Rabu, 3 Ogos 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 03 Aug 2011 09:52 AM PDT

Your email address is entitled to the sum of £560,000:00 GBP without the
sale of
any ticket. send your full information to us for claim to
freelot@shqiptar.eu

Congratulations

Mrs. Laura borgotti
FreeLotto
Director of Information.

BESI YANG BOLEH JADI SAKSI....

Posted: 21 Jun 2011 06:46 AM PDT



video-seks513Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI.

Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.
Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.
Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.
Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu member penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.
Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Masitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.
Katanya," seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.
"Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.

"Namun begitu samaada ia boleh diterima  tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang  kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.
'Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu."
Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah 'diselidiki' itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar  didapati tulen.
Dr Masitah berkata," apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab  kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah  untuk menentukan kesahihan video tersebut.
Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.
Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.-21/6/201

PPUBJ : Bila dah masuk mahkamah rasanya tak perlu diulas...biarlah mahkammah menjalankan tugasnya berdasarkan keterangan dan bukti. Cuma jangan ada yang kata nanti...mahkammah diarahkan pulak untuk buat itu dan ini.....

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Serang Rosmah ; Syed Ali nasihatkan Wan Azizah jangan terlalu riak

Posted: 03 Aug 2011 12:09 AM PDT

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seharusnya tidak terlalu riak dan takbur untuk menunjukkan dirinya terlalu bersih, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, sebagai seorang pemimpin parti politik beliau sebaliknya perlu menunjukkan sikap terpuji dan mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi.

"Tetapi malangnya Wan Azizah begitu riak dan mempunyai niat tidak baik apabila mula menjadikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan perbandingan," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, sepanjang pengetahuan beliau Rosmah tidak pernah mengecam Wan Azizah secara terbuka samada menerusi media atau didepan khalayak ramai.

"Mengapa tiba-tiba Wan Aziah menyerang Rosmah, baik sangatkah pekerti beliau sehingga bercakap secara riak, takbur dan begitu sombong di bulan Ramadhan ini," tegasnya.


"Apabila seseorang itu dengan angkuhnya mengatakan hanya diri beliau yang baik, bermakna ada benda yang tak kena dalam dirinya, mungkin sakit atau mungkin sememangnya berhati busuk," ujar lagi.


Beliau mengulas kenyataan Wan Azizah yang berkata rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri menteri.

Dalam temubual dengan portal berita malaysiakini, beliau berkata jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ; 'minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah".

Wan Azizah menjelaskan demikian ketika ditanya apakah beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan terhadap Rosmah dan yang terbaru dakwaan pembelian cincin berharga RM24juta.

Menurut Syed Ali, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana Rosmah sudah membuat penafian bahawa dakwaan tersebut merupakan fitnah.

Beliau berkata, isu itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dalam hal ini kata Syed Ali, adalah tidak wajar untuk Wan Azizah menghina Rosmah yang memberi gambaran kepada umum bahawa hanya diri beliau sahaja yang bersih.

"Sepatutnya beliau bermuhasabah diri dan menginsafi di atas segala yang berlaku terhadap suaminya yang sedang berdepan dengan kes meliwat," ujarnya.

Dalam, perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata Wan Azizah sepatutnya 'bercakap benar' berhubung aktiviti Anwar sepertimana yang didesak oleh banyak pihak termasuk bekas sahabat karib suaminya.


"Wan Azizah tahu perangai Anwar, tetapi sanggup berbohong ke seluruh dunia hanya kerana ingin memuaskan nafsu politkk suaminya yang tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri, tegasnya.

Nurul buka pekung keluarga sendiri apabila tuduh Najib tidak bermoral – Syed Ali

Posted: 02 Aug 2011 09:59 PM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hanya membuka pekung keluarganya sendiri apabila menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak bermoral dan haram jika mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, hukum halal haram tiada kaitan dengan mengadakan pilihan raya atau tidak, ini menunjukkan betapa cetek dan mentahnya pemikiran Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sebaliknya Syed Ali memberikan contoh, hukumnya haram jika seseorang itu melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah S.W.T seperti melakukan zina atau terbabit dalam kegiatan homoseksual.

"Nurul kata haram dan tidak bermoral jika Perdana Menteri adakan pilihan raya tanpa melakukan pembaharuan sepertimana dituntut rakyat, apakah selama ini Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bersih moralnya sehingga dikaitkan dengan kes meliwat,? soal beliau.

Sehubungan itu katanya, tindakan Nurul untuk sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum 'haram' terhadap Najib kerana isu PRU hanya menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Orang akan ketawa apabila Nurul mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana secara tidak lansgung dia telah membuka kisah halal-haram aktiviti politik bapanya, Anwar," ujarnya.

Dalam portal berita pro-pembangkang – The Malaysian Insider hari ini, Nurul dalam satu kenyataannya berkata adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan PRU ke-13 tanpa melaksanakan reformasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Nurul juga dipetik sebagai berkata, Najib perlu terlebih dahulu melakukan pembaharuan pilihan raya termasuk janji Perdana Menteri untuk menangani isu pengundi hantu menjelang PRU ke-13.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menempelak Nurul kerana bukan rakyat yang menuntut pembaharuan, tetapi hanya penyokong PKR dan mereka yang anti-kerajan seperti Bersih.

Katanya, rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini sudah menikmati pelbagai pembaharuan kearah meningkatkan taraf hidup mereka yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang selalu berselindung kononnya memenuhi kehendak rakyat, sedangkan rakyat langsung tidak peduli kepada PKR, apatah lagi kepada Anwar yang dilanda dengan pelbagai masalah moral yang menjijikkan," ujarnya.

"Saya kasihan kepada Nurul, kerana kegelojohannya berpolitik menyebabkan dia terlupa apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada keluarganya sendiri.

Menurut Syd Ali, soal bila PRU ke-13 akan diadakan adalah menjadi tanggungjawab dan hak Najib selaku Perdana Menteri untuk menentukannya atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu katanya, pihak pembangkang tidak perlu melancarkan provokasi atau menekan Najib untuk mengadakan PRU atau sebaliknya.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


AGIHAN BUBUR LAMBUK & KIBAR JALUR GEMILANG

Posted: 02 Aug 2011 07:11 PM PDT

ANJURAN GERAKWANIS MALAYSIA BERSAMA-SAMA GERAKWANIS NEGERI MELAKA & PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI MELAKA & PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
Tarikh : 2/8/2011
Masa  : 4.00 ptg
Tempat : Stesen Petronas, Masjid Tanah
Program disempurna oleh Exco Gerakwanis Malaysia dan turut hadir YB Datuk Karim B. Sulaiman, YB Datuk Latipah Omar dan YB Datuk Idderris Kassim serta isteri. Lebih kurang 50 org yang terlibat bagi program ini.

Pengikut