Jumaat, 7 Oktober 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


LIVE : Bajet 2012 " Membina Rakyat Mensejahtera Negara "

Posted: 07 Oct 2011 12:20 AM PDT

Pembentangan Bajet 2012 Akan Bermula Pada Jam 4.00 Petang
Langsung dari Parlimen Malaysia.

( Sila Klik Refresh Untuk Berita Terkini )

4.00pm - Pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan Malaysia

4.12pm - Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia tlh mencapai RM21.2 bilion.

4.14pm - Rizab antarabangsa kukuh pada RM414.5 bilion & pendapatan per kapita meningkat kpd RM28,725 tahun ini drpd RM26,175 tahun 2010.

4.17pm - Pada 2012, sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.5%, sektor pembinaan pula 7%. KDNK diunjurkan antara 5.0-6.0%.

4.18pm - RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4.19pm - RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

4.23pm - Kerajaan akan liberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa, membolehkan pegangan ekuiti asing 100% dlm sektor terpilih.

4.24pm - Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T'ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

4.26pm - Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor. Lebuhraya persisiran pantai JB-Nusa Jaya 2) projek pelancongan warisan Taiping; 3) projek agropolitan Besut. 4) projek kelompok industri kelapa sawit Lahad Datu; 5) bekalan air di Samalaju.

4.31pm - FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Peneroka FELDA akan terima "durian runtuh" yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian

4.34pm - Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2bln akan ditubuhkan pd 2012 & dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih. SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.

4.36pm - Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.

4.39pm - Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.

4.41pm - Bajet akan tumpu kpd pembangunan modal insan, kreativiti & inovasi. Tahun 2012 akan jadi tahun Gerakan Inovasi Nasional. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

4.44pm - Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif. Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

4.48pm - Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn. Sekolah swasta yg berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

4.51pm - Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.

4.54pm - RM5bln adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa. Krjn akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.

4.56pm - Krjn akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih. Bank Simpanan Nasional akan lantik agen2 di seluruh negara utk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kpd penduduk luar Bandar.

5.00pm - RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat. Bg Orang Asli yg mengalami bencana tanah runtuh di Sg Ruil, krjn peruntuk RM20juta utk pemindahan penduduk ke kws baru. Bajet ini akan mentransformasi perkhidmatan awam utk menjadi dinamik & responsif & berorientasikan prestasi.

5.02pm - 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

5.08pm - Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

5.10pm - Rm500 Juta Ringgit utk Naiktaraf Kem Tentera. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

5.15pm - Krjn kenang jasa polis khas & polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.

5.16pm - Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

5.23pm - Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat "Rakyat Didahulukan". KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

5.25pm - Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.


5.28pm - Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

5.30pm - RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

5.32pm - Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

5.34pm - KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

5.36pm - TERAJU akan meyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan. Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.

5.38pm - Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma. Utk bantu golongan gelendangan, Krjn akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sbg Anjung Singgah.

5.42pm - Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja. Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.

5.44pm - RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg tlh meninggalkan sekolah melalui Prgm Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia). RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat "Satu Gelanggang Satu Mukim" dpt dicapai.

5.48pm - Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

5.51pm - Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

5.56pm - Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

6.00pm - Elaun Ahli Parlimen Malaysia Akan dikaji semula. Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.

6.01pm - Bajet akan terus beri perhatian kpd kebajkan rakyat dan kesejahteraan negara. Sokongan besar rakyat amat penting utk pastikan perjalanan menjadikan negara maju dan makmur.

Bajet Diusulkan Oleh :
YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Kewangan Malaysia

Bajet Disokong Oleh :
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Bajet Ditanggungkan Jam 06.15 Petang
Langsung Dari Dewan Rakyat.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM GEMBIRA ORANG RAMAI KEMUKA CADANGAN BELANJAWAN 2012

Posted: 06 Oct 2011 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt 2011 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira dengan penglibatan orang ramai dalam mengemukakan cadangan mengenai belanjawan kepada kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dalam persediaan pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini, beratus-ratus cadangan diterima daripada rakyat dan organisasi-organisasi perwakilan di mana perkembangan itu amat menggembirakannya walaupun terpaksa mempertimbangkan setiap cadangan dikemukakan.

"Selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, pada minggu ini saya akan menyampaikan satu daripada amanat yang paling penting dalam mana-mana masyarakat demokratik iaitu perancangan bajet bagi tahun yang akan datang.

"Dalam persediaan bajet ini, saya dan kerajaan turut menjemput orang ramai untuk mengemukakan cadangan-cadangan mengenai bajet kepada kerajaan di mana ratusan cadangan telah diterima daripada rakyat Malaysia dan organisasi-organisasi perwakilan dan saya gembira dengan perkembangan ini, walaupun terpaksa mempertimbangkan setiap cadangan yang dikemukakan," katanya dalam entri terbaru "Menghitung Hari Ke Pembentangan Bajet" pada blog www.1Malaysia.com.my Rabu malam.

Najib berkata perkembangan itu menunjukkan pendekatan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukanlah satu slogan tetapi adalah mengenai nilai-nilai murni termasuklah menilai cadangan dibuat orang ramai.

Beliau berkata proses menentukan belanjawan itu adalah berlatarbelakangkan kemajmukan dan kepelbagaian ekonomi di Malaysia di mana tidak ada satu jawapan atau jalan penyelesaian yang sudah tersedia yang boleh diguna pakai setiap kali.

Najib berkata pada dasarnya, Malaysia mempunyai ekonomi yang stabil dengan pertumbuhan kukuh berterusan dan pertumbuhan positif itu pula datang dengan cabarannya tersendiri iaitu harapan dan aspirasi rakyat yang tinggi kerana mereka mahu berupaya untuk merancang masa hadapannya dengan penuh yakin.

"Inilah Malaysia, sebuah masyarakat yang sedang mengharungi arus peralihan. Kita sedang mengalami, antaranya, peningkatan jangka hayat, pembandaran yang semakin pesat dan peningkatan pada tahap dan peluang pendidikan.

Perubahan sosio-ekonomi ini turut memupuk satu Malaysia yang baru, yang dipenuhi dengan cita-cita dan aspirasi yang memberangsangkan.

"Inilah sesuatu yang saya anggap sebagai "masalah yang baik", yang menunjuk ke arah hadapan, mencabar kita untuk menguji tahap keupayaan masing-masing untuk melangkaui batas ke peringkat yang lebih tinggi.

" Inilah yang telah terkandung dalam visi pengasas-pengasas kita terdahulu, inilah yang telah mereka perjuangkan tanpa mengira penat lelah, sebelum dipertanggungjawabkan kepada kita untuk diteruskan. Inilah tanggungjawab yang saya bertekad untuk laksanakan bersama-sama anda semua,"katanya.

Perdana Menteri berkata kemerosotan ekonomi global telah memberi kesan yang mendalam kepada negara-negara di seluruh dunia dengan Malaysia tidak terkecuali dalam mengalami impak kenaikan harga komoditi-komoditi sedunia dan dasar-dasar berpandangan singkat sesetengah ekonomi.

Najib berkata kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi satu isu yang begitu serius sehinggakan kerajaan telah mengambil tindakan untuk memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh bagi menangani masalah itu kerana beliau sedar di Malaysia, kumpulan yang paling merasai impak dari isu itu adalah antara yang paling gigih bekerja.

Beliau berkata sepanjang dua tahun tujuh bulan menerajui negara, beliau keluar bertemu dengan seberapa ramai rakyat dan mendengar pelbagai keluhan dan cerita termasuk mengenai gaji yang mereka terima, sukarnya menabung untuk membeli rumah, mendapatkan pendidikan terbaik bagi anak-anak serta menampung keluarga dan orang tua mereka.

Katanya rintihan itu diceritakan kepadanya oleh pelbagai rakyat yang ditemui dan ini menguatkan lagi azam beliau untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat.

"Namun begitu, ada satu perkara harus diperjelaskan: masalah-masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan serta-merta, dan tidak akan lenyap sepenuhnya.

"Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan oleh mana-mana individu. Biarpun ada pihak yang cuba meyakinkan anda dengan sesuatu usul, namun mereka tidak pula menjelaskan apa kesan keseluruhannya terhadap anda," katanya.

Najib berkata adalah menjadi kewajipan bagi seseorang pemimpin untuk memilih keputusan yang terbaik bagi kepentingan orang ramai namun, kerapkali juga keputusan itu terpaksa melepaskan kesenangan jangka pendek demi kemakmuran jangka panjang.

Katanya beliau tidak akan menjanjikan penyelesaian yang serta merta tetapi akan berusaha untuk memastikan asas-asas kepada dasar sedia ada betul untuk memelihara pertumbuhan ekonomi, yang kini berada di paras yang diidamkan oleh negara-negara lain yang lebih maju.

Ini termasuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan sektor pekerjaan dan untuk memastikan bahawa negara mempunyai dasar-dasar pekerjaan yang mengiktiraf perubahan realiti di Malaysia, terutama faktor jangka hayat yang meningkat, katanya.

Perdana Menteri berkata rata-rata rakyat yang ditemuinya faham apabila beliau menyatakan perkara-perkara sebegini malah mereka juga memahami bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti dan pada masa yang sama akan sentiasa menegakkan prinsip-prinsip 1Malaysia.

"Mereka faham bahawa sepanjang perjalanan kita ini, mereka digalakkan untuk berhubung dengan saya secara terus dan menyuarakan terus kepada saya tentang bagaimana dasar-dasar yang telah saya laksanakan mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka faham, dan saya pasti anda juga begitu," katanya.

Menyusuli pembentangan bajet Jumaat ini, katanya kerajaan akan meneruskan langkah untuk menjelaskan keputusan-keputusan ini kepada anda semua dan kesannya kepada semua rakyat Malaysia.

"Di samping itu, saya akan menulis susulan kepada blog ini mengenai bajet tersebut," katanya.

SUMBER : BERNAMA

DunSemarang

DunSemarang


Tahniah S/U dan AJK UMNO..Bhg Ayer Hitam

Posted: 06 Oct 2011 07:31 PM PDT

SU Saudara Halid Saat menerima sumbangan dari

YB Datuk Samsulbari.



Kami ahli UMNO akar umbi mengucapkan tahniah kepada S/U Saudara Halid Saat dan Ajk UMNO Bhg Ayer Hitam yang akan menunaikan fardu haji tahun 2011. Semuga mendapat Haji Mabrur dan sekembalinya kelak akan lebih komitmen dalam perjuangan membela Agama, Bangsa dan Tanah air.Majlis dilangsungkan khas untuk menghargai 4 orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama pasangan masing-masing yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Majlis bermula dengan menunaikan Solat Maghrib berjamaah. Seterusnya bacaan yaasin, tahlil & doa selamat serta solat Isyak berjamaah. Ucapan YB Datuk Haji Samsolbari selepas itu menyentuh tentang pengalamannya semasa menunaikan haji tahun lepas dan menyarankan agar jangan berlengah membuka akaun tabung haji serta mendaftar untuk menunaikan haji. Beliau juga menyampaikan sumbangan berupa kain ihram dan kelengkapan menunaikan haji kepada para bakal haji. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur, amin.(Sumber dari Blogger Pejabat DunSemarang, Terima Kasih)

Pengikut