Isnin, 24 Oktober 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


[Korea's Got Talent] tvN 코리아 갓 탤런트 Ep.1 Sung-bong Choi!!!.avi

Posted: 24 Oct 2011 01:45 PM PDT


Jangan putus asa untuk berdepan dengan kehidupan serba mencabar ini... Anak muda berbangsa Korea ini buktinya.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Good day,

Posted: 24 Oct 2011 02:20 PM PDT



Good day,
Hope all is well with you and your family.
I am Blaise Samake I currently hold the post as the Audit Account Manager of our bank in Ouagadougou Branch, Burkina-Faso. I got your contact from a reliable web directory. We can see actually that the world is a very small place to meet people but what matters most for me is to transact with a person with full trust. I have developed the trust on you after one week of fasting and praying. Due to the trust, I made up my mind to disclose this confidential business to you.
We are imposition to reclaim and inherit the sum of US$10, million without any trouble, from a dormant account which remains unclaimed since 7years the owner died. This is a U.S Dollar's account and the beneficiary died without trace of his family to claim the fund.
Upon my personal audit investigation into the details of the account, I find out that the deceased is from Atlanta America, which makes it possible for you as a foreigner no matter your country to lay claim on the balance as the Foreign Business Partner or Extended Relative to the deceased. Your integrity and trustworthiness will make us succeed without any risk. Please if you think that the amount is too much to be transferred into your account, you have the right to ask our bank to transfer the fund into your account bit by bit after approval or you double the account. Once this fund is transferred into your account, we will share the fund accordingly.
40%, for you,
40%, for me,
3%, had been mapped out for you for the expense you make in this transaction,
17%as a free will donation to charity and motherless babies homes in both our countries as sign of breakthrough and more blessings.
If you are interested to help without disappointment or breach of trust, reply with your full details,
1. YOUR FULL NAME:........
2. YOUR CONTACT TELEPHONE NUMBER
3. YOUR AGE:........
4. YOUR SEX:.........................
5. YOUR OCCUPATIONS:..........
6. YOUR COUNTRY AND CITY:........
7. YOUR PHOTO OR IDENTITY CARD:...............
so that I will guide you on the proper banking guidelines to follow for the claim. After the transfer, I will fly to your country for sharing according to our agreement.
Assurance: Note that this transaction will never in any way harm or foiled your good post or reputation in your country, because everything will follow legal process.
I am looking forward to hear from you soonest.
Yours faithfully,
Mr Blaise Samake

MELAYU JADI "RED INDIAN" 10 TAHUN LAGI.

Posted: 23 Oct 2011 09:40 PM PDT


Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020,

Jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

SANGGUPKAH ANDA.

10 Agenda Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah.

Posted: 23 Oct 2011 08:46 PM PDT



"Bahawa kami, pada hari ini, 24 Zulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun), bersepakat mengambil ketetapan untuk;

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat Pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami mengesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

Kesembilan: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

MEMBINA JATI DIRI BELIA MALAYSIA.

Posted: 23 Oct 2011 08:31 PM PDT


Belia dikatakan ASSET kepada negara, pemimpin masa depan dan harapan negara. Cuba kita bayangkan apa jadi jika angka 6 Juta Belia Celaru Identiti. Bukan satu jumlah yang kecil. Jumlah belia sekarang adalah 11,65 juta atau 40.28%. Malah cendakiawan ada mengatakan untuk melihat masa depan sesebuah negara itu, cuba lihat pada golongan muda. Jika elok maka eloklah masa depan negara, begitu juga sebaliknya.

Akta Belia telah digubah agar persatuan dipimpin oleh orang muda. Dulu ada yang mengatakan buat ape orang veteran jadi pemimpin belia malah ada yang beri gelaran dah jadi 'beliau' pun masih nak pimpin persatuan. Ianya jadi isu antara orang muda dan veteran.

Kita kepada siapa nak mengadu hal ini. Siapa pulak nak jadi "kambing hitam"? Apa pun masalah kena di atasi dan diambil tindakan. Sebahagiannya dah pun dilatih di PLKN, sebahagian lagi tak pergi. Pihak kementerian juga kena ambil usaha untuk betulkan keadaan. Jika tidak adakah kata-kata Tun Mahathir dalam masa 10 tahun lagi Melayu akan kehilangan kuasa akan benar-benar berlaku?, Masa tu air mata darah pun, tak berguna lagi....berubah sebelum rebah.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Tiga beradik jadi anak angkat Menteri Besar Perak!

Posted: 24 Oct 2011 03:39 AM PDT


Nasib tiga beradik miskin yang dibela ibu tiri selepas ditinggalkan ibu kandung terus mendapat pembelaan apabila mereka dijadikan anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini.

Ooi Seng Wai, 14; Seng Foong, 12, dan Seng Loong, 8, akan menjadi anak angkat beliau yang ke-137 di bawah Program Anak Angkat Menteri Besar Perak yang dikendalikan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Zambry berkata, menerusi program itu, ketiga-tiga adik beradik itu akan menerima bantuan wang saku bulanan sebanyak RM50, di samping bantuan lain seperti kelas tuisyen dan lawatan sambil belajar semasa cuti persekolahan serta bantuan baju raya semasa musim perayaan.

''Pada 20 Jun 2009, saya datang melawat tiga beradik ini selepas mendapat tahu mereka tidak pernah bersekolah dan kita membuat keputusan untuk membantu menghantar mereka ke sekolah.

''Dalam tempoh dua tahun, mereka ini telah banyak meningkat dalam pelajaran walaupun tidak pernah bersekolah. Saya amat bangga dengan pencapaian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah keluarga tiga beradik itu di Taman Cahaya Bercham, di sini hari ini.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bercham, Tan Swee Kong.

Dalam lawatan itu, Zambry turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM10,000 untuk bantuan sewa rumah dan tuisyen kepada tiga beradik itu selepas sumbangan RM5,000 yang diberikan pada 20 Jun 2009 habis dibelanjakan pada Mac lalu.

Pada masa ini, selain sumbangan tersebut yang diuruskan jawatankuasa KRT Bercham, ibu tiri kanak-kanak itu, Wong Kam Yoen, 59, hanya bergantung kepada sumbangan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk persekolahan tiga beradik itu.

Kam Yoen ketika ditemui, melahirkan rasa amat gembira dan terima kasih kerana nasib tiga anak tirinya itu mendapat perhatian Menteri Besar. Tiga beradik itu dijaga oleh Kam Yoen selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2009.

Ibu kandung mereka, Wong Soon Leng, 41, yang tidak begitu sihat pula menghilangkan diri dan pulang sekali atau dua kali sahaja dalam tempoh dua tahun.

Warna-warni politik
Torashah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS "DAY OUT"

Posted: 23 Oct 2011 10:35 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan satu program khusus untuk ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras di Nur Lembah Pangsun Eco - Resort, Hulu Langat, Selangor.





Program Sehari bersama dengan Ahli - Ahli Puteri UMNO , Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif telah di adakan pada Hari Ahad , 23hb Oktober 2011. Seramai lebih kurang 60 ahli - ahli Puteri UMNO Cawangan - Cawangan telah memberi kerjasama yang amat baik dalam program "Puteri Day Out".



Tujuan utama program ini di anjurkan adalah untuk memperkukuhkan hubungan ukhwah di antara ahli - ahli Puteri UMNO yang baru dan yang lama di samping mempersiapkan jentera Puteri UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Pelbagai acara telah di aturkan pada program Sehari Bersama di Nur Lembah Pangsun Eco Resort. Di mulai dengan acara Senaman Aerobik , Sukaneka dan aktiviti riadah berpasukan telah dapat membentuk semangat bekerjasama yang lebih padu.



Pada sebelah petang, satu dialog bersama wakil dari Biro Tata Negara, Ustaz Hairul telah memberi taklimat dan maklumat kepada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program "PUTERI DAY OUT" ini juga telah mendapat maklum balas yang positif dari kalangan ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO yang inginkan program tersebut di teruskan sebagai aktiviti wajib bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.


Pengikut