana Jawapan Kegagalan Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial?

Posted: 21 Nov 2011 01:00 AM PST

Pada bulan September 2005, PAISB telah memperolehi pinjaman daripada Kementerian Kewangan di bawah Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial bagi melaksanakan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika berjumlah RM30.10 juta serta Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk … Continue reading

Bukan sahaja agama dipolitikkan..tapi isteri juga dipolitikan..

Posted: 20 Nov 2011 10:24 PM PST

Pemuda BN Akan Terus Cari “Solution” Untuk Golongan Muda

Posted: 20 Nov 2011 05:29 PM PST

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata BN Youth Job Faor 2011 merupakan salah satu "solution" pergerakan itu terhadap golongan muda dan rakyat negara ini. Menurut beliau program berkenaan adalah salah satu cabang yang telah digerakkan oleh Pemuda BN … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Ayuh HARIMAU!

Posted: 20 Nov 2011 07:00 PM PST

As Salam...Tonton Final Bola Sepak Sukan Sea bersama Pemuda BN Kuala Langat . Siaran langsung 8.00 mlm...21hb Nov. ..Isnin..Aimpoint Corridor Sg Emas Sg Manggis...(Tesco)..makanan dan minuman disediakan..istimewa cabutan bertuah..jersey Malaysia... Bola...hamper...alatan sukan dlln... Jemput hadir beramai ramai bersama keluarga dan sahabat handai...HIDUP MALAYSIA !...

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Posted: 20 Nov 2011 08:12 PM PST



Pengerusi Barisan Nasional Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan slogan baru 'BN Pilihan Orang Muda' menggantikan slogan 'Undilah BN' untuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di depan lebih 3000 orang perwakilan kedua-dua sayap itu yang mewakili setiap bahagian seluruh negara.

Pengikut