Isnin, 31 Oktober 2011

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH PENYOKONG TERENGGANU

Posted: 31 Oct 2011 10:52 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Agak lama juga saya tidak update blog saya ini. Kesuntukan waktu telah menyebabkan ia berlaku dan selalunya, ia tidak boleh dielakkan.

Hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Terengganu yang mara ke peringkat akhir Piala Malaysia musim 2011 walaupun tewas di tangan Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Shah Alam Sabtu lalu. Memang kecewa, sesiapa pun akan merasai perkara yang sama jika diminta mengulas keputusan perlawanan itu.

Apa pun, kalah menang adalah adat perlawanan. Ada juga yang mengembirakan saya. Saya gembira apabila pemain Terengganu telah melakukan yang terbaik untuk menang walaupun ada beberapa kelemahan yang bagi saya masih boleh diperbetulkan pasa masa akan datang. Ingat, sekurang-kurangnya Terengganu telah mara ke perlawanan akhir – satu perlawanan yang hanya melibatkan dua pasukan terbaik dari semua pasukan dalam sepanjang musim. Itu sudah memadai dan mengembirakan sebenarnya.

Lebih mengembirakan saya apabila melihat kerterujaan penyokong Terengganu. Mereka berduyun-duyun membanjiri Stadium Shah Alam tanpa mengira usia sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Terengganu, pasukan kegemaran mereka.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan isu kenaikan mendadak harga tiket perlawanan sepertimana diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun mereka tetap membeli tiket. Bagi mereka yang tinggal di Kuala Terengganu, mereka sedikit bernasib baik kerana Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju membiayai 50 peratus harga tiket yang dibeli peminat Terengganu.

Tapi mereka yang tinggal di Lembah Kelang atau kawasan-kawasan lain, mereka tetap membeli dengan harga RM50 tiket perlawanan. Apa yang pasti, kesemua kerusi adalah penuh dan ini membuktikan betapa kesetiaan penonton dan peminat, khususnya kepada pasukan Terengganu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Saya berharap, sokongan ini akan diteruskan pada masa akan datang. Bola sepak tanpa peminat dan penyokong tidak akan ke mana.

Kepada mereka yang kecewa, marilah kita menerima hakikat bahawa nasib tidak menyebelahi kita untuk menang. Namun, apa yang penting, kita telah melakukan yang terbaik untuk menang.

Saya berdoa agar Terengganu akan terus cemerlang tahun depan dengan pasukan yang lebih mantap dan hebat. Saya percaya, Terengganu akan terus kekal sebagai kuasa besar bola sepak pantai timur untuk tempoh yang seterusnya jika kita semua mempunyai kesungguhan untuk mengekalkannya.

Terima kasih kepada semua.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ceramah Isu Semasa Anjuran UMNO Ampang

Posted: 30 Oct 2011 11:56 PM PDT

Semua dijemput hadir.

Antara Elton John dan video seks…Dr Asri silap bagi gelaran pada Pemuda PAS

Posted: 30 Oct 2011 11:44 PM PDT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin silap besar kerana mengaitkan Pemuda PAS dengan Taliban gara-gara tidak setuju mereka membantah konsert Elton John yang nak diadakan di Genting Highland pada 22 November ini. Saya mengikuti polimek ini sejak dari awal Pemuda PAS … Continue reading

Pengikut