Jumaat, 16 September 2011

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Sehari selepas ISA mansuh, DAP mahu tukar Jalur Gemilang?

Posted: 16 Sep 2011 01:12 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: "Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!."

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: "Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out." (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik. Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

"Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan," katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

Warna-warni Politik
Torashah

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Transformasi Jitu

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Saya mengucapkan syabas kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak, serta Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional di atas pengunguman beberapa inisiatif penting di dalam tranformasi politik negara pada malam tadi, yang merangkumi pemansuhan, kajian semula dan penggubalan pelbagai akta, selaras dengan kita melangkah maju, dengan kepekaan kepada perubahan dan tuntutan zaman, dalam usaha menjadi sebuah negara moden lagi progresif.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


ISA dimansuhkan, lesen tahunan penerbitan dihapuskan - PM

Posted: 15 Sep 2011 08:23 AM PDT

15/09/2011 9:13pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. – Utusan

Pengikut