Isnin, 3 Oktober 2011

Puteri UMNO Kota Marudu

Puteri UMNO Kota Marudu


Redonah Bahanda Dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu

Posted: 03 Oct 2011 12:12 AM PDT

PUAN REDONAH BAHANDA
KETUA PUTERI UMNO
BAHAGIAN P. 168 KOTA MARUDU

Dengan bangganya, AJK Puteri UMNO Bahagian dan seluruh ahli Puteri UMNO Bahagian P. 168 Kota Marudu merakamkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada YBhg. Puan Redonah Bahanda, Ketua Puteri UMNO, Bahagian P. 168 Kota Marudu atas penganugerahan Bintang Setia Kinabalu (B.S.K) pada 01 Oktober 2011 (Sabtu). Semoga pemimpin wanita muda ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam perjuangannya untuk bersama-sama menjayakan cita-cita pemimpin-pemimpin terdahulu, yakni pada masa ini Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Y. A. B Perdana Menteri Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada pengorbanan, sumbangan, jasa dan bakti cemerlang pemimpin wanita muda, YBhg. Puan Redonah Bahanda, yang menjadi idola kami. Sesungguhnya beliau adalah pemimpin produk 1Malaysia yang mendahulukan rakyat - kami rasa puas hati, rasa lega dan rasa berbaloi dengan pemimpin puteri UMNO yang kami pilih; mengutamakan pencapaian - mutu kerja beliau yang berkualiti dan memberikan manfaat selain sifat empati, wasatiyah, tawadhuk, keinginannya yang tinggi untuk turun ke padang dan sentiasa membuat pembaharuan.

"INI ADALAH KERAJAAN RAKYAT DAN PEMIMPIN KENA TAHU KEHENDAK RAKYAT"
(Y.A.B Dato. Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak)


www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


ISA: Lembu punya susu tapi jangan ambil nama, PM nasihat Pakatan

Posted: 02 Oct 2011 11:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Pakatan Rakyat tidak mengambil kredit daripada langkah pentadbirannya memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal perundangan baru. Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah … Continue reading

Pengikut