Isnin, 1 Ogos 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


KU LI BUKAN MUDAH DIJUAL BELI

Posted: 31 Jul 2011 10:26 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SALAM Ramadhan dan hari ini (Isnin), umat Islam menjalani ibadat puasa. Mudah-mudahan puasa kita akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sehari dua ini, banyak pihak termasuk media memberikan fokus kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga bekas Naib Presiden UMNO.

Sebelum ini, 'cerita' Ku Li langsung tidak diberikan perhatian kecuali semasa berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas dan isu royalti minyak Kelantan.

Sekarang, secara tiba-tiba nama Ku Li dikaitkan dengan jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika didapati bersalah dalam kes meliwat.

Cadangan melantik Ku Li dibuat hasil perbincangan sulit para pemimpin tertinggi PAS dengan mengetepikan Anwar.

Rahsia itu bagaimanapun bocor dan sampai ke telinga Anwar dan beliau dikhabarkan terlalu marah dan amat kecewa dengan sikap pemimpin PAS.

Anwar yang wajahnya turut dikaitkan dalam isu video seks tidak menduga, PAS secara diam membuat perancangan sulit untuk membawa masuk Ku Li bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ini bermakna Anwar, pada kacamata pemimpin PAS sudah tidak boleh dipakai lagi.

Anwar menyifatkan perbuatan pemimpin PAS itu sebagai 'tikam belakang' dan mengarahkan orang kesayangannya, Azmin Ali 'menjejaki' permainan PAS.

Saya melihat perkembangan ini memberikan pelbagai jawapan tersendiri dan yang paling jelas, PR sedang mengalami keretakan dan menunggu masa untuk hancur.

PAS sudah tidak lagi mempercayai Anwar dan PR yang dikuasai oleh DAP dan PKR.

Malah PAS menyifatkan Anwar sekadar liabiliti kepada PR dan akan memberi kesan buruk kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (RU) akan datang.

Dengan kata lain, Anwar sekarang ini sudah tidak berguna lagi kepada gabungan pembangkang, kecuali DAP, yang hanya memperalatkan PKR untuk meneruskan agenda politkk rasisnya.

Pada PAS, Anwar seumpama sebatang kayu buruk


Pada pandangan saya, perkembangan tersebut seperti membayangkan Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Oleh sebab itu, secara diam-diam PAS berpakat menamakan Ku Li sebagai pengganti Anwar.

Sebelum ini saya telah jelaskan, pada hemat saya tidak semudah itu untuk Ku Li meninggalkan UMNO dan menyertai PR hanya kerana ditawarkan jawatan Ketua Pembangkang.

Ku Li bukan calang-calang pemimpin dan jatuh bangunnya bersama UMNO menjadi bukti bahawa prinsip perjuangan beliau tidak mudah dijual beli.

Sebagai wakil rakyat yang paling lama berkhidmat, pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Naib Presisden UMNO, saya yakin Ku Li tidak akan mengecewakan harapan rakyat terutama pengundi di Parlimen Gua Musang.

Walaupun beliau pernah keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) sekitar tahun 1980-an, tetapi akhirnya kembali semula kepangkuan UMNO demi kepentingan perpduan umat Melayu.

Kerana itulah, saya berpendapat Ku Li tidak akan mengulangi sejarah lalu yang mana orang Melayu berada diambang perpecahan kerana prinsip politik yang bertentangan.

Sehubungan itu, jika Ku Li menerima pelawaan PR untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang, saya khuatir perpecahan orang Melayu akan berulang kembali.

Selain itu, saya melihat usaha memikat Ku Li pada saat bahang PRU semakin terasa, menunjukkan penyokong pembangkang mula hilang keyakinan dengan kredibiliti dan kewibawaan Anwar.

Malah pada PAS, Anwar hayalah sekadar kayu buruk yang tidak boleh digunakan lagi.

Dan saya berkeyakinan, Ku Li juga tidak mahu dirinya menjadi cemuhan sepanjang zaman sepertimana dialami Anwar.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SALAM RAMADHAN 1432H

Posted: 31 Jul 2011 05:51 PM PDT


Salam Ramadhan Al Mubarak 1432 Hijrah dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.



Ucapan Salam Ramadhan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif

Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran - amaran Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Ikhlas dari

Sarina Sharif

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Posted: 31 Jul 2011 02:18 AM PDT

Kami UMNO Cawangan Bukit Ampang ingin mengucapkan Selamat Beribadah dan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat mengeratkan silaturrahim antara kepimpinan dan masyarakat Islam khususnya.

-SELAMAT BERPUASA-

-ikhlas dari Biro Agama UCBA

Pengikut